TANGAN kecil itu menggoyangkan perlahan tubuh badan Rayyan. Dia mengumam dan menutup wajahnya dengan bantal pula.
"Daddy, bangunlah." Hana mengeluh kecil.
"Hana nak apa? Daddy penatlah, mengantuk." senada sahaja suara Rayyan ketika itu.
"Ayah suruh kejut daddy untuk solat Jumaat. Bangunlah, daddy."
Rayyan mengeluh berat. Kenapalah rasa rehatnya sangat sekejap. Baru terasa dia hanya memejamkan mata sahaja setelah pulang daripada New York pagi tadi.
Seminggu juga Rayyan berada di sana kerana hal kerja dan juga hal dirinya yang memerlukan percutian pendek buat menghilangkan beban rindu di dadanya.
"Daddy dengar tak ni?" Hana menggoyangkan lagi tubuh badan Rayyan.
"Lagi lima minit Hana kejut semula, boleh?" gumam Rayyan yang jelas keletihan serta jetlag itu.
"Tak boleh, dah pukul satu petang lah daddy.""Yelah yelah." Rayyan mendengus geram dan segera duduk di atas katilnya bersama mata yang masih terpejam. Tangan kecil Hana pula membuka kelopak mata milik Rayyan. Kelihatan Hana bersama satu tocang rambut itu tersengih lebar kepadanya.
"Pergi beritahu ayah yang daddy nak cuci muka dulu. Nanti daddy datang rumah." Rayyan mengangguk kecil.
"Alright!" Hana segera menuruni katil milik Rayyan dan berlari keluar daripada bilik tidur Rayyan yang sudah dibuat seperti bilik tidur sendiri. Sesuka hati masuk dan keluar, sama seperti ayahnya, Dilan.Rayyan melangkah pergi ke bilik air bagi menyegarkan wajahnya dan terus mengambil wuduk daripada rumah sahaja. Setelah itu, dia berjalan kaki menuju je rumah Dilan yang berada hanya beberapa tapak daripada rumah agam miliknya.
"Assalamualaikum." Rayyan mengetuk pintu rumah Dilan.
"Waalaikumusalam, dah jom pergi." Dilan muncul di sebalik pintu.
"Ayah pergi dulu ye!" laung Dilan di muka pintu, belum sempat dia mahu menutup semula, Hana berlari anak menuju ke arahnya sambil tangan dihulurkan."Bukan dah salam ke tadi?" kata Dilan.
"Hana nak salam daddy, bukan ayah." Hana segera mendapatkan Rayyan.
Rayyan tertawa kecil dan turut menghulurkan tangannya kepada Hana untuk disambut. Rambut si kecil itu diusap perlahan oleh Rayyan."Ada-ada je Hana ni. Dah pergi masuk dalam rumah."
Hana tertawa girang dan menutup pintu utama rumahnya.
"Naik kereta aku ke?" soal Dilan pada Rayyan.
"Yup. I'm too tired to drive.""How's New York? You found the peace that you needed?" Dilan membuka kunci pintu keretanya.
"Bolehlah. Buat sementara waktu." Rayyan mengangguk senang ketika memasuki kereta milik Dilan."Sekarang dah boleh fokus kerja dekat pejabat lah ye? Hari tu pergi sana pun jumpa Mr. Stanfield dua hari je. Lagi lima hari kau menenangkan diri je kan? Telefon tak berjawab, mesej tak balas. Tahu-tahu suruh ambil dekat airport."
"Bolehlah, Dilan." Rayyan mengangguk lagi sambil berpeluk tubuh. Mata dipejamkan buat seketika sementara Dilan memandu ke masjid berdekatan.
- - -
"Kau lapar tak?" soal Rayyan setelah membolosi kereta Dilan yang terparkir sedikit jauh daripada pintu masuk utama masjid tadi.
"Asal?" soal Dilan kembali."Teman aku makan jap." Rayyan tersenyum meminta simpati.
"Nak makan apa wahai Tuan Rayyan kesayangan Melisa?""Dapat makan makanan Korea, sedap juga." Rayyan menarik tali pinggang keselamatan di sisinya.
"Betul ni? Jangan kau menangis pula dekat situ. Nanti di labelnya kita gay macam mana?"
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
Romance//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...