"Rayyan gila ke? Kalau jatuh tadi, macam mana?" Melisa memukul peha Rayyan yang berseluar pendek itu.
"Paling-paling pun, esok pagi Mel nampaklah Rayyan dekat bawah tu"
"Harap sempat baca syahadah. Macam banyak sangat benda terkutuk Rayyan dah buat selama menghilang 13 tahun ni" selamba sahaja Melisa membangkitkan isu yang didengari semalam. Sudahlah dirinya trauma dengan yang berlaku, dapat tahu juga suaminya pernah melakukan perbuatan terkutuk juga.
Hati isteri mana yang tidak hancur. Tetapi, apabila difikirkan balik, perkara yang lepas tidak dapat diubah. Sejahat mana pun Rayyan dahulu, dia tetap suami Melisa yang sah.
"Kau bencikan aku ke?" Rayyan memegang tangan kecil Melisa. Diusap perlahan belakang tangannya itu.
"Benci Rayyan yang dulu. Yang buat semua benda terkutuk tu tanpa malu" Melisa mengusap air matanya yang tiba-tiba sahaja mengalir.
"Aku tak pernah bersama dengan perempuan lain. Demi Allah, Mel. Hanya kau seorang sahaja. Tapi, aku jujur yang aku pernah menyentuh perempuan lain tanpa bersamanya. Masa tu, aku bodoh Mel. Aku bodoh. Aku ingatkan itu satu kepuasan untuk aku, tapi aku silap" Rayyan menggenggam erat tangan Melisa. Walaupun ini berkenaan aibnya, Rayyan perlu memberitahu Melisa hal yang sebenarnya tidak seperti apa yang dikatakan Shauqi.
"Demi Allah, kau seorang sahaja yang bersama dengan aku. Apa yang Qi cakap tadi, itu semua tipu" Rayyan mencium tangan Melisa beberapa kali. Meminta kemaafan pada isterinya yang terluka dengan sikapnya yang dahulu.
"Kenapa Rayyan buat sampai macam tu? Tak kesian dekat mama, papa ke?"
"Aku muda lagi, Mel...aku marah dekat semua orang. Hidup aku serba tak kena. Lepas berkawan dengan bangsat tu semua, aku rasa itulah apa yang aku nak selama ni. Kepuasan dengan menggunakan perempuan. Tapi, tu semua sementara je. Lama-lama hidup aku semakin tenggelam" Rayyan hanya menunduk, perasaan malu pada dirinya mulai menebal sampai tidak mahu bertentang mata dengan Melisa.
"Mel tak suka Rayyan bergaul dengan kawan-kawan Rayyan tu lagi. He touched me and you were not there. Again" Melisa menangis teresak-esak. Kenapa kejadian sebegitu perlu berlaku sekali lagi.
"Aku minta maaf, aku lalai. I don't expect Qi will react that aggressive to you. I'm sorry, Mel... I'm sorry" Rayyan merendahkan dirinya pada Melisa. Sebak di dada cuba ditahan. Layakkah dirinya untuk Melisa?
"Aku bukan suami yang baik untuk kau. Aku sendiri benci dengan diri aku. Apatah lagi Mel, kan?"
"Rayyan pernah sentuh Maya juga?" Soalan Melisa memberatkan hati Rayyan lagi. Dirinya mampu terdiam tanpa sebarang kata.
"It was a year ago. Very recently to me" Melisa menarik nafasnya panjang.
"Aku sayangkan kau, Mel. Kau boleh benci aku, marahkan aku....tapi, jangan pernah tinggalkan aku" Rayyan mengesat air matanya jua.
"Aku tak peduli kalau kau tak layan aku lagi lepas ni, tapi please...biar aku hidup sebagai suami kau. Itu je, aku minta" Rayyan merayu bersama esakannya. Dia terlalu mencintai Melisa, sehinggakan tidak sanggup Rayyan untuk melepaskannya pergi.
Melisa hanya untuk Rayyan.
"Luka hati Mel boleh dirawat kalau Rayyan nak berubah, betul-betul berubah kali ini. Tinggalkan yang dahulu. Jadikan yang dahulu sebagai pengajaran buat Rayyan" Melisa mengusap perlahan kepala Rayyan yang menunduk sahaja padanya.
"Allah sayang hamba-Nya yang ingin berubah. Rayyan pun tahu tu kan?" Melisa tersenyum kecil.
"Rayyan tak perlu nak bagitahu Mel tentang semua dosa yang Rayyan dah buat sebelum ni. Mel tak nak dengar dah. Mel nak dengar baik-baik je pasal Rayyan" Melisa memegang dagu Rayyan, diangkat untuk memandang suaminya yang cengeng itu.
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
Romance//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...