Memang sah mamat depan Dilan ini berhalusinasi, mabuk todi lah ni.
"Aku bawa kau masuk dalam dululah. Lepas tu baru aku call polis ke ambulans" Dilan memapah badan Rayyan yang ketika itu sudah lemah untuk berdiri.
"Kau dah tahu mabuk, pergi bawa kereta lagi buat apa? Nasib kau tak langgar orang lain" Dilan mendudukkan Rayyan di bangku wakaf hadapan masjid.
"Aku langgar Mel...aku dah hilang dia" Rayyan memegang kepalanya.
"Mana ada orang lain. Kau je dekat situ. Kalau iya pun kena tinggal dengan girlfriend kau, takkan sampai jadi macam ni?" Dilan menggelengkan kepalanya. Kan sudah berbahasa kan dirinya 'kau' dan 'aku'.
Kes macam inilah banyak yang terjadi dekat dalam Malaysia ini. Orang mabuk yang melanggar tiada segaris luka pun.
"Siapa cakap aku kena tinggal?! Kau tak tahu apa-apa pasal hidup aku, baik kau diam!"
Terkejut Dilan apabila dirinya diterjah sebegitu. Main kasar nampak.
"Fasih juga kau cakap Melayu kan. Kau ni Islam ke Kafir?" Dilan bertanya meminta kepastian sebelum dirinya ingin menyembur falsafahnya kepada jejaka mabuk ini. Perlukan kepastian walaupun terangan tatu di lengan jejaka itu dan kemungkinan jejaka ini adalah anak kacukan.
"Apa hak kau nak tahu agama aku pula?!" Sekali lagi Rayyan melenting. Tetapi, Dilan hanya tersenyum sinis. Gotcha.
Kalau jejaka dihadapannya ini beragama selain Islam, sudah tentu dia akan menyebutnya. Tetapi sebaliknya pula jika dia beragama Islam. Dia tidak akan berani mengaku dirinya seorang kafir walaupun cara hidupnya jauh daripada Islam.
"Kau accident tadi, telinga kau pekak ke? Terjerit-jerit" Dilan memutarkan bebola matanya. Telefon pintar di poket baju Melayu diambil.
"Sabar jap, aku call polis suruh angkut kau bawa balai. Nak call ambulans, nampak kau elok je" Dilan mendail panggilan ke balai polis. Terus sahaja Rayyan menepis telefon Dilan dan ianya tercampak jauh. Berkecai.
"Woii!! Phone aku!!" Dilan pula menjerit.
"Apasal aku tak mati je masa accident tadi. Menyusahkan aku je jumpa manusia macam kau ni" Rayyan perlahan bangun daripada bangku wakaf tersebut.
"Orang kaya memang tak reti bersyukur eh? Kau takde segaris luka pun bukan sebab kereta mewah kau tu, tapi sebab Allah lindung kau. Bagi kau peluang untuk hidup lagi"
"Huh, lindung? Aku tak minta pun lah. Hidup serabut je, baik aku mati" Rayyan berjalan perlahan menjauhi Dilan. Telefonnya pasti terjatuh di dalam kereta.
"Apa yang kusut sangat otak kau yang buatkan kau rasa nak mati? Hidup kau senang, kereta kau hancur. Esok lusa kau boleh beli kereta baru. Apa yang serabutnya?" Dilan tidak berpuas hati dan menarik lengan Rayyan dengan kasar untuk memandangnya semula.
"Duit yang aku ada, kalau hidup aku tak bahagia pun, for what?"
"Memang tak bersyukur kau ni"
"Kau nak aku bersyukur macam mana?! Tuhan bagi aku semuanya kecuali satu je. Perempuan yang aku cinta. Macam mana aku nak hidup?" Rayyan memandang Dilan dengan pandangan tajamnya.
Dilan tergelak besar. Rayyan memandang jejaka yang menolongnya pelik. Apa yang kelakar?
"Eh bodo, kau kejarkan perempuan buat apa? Kau petik jari, ramai beratur"
"Other girls will never be the same as her. Tengok dia dengan orang lain ibarat hati aku ni dirobek kasar. Daripada aku rasa sakit macam ni, baik aku mati!"
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
Romance//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...