BAB 28

1.5K 50 0
                                    

"Takde apalah Mel, saya cakap je" Dilan tersenyum manis.

"Apa yang Dilan tahu pasal Mel?"

Dilan sudah memandang ke arah Rayyan. Meminta untuk diberi keizinan bercerita. Rayyan menggelengkan kepalanya sedikit.

"Saya tahu Mel first love Rayyan je. Selebihnya tu, Rayyan tak bercerita pun" Dilan bersila di atas sofa sambil memakan jemput-jemput yang dihidangkan.

"Mel pun tahukan, Rayyan ni bukan suka bercerita sangat pun. Lebih mendiamkan diri, buat hal dia je" kata Dilan lagi.

"Rayyan yang Mel kenal suka bercerita. Kalau boleh, seharian kisah hidup dia akan diceritakan pada Mel. Macam Mel ni buku diari dia" Melisa tersenyum kecil. Teringat akan Rayyan yang ceria dulu.

"Uish, biar betul? Kecoh jugalah mulut Rayyan dulu?" Dilan berpura-pura terkejut. Walhal, dia sudah tahu akan Rayyan yang suka bercerita itu. Hanya pada dia sahajalah.

"Kalau jumpa Mel dekat dalam kawasan sekolah kan, lagilah. Daripada jauh dia dah jerit panggil Mel. Macam tak boleh datang dekat" Melisa tergelak kecil apabila mengingatkan hal itu.

"Patutlah kau tak suka aku dulu. Sebab aku kecoh ke? Mateen tu pendiam je, sebab tu lagi tertarik dengan dia?"

Melisa memandang ke arah Rayyan. Wajah suaminya agak mendung apabila soalan itu ditanyakan kepada Melisa.

"Rayyan, kenapa cakap macam tu" Melisa menggenggam erat tangan Rayyan dan mengusap lembut peha Rayyan disisinya.

"Takde kena mengena langsung perangai Rayyan dulu tu dengan perasaan Mel" Melisa cuba meyakinkan Rayyan ketika itu.

"Orang dah takde pun Rayyan. Kau nak cemburu pun takde guna" Dilan menggelengkan kepalanya. Kesian Melisa, selalu sahaja menjadi mangsa cemburu buta si Rayyan itu.

Melisa memeluk erat lengan Rayyan, khuatir jika Rayyan beredar daripada situ. Tindakan Rayyan memang tidak boleh dijangka sangat.

Rayyan hanya memandang kearah televisyen sahaja. Tangannya diusap-usap oleh Melisa. Semoga hati suaminya tenang kembali.

"Mel memang pandai masak eh? Buat jemput-jemput pun sedap" Dilan memuji dengan mulutnya yang penuh itu.

"Takdelah pandai sangat. Bolehlah kalau disuruh masak tu" Melisa mengukirkan senyumannya.

"Untunglah Rayyan, hari-hari kenyang. Saya ni hari-hari makan maggi. Nasib je keturunan saya akar rambut kuat. Kalau tidak, memang dah botak kepala ni" Dilan ketawa senang.

"Kalau macam tu, esok Mel masak lebih untuk Dilan. Nanti Mel suruh Kak Senah atau Kak Eton hantar dekat rumah"

"Eh tak menyusahkan ke?"

"Tak pun" Melisa menggelengkan kepalanya.

"Kalau tak, bukan esok je Mel hantar makan. Hari-hari lah kalau macam tu" Dilan menjungkitkan kedua-dua keningnya sambil tersenyum.

"Kau ingat isteri aku maid kau ke? Tak malu?" Rayyan menjeling pada Dilan.

"Takpelah, Mel tak kisah pun. Lagipun memang selama ni Mel masak lebih untuk Kak Senah, Kak Eton" Melisa mengusap lengan Rayyan perlahan.

"Tengok, puan Mel tak kisah pun. Tuan Rayyan yang kecoh lebih. Macam dia tolong masak" Dilan sengaja membarakan hati Rayyan.

Rayyan hanya memandang tajam pada Dilan. Malas mahu berbalah lagi.

Kring kring

Kedengaran deringan daripada telefon pintar Rayyan di dalam poket seluarnya.

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now