"Rugilah Mel...duduk rumah tapi Mel bendera merah pula" Rayyan melangkah ke ruang tamu. Melisa yang duduk di lantai bersandarkan sofa dipandang.
"Seminggu jelah. Bukan lama pun. Gatal sangat" Melisa mencebik, Rayyan duduk di atas sofa di belakang Melisa bersama getah rambut dan sikat di tangannya.
"Bukan gatal, nak bermanja" Rayyan tersenyum sendirian. Dua orang pembantu rumahnya diberikan cuti hari ini. Dirinya ingin bersama isteri kesayangan sahaja.
Rambut Melisa disikat rapi terlebih dahulu. Semasa melihat sosial media tadi, Rayyan ternampak cara mengikat rambut braided. Terus sahaja dia mengemukakan hasrat nak buat pada rambut Melisa.
"Buat cantik-cantik tau. Tak cantik, Mel suruh Rayyan buat balik" Melisa mencubit betis Rayyan yang berada di sebelahnya.
"Banyak songeh pula dia. Aku nak cuba je ni" Rayyan memandang ke telefon pintarnya yang dipegang oleh Melisa. Video tutorial dilihat sambil tangannya ligat menyimpulkan rambut Melisa.
Melisa memuncung dan dibiarkan rambutnya dengan rela. Harap tak rosak rambut kesayangannya itu dikerjakan Rayyan. Entah apa daripada tadi disimpulkan pun tidak pasti. Telefon pintarnya dicapai, kamera pandang depan dibuka.
Dihalakan kamera itu ke muka Rayyan. Serius sangat mukanya, lebih serius daripada meneliti kertas kerja di bilik kerjanya.
"Mel, macam nak jadi je ni" Rayyan tersenyum kecil.
"Buat sampai habis dulu. Baru tahu jadi ke tak"Ting! Ting!
Notifikasi di telefon pintar Rayyan berbunyi. Mesej penghantar itu dibaca apabila terkeluar di bahagian atas skrin telefon itu.
Maya:
Ray! There's a rat in my placeMaya:
Can you come over? Help me"Naahh, ada orang mesej" Melisa segera menghulurkan kepada pemilik telefon pintar tersebut. Rayyan yang sedang sibuk menyikat rambut Melisa menghentikan perbuatannya.
"Siapa?"
"Tengoklah sendiri" Melisa mengumam.
"Aku busy ni. Dilan ke tu?" Rayyan melihat ke arah telefonnya. Tangannya tidak boleh dialihkan daripada rambut Melisa. Langkah terakhir sebelum ianya siap."Manalah Mel tau" Melisa mengeluh apabila Rayyan tidak mengambil telefonnya daripada tapak tangan Melisa.
"Tengokkan jap" selamba sahaja Rayyan bercakap."Betul ni? Tak menyesal?"
"Dah kenapa nak menyesal pula. Tengoklah siapa yang mesej tu" Rayyan menyambung untuk mengikat ikatan terakhir rambut Melisa.Melisa membuka aplikasi Whatsapp. Terpampang nama Maya di situ.
"Dia nak apa?" Rayyan memandang sekilas pada skrin telefonnya yang ditunjuk oleh Melisa.
"Dia nak Rayyan datang rumah dia sebab ada tikus""Apa kena mengena aku dengan tikus rumah dia?"
"Rayyan saja buat-buat tak tau ke?" Melisa memusingkan kepalanya untuk memandang Rayyan.
"Mel reply jelah apa-apa. Malas aku nak ambil peduli. Tikus rumah dia, bukan rumah aku" Rayyan membetulkan rambut depan Melisa. Sudah seperti penggaya rambut lagaknya.Melisa tersenyum sinis. Badannya berpaling daripada Rayyan semula. Kamera hadapan Rayyan dibuka, gambar Rayyan yang sedang menyikat rambutnya ditangkap. Terus sahaja Melisa menghantar gambar tersebut pada Maya.
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
Romance//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...