BAB 6

1.5K 43 2
                                    

     Melisa bersandar pada badan Aisy bersama selimut yang membaluti tubuh kecilnya. Sekejap-sekejap selimut ditarik menutup mukanya apabila ada adegan hantu di kaca televisyen.

Manjanya Melisa seperti budak kecil ketika dirinya sedang bersedih. Asyik mahu menempel sahaja. Tetapi, ini cukup melegakan hati Aisy. Melisa tidak lagi berkurung di dalam biliknya sahaja.

Pintu utama terbuka dan terpancul wajah Dato' Fayyadh.

"Eh? Kakak dah keluar daripada bilik?" Dato' Fayyadh menghampiri Aisy dan Melisa di sofa.

"She's feeling a bit better now" Aisy mengangguk kepalanya.

"Are you sure, kakak?" Dato' Fayyadh duduk disebelah Melisa dan mengusap kepala anaknya itu. Aisy memandang pelik akan sikap Dato' Fayyadh yang tiba-tiba berubah sikap terhadap Melisa.

"I don't want to be alone in my room anymore" Melisa mengangguk perlahan.

"Abah risaukan kakak ke?"

"Mestilah abah risau sangat-sangat. Berminggu abah tak tengok kakak dekat meja makan" Dato' Fayyadh memeluk Melisa di dalam pelukannya.

Melisa turut membalas pelukan Dato' Fayyadh setelah sekian lama, ini yang dia inginkan. Kasih sayang seorang bapa terhadapnya.

"Kakak, abah ada hajat nak bagitahu ni"

Melisa memandang Dato' Fayyadh penuh tanda tanya.

"Abah nak kakak tahu, abah buat ini semua demi masa depan kakak. Abah tak nak kakak bersedih lama-lama. Tak baik untuk kesihatan kakak"

"Maksud abah?"

"Abah nak teruskan majlis pernikahan kakak lagi dua minggu ni"

Pelukan Melisa pada Dato' Fayyadh dilepaskan. Melisa cuba mencari kebenaran di setiap bait bicara daripada abahnya.

"Mateen dah takde, abah...macam mana kakak nak teruskan pernikahan? Kakak tak fahamlah"

"Abah dah jumpa bakal suami yang sesuai untuk kakak. Dia boleh jaga kakak, lebih baik daripada arwah Mateen jaga kakak dulu. Percayalah cakap abah" Dato' Fayyadh cuba meraih simpati anak perempuannya.

Tidak kira apa jua keputusan Melisa, dia perlu pastikan Rayyan akan menjadi menantu lelakinya yang satu.

"Tiada siapa boleh jaga kakak, sebaik Mateen. Abah, Mateen baru je pergi. Kenapa abah nak terburu-buru nikahkan kakak?"

"Demi menjaga nama baik keluarga kita. Abah takkan batalkan majlis pernikahan kamu. Bukannya abah main serkap jarang sahaja untuk bakal suami kakak. Yang pasti, dia bukan calang-calang orang" Dato' Fayyadh menegaskan tutur katanya.

"Kakak tak nak, sampai bila-bila pun kakak tak nak!"

"Kau tunjuk perangai degil kau depan aku?! Kau nak aku sayang kau macam anak aku sendiri ke kau nak aku layan kau macam anak pungut?! Aku suruh kau nikah je dengan pilihan aku, itu pun susah!"

Melisa tergamam seketika apabila Dato' Fayyadh sudah meninggikan suaranya ketika ini. Aisy melepaskan keluhan beratnya. Ini baru abah yang sebenar. Bercakap kasar dihadapan Melisa.

"Kenapa abah buat kakak macam ni? Kenapa kakak tak boleh buat keputusan sendiri demi hidup kakak?" Melisa sudah menangis kesedihan lagi. Tidak pernah terfikir akalnya untuk bernikah dengan seseorang yang bukan Mateen Izrael.

Lagi pula, tarikh pernikahan itu juga adalah tarikh yang dipilih Mateen sendiri.

"Aku biar kau buat keputusan sendiri untuk berkahwin dengan Mateen, tapi tengok apa jadi? Dia tinggalkan kau! Lagi kau nak aku bagi kau buat keputusan sendiri?"

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now