Melisa mengetuk dan menekan loceng di pintu rumah Dilan selepas menunaikan solat Subuh. Harapnya salah seorang daripada mereka sudah bangun kerana diluar masih sejuk dan Melisa hanya mengenakan baju berlengan pendek dan seluar tidurnya. Rambut panjangnya dibiarkan lepas. Tidak mahu Dilan ternampak kesan rentapan di lehernya.
Dilan membuka pintu. Nampaknya seperti baru selesai solat Subuh.
"Ermm...Rayyan ada?" Melisa memandang Dilan.
"Ada, masuklah" Dilan mengangguk dan membuka luar pintu rumahnya."Sorry kalau Mel ganggu Dilan pagi-pagi"
"No worries. Tak ganggu pun" Dilan mengukirkan senyuman.
"Tapi, Mel mungkin mengganggu dia" Dilan menunjuk pula pada Rayyan yang sedang lena di atas sofa. Puas Dilan mengejutnya untuk Subuh, tiada reaksi yang diterima.Melisa tersenyum nipis. Bibir bawahnya digigit gemuruh. Risau jika dijerkah oleh Rayyan lagi. Tetapi, apa boleh buat, takkan Melisa ingin menjauhi Rayyan pula.
Langkah kaki Melisa mendekati Rayyan dan melutut di sebelah sofa itu.
"Rayyan..." Perlahan sahaja Melisa mengusap pipi suaminya itu. Muka inilah yang memerah semalam kerana amarahnya. Kening Rayyan turut disentuh, kening yang berkerut memarahinya semalam.
"Rayyan, bangun.." Melisa menggoncangkan sedikit bahu Rayyan yang sedang lena itu. Rayyan menepis sentuhan Melisa padanya.
"Kau bagi dia masuk buat apa?" Rayyan mendengus, matanya masih dipejamkan. Rayyan tahu, Melisa berada betul-betul dihadapannya. Wangian losyen badan yang dipakai Melisa segar di hidungnya. Wangian yang dirindukan walaupun baru satu hari.
"Suruh kejutkan kau Subuh. Berkesan juga, baru dua kali kejut dah bangun. Aku punyalah kejut kau bagai nak gila" selamba sahaja Dilan membalas.
"Rayyan cakap sayangkan Mel kan? Ingat tak janji kita dulu?" Melisa mengukirkan senyumannya walaupun Rayyan hanya memejamkan matanya.
"Rayyan bangun eh..." Melisa menarik tangan Rayyan untuk bangun daripada pembaringannya.
"Aku dah bangun lah" Rayyan menarik semula tangannya ketika duduk di sofa.
"Kau baliklah, Mel. Nanti pandai-pandai aku balik sendiri""Tapi, Mel..."
Rayyan terus bangun dan meninggalkan Melisa yang terpinga-pinga. Belum habis kata-katanya lagi, tetapi Rayyan sudah tidak mahu mendengarnya.
"Pujuk je Rayyan tu, lama-lama dia lembutlah tu" Dilan mengangguk.
"Pergilah tengok Rayyan tu, jangan dia sambung tidur balik dekat dalam bilik pula. Bukan boleh percaya mamat tu" Dilan menunjuk ke arah bilik yang Rayyan tuju.
"Sorry tau Dilan...ganggu Dilan pula masa cuti ni" Melisa tersenyum kecil. Rasa bersalah sangat ganggu cuti orang lain.
"Rayyan tu dah 6 tahun ganggu hidup saya. Takde hal lah, setakat Mel baru satu hari" Dilan tertawa kecil.
Melisa tersengih dan menuju ke arah bilik yang dimasuki Rayyan tadi. Sangkaan Dilan meleset, Rayyan betul-betul menunaikan solat Subuh ketika itu. Melisa duduk di birai katil dan menunggunya sahaja. Moga-moga hati Rayyan lebih sejuk selepas ini.
"Mel nak minta maaf pasal semalam. Mel banyak buat silap dekat Rayyan" Melisa duduk di sebelah Rayyan. Hujung baju Rayyan ditarik perlahan.
"Silap apa kau buat?"
"Simpan gambar dengan barang lelaki lain" perlahan Melisa menjawab soalan suaminya itu.
"Maafkan Mel, Mel dah simpan dalam stor semuanya sekali. Takde satu pun yang tinggal" Melisa memeluk lengan Rayyan, tidak mahu dilepaskan lagi.
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
Romance//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...