BAB 26

1.5K 40 2
                                    

     "Kenapa Mel suka tengok bulan bintang tu?" Teguran Rayyan dibelakang membuatkan Melisa memalingkan wajahnya. Kepalanya yang bertelekung itu di usap Rayyan perlahan.

Menunggu waktu Isyak sahaja setelah makan malam sebentar tadi.

"Sebab Mel rasa tenang. Di kala langit yang gelap itu, adanya bulan dan bintang yang menyinari penduduk bumi. Bulan dan bintang itu macam petunjuk dalam hidup kita yang segelap langit malam" Melisa menunjukkan bulan separuh penuh itu bersama bintang-bintang di langit.

"Dan Rayyan tau kan bulan tu adalah bulan yang sama masa zaman para nabi dulu. Bulan dah saksikan banyak perkara yang jadi dekat manusia terdahulu mahupun sekarang. Betapa besarnya ciptaan Allah tu kan?" Melisa menongkat dagunya, tersenyum ke arah bulan.

" وَمِنْ ءَايَـٰتِهِ ٱلَّيْلُ وَٱلنَّهَارُ وَٱلشَّمْسُ وَٱلْقَمَرُ ۚ لَا تَسْجُدُوا۟ لِلشَّمْسِ وَلَا لِلْقَمَرِ وَٱسْجُدُوا۟ لِلَّهِ ٱلَّذِى خَلَقَهُنَّ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ "

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betullah kamu hanya beribadat kepada Allah"

Dengan jelas bacaan Rayyan itu kedengaran di telinga Melisa ketika Rayyan memeluknya daripada belakang. Mujur sahaja telekung menghalang daripada kulit mereka bersentuhan tanpa lapik.

Rayyan menerangkan maksud disebalik surah Fussilat ayat ke-37, sekaligus menyatakan bulan yang disukai Melisa itu adalah bukti kebesaran Allah yang tidak boleh disangkal lagi.

Tersenyum lebar Melisa sehingga ke telinga ketika mendongak memandang Rayyan.

"Pandainya suami Mel ni"

"Aku ni, takdelah jahil sangat. Ilmu yang dulu masih ada kalau digilap balik" Rayyan merehatkan dagunya di atas kepala Melisa.

"Gilaplah ilmu Rayyan tu, nanti Mel boleh dengar hari-hari" Melisa mengangguk laju.

"Ada bayaranlah kalau macam tu. Bayaran dia mudah sahaja"

"Dengan Mel pun nak berkira" Melisa memuncung.

"Nak tau macam mana buat pembayaran tak?" Rayyan tersengih berpuas hati apabila dapat mengusik Melisa.

"Tak berminat" Melisa memeluk tubuhnya sendiri.

"Mana boleh macam tu, pembayarannya senang lah Mel. Ini je" Rayyan mula merapati bibirnya di pipi Melisa.

"Ahh! Tak nak! Mel ada wuduk lagi ni" Melisa secepat mungkin menghalang wajahnya menggunakan telekung yang dipakai.

"Rumah ni ada je air, boleh retake wuduk tu" Rayyan memeluk erat Melisa dan masih tidak berputus asa.

"Pergi jauh-jauh" Melisa cuba melepaskan dirinya daripada dakapan Rayyan.

"Ini permintaan suami Mel. Mana boleh tolak" Rayyan lagi mengusik. Melisa sudah menjerit minta dilepaskan, lagi-lagi tangan Rayyan sudah menggeletek pinggangnya.

"Woi jiran depan!"

Rayyan menoleh memandang ke arah suara yang didengarinya itu. Dilihatkan Dilan daripada pintu utama rumahnya yang hanya berbaju tshirt dan juga kain pelikat.

"Kecohlah mamat ni" Rayyan merungut. Rungutan yang hanya didengari oleh Melisa. Segera Melisa menepuk perlahan dada Rayyan.

"Eh kau Rayyan, jangan pura-pura tak nampak aku dekat sini eh" Dilan bercekak pinggang apabila Rayyan mahu menarik Melisa masuk ke dalam biliknya semula.

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now