Rayyan disedarkan oleh penggera yang disetkan 10 minit sebelum waktu subuh. Rayyan cuba bergerak untuk mencapai telefon pintarnya dengan perlahan ketika menyedari Melisa sedang lena dibuai mimpi di atas dadanya.
Penggera dimatikan.
Rayyan kembali memandang pada Melisa. Konon tak nak Rayyan tidur sama, sekali dia yang tak bagi lepas.
"Mel, bangun" Rayyan mengusap, lalu mencubit pipi Melisa. Berkerut kening isterinya.
"Apa ni" Melisa menepis tangan Rayyan daripada menyentuh pipinya.
"Mel boleh solat tak?"
"Tak" ringkas dan padat jawapan yang diberikan oleh isterinya."Tapi, Rayyan boleh solat" Rayyan tersenyum.
"Pergilah, siapa halang" Melisa segera melepaskan rangkulannya pada tubuh Rayyan dan membelakangkan suaminya.Rayyan tertawa kecil dan mengucup lembut kepala Melisa. Kepala yang banyak akal.
Seusai solat subuh, Rayyan kembali semula ke katil Melisa. Tubuh badan isterinya digoncang perlahan.
"Mel, ikut Rayyan jalan-jalan jom?"
"Tak nak, Mel penatlah"
"Sekejap je, Mel boleh hirup udara segar pagi ni" Rayyan mencuba sekali lagi."Dalam bilik ni pun dah segar" Melisa menyelubung seluruh tubuhnya.
"Tak sesegar dekat luar" Rayyan menarik selimut Melisa.
"Mel tak nak pergilah. Boleh faham tak?!"Rayyan bergerak ke biliknya semula. Selesai bersiap, Rayyan masuk ke bilik Melisa. Isterinya masih melelapkan matanya. Bilik pakaian Melisa diperhatikan. Satu jaket dicapai dan terus menuju ke isterinya semula.
"Mel, bangun" Rayyan menarik lengan Melisa.
"Tak nakkk" Melisa merengek ketika tidurnya diganggu. Habis dihentak-hentak kakinya pada katil.Terus sahaja Rayyan mencempung tubuh kecil Melisa dan berjalan keluar daripada biliknya. Isterinya itu tanpa henti memukul dada Rayyan minta dilepaskan. Tetapi, Rayyan terus menuju ke keretanya. Dipakaikan Melisa tali pinggang keselamatan dan Rayyan segera memandu meninggalkan kawasan perumahannya.
"Rayyan tak faham ke?! Mel nak balik rumah, sekarang?!"
"Nak buat apa? Tidur? Tengah malam baru nak bangun? Macam tu?" Rayyan tidak menoleh ke arah Melisa yang sudah merenungnya tajam.
"Tak kisahlah bila Mel nak bangun pun, tapi sekarang, Mel nak balik rumah" Melisa memeluk tubuhnya.
Rayyan tidak mengendahkan kata-kata Melisa dan menghulurkan jaket kepada isterinya. Tingkap keretanya diturunkan, begitu juga dengan sunroof pada kereta Rayyan, dibuka luas."Take a fresh morning air for today. Just today, Mel"
Melisa memandang ke luar tingkapnya. Dipejamkan matanya, membiarkan angin pagi dirasakan pada setiap tubuhnya.
Sebaik sahaja matanya dibuka, tempat yang cukup dikenali oleh Melisa. Tempat terakhir dia bersama Mateen meluangkan masa cuti bersama dan juga tempat dia berjumpa dengan Rayyan buat pertama kali selepas 13 tahun.
Terus sahaja air matanya berjuraian jatuh ke pipi. Allah sebaik-baik Perancang hidupnya. Entah bagaimana, hatinya terasa sakit yang mendalam.
"Mel.." Rayyan mengusap perlahan rambut isterinya.
"Mel nak balik" Melisa mengesat air matanya. Tidak termampu untuknya berada di tempat itu.
"Rayyan tak suka Mel duduk terperap dalam bilik tu. Rayyan risaukan Mel""Kalau Rayyan tak selamatkan Mel hari tu, Rayyan dah tak perlu risaukan Mel"
"Mel pernah tak fikir pasal Rayyan kalau Mel pergi dulu dengan keadaan macam tu? Pernah fikir tak yang Rayyan takkan maafkan diri sendiri sampai bila-bila. Pernah tak?" Rayyan meraup wajahnya, lelah.
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
Romance//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...