BAB 71

1.4K 30 0
                                    

     "Rayyan...Rayyan aku minta maaf..aku tak dapat nak tarik Mel..aku tak dapat nak tolong Mel waktu tu" Arisha sudah menangis teresak-esak di rumah Rayyan sambil dipeluk oleh Puan Faridah.

Semua sudah pun sedia maklum mengenai penculikan Melisa itu. Sedari tadi Rayyan tidak bercakap sepatah pun. Dia hanya mengambil beg tangan dan barang-barang Melisa yang berteraburan di tempat parkir pejabat itu dan membawa Arisha ke balai untuk membuat laporan dan saksi utama atas penculikan isterinya.

Tiada emosi yang ditunjukkan oleh Rayyan sangat membimbangkan Dilan. Sepanjang berkawan dengan Rayyan, tidak pernah rakannya itu bereaksi sebegini. Walaupun Rayyan pernah dikawal ketat oleh pihak kaunselor, tetapi tidaklah emosinya membatu sahaja.

"Kamu seorang sahaja dekat sana, kami faham, tak semudah itu nak lawan dengan 4 orang lelaki sekaligus" Puan Faridah cuba menenangkan Arisha yang masih menggigil ketakutan itu.

Mata Rayyan hanya memerhati sahaja tetamu-tetamu yang berada di rumahnya, semua ada disitu. Dato' Fayyadh, Aisy, Puan Faridah dan juga Qistina. Orang tua Rayyan dalam perjalanan pulang selepas dikhabarkan berita mengejut ini daripada Dilan.

Cuma seorang sahaja yang tiada. Isterinya.

Rayyan melangkah keluar rumahnya. Langit malam dilihat sepi. Melisa pasti keseorangan, ketakutan tanpa dia di sisi. Betapa sakitnya hati Rayyan saat itu, tetapi dia harus kuat untuk mencari Melisa dan juga anaknya.

Entah berapa lama dia berdiri sahaja sampaikan sebuah kereta masuk ke perkarangan rumahnya dan berdiri betul-betul dihadapannya. Puan Qaula segera mendapatkan anak tunggalnya begitu juga dengan Encik Raymond.

Tubuh Rayyan didakap erat. " Rayyan kena kuat. Sentiasa ingat Allah uji Rayyan sebab Dia sayang Rayyan, sayang Mel"

"Tapi, Rayyan tak kuat tanpa Mel" perlahan tutur kata Rayyan itu. Benar. Dirinya lemah selemahnya tanpa Melisa.

...

     Mata Melisa yang tadinya gelap tiba-tiba terang-seterangnya. Dikecilkan matanya cuba membiasakan diri dengan pencahayaan di depan matanya.

"Nampak bahagia sekarang?"

Suara seperti pernah didengari oleh Melisa bersama gelak tawa suara yang lain.

"Kau nak apa daripada aku?" Tegas Melisa bertanya.
"Senang, kau"

"Kau bodoh ke?!"

"Tak, suami kau lagi bodoh!"

Melisa terkejut akan melihatkan Shauqi, rakan kepada Rayyan di hadapannya ketika ini apabila dagunya dicengkam erat.

"Suami kau tu, acah-acah baik je. Padahal bapak segala setan"

"Kau tu yang setan" Melisa meludah tepat ke arah muka Shauqi. Entah apa yang merasuk keberanian dalam dirinya pun tidak pasti. Mungkin sifat keibuan dalam melindungi diri dan anaknya.

Shauqi tersenyum sinis. "Aku dah penat nak mengalah dengan Rayyan, dia boleh ambil hak orang lain tapi aku tak boleh ambil hak dia? Banyak besar pangkat jantan tu?"

"Apa maksud kau ni?"

"Daripada dulu lagi aku dah berdendam dengan suami kau tu. Rayyan boleh sesuka hati hook up dengan perempuan-perempuan aku, tapi bila giliran aku nak buat benda yang sama, dia belasah aku macam nak mampus" Shauqi berjalan mengelilingi Melisa dan tangannya bermain sama tudung kelabu cerah miliknya.

"Sekarang, aku nak isteri dia pula. He can't do anything" Shauqi tersenyum sinis.

"Kau biar betul Qi, Melisa tengah mengandung kot" ujar Nadhir serba salah rasanya saat ini.

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now