BAB 29

1.5K 47 0
                                    

     "Rayyan.." Melisa mendekati suaminya yang sedang leka di dalam bilik kerjanya. Hari ini adalah hari dimana ibu dan bapa mertuanya ingin berkunjung.

Rayyan mengatakan mereka akan tinggal di sini lebih kurang seminggu.

"Mel nak minta Rayyan sesuatu, boleh tak?" Melisa berdiri dihadapan meja Rayyan.

"Yes, cinta. Apa dia?" Rayyan mengerutkan keningnya. Jarang-jarang Melisa inginkan sesuatu daripada Rayyan.

"Kalau Mel ajak abah dengan abang Aisy datang rumah juga boleh tak? Mel rindu lah" perlahan sahaja Melisa menyatakan hasratnya yang satu itu.

"Datang makan malam je" jari Melisa menari-nari di hujung meja Rayyan.

"Diaorang free ke? Tapi, tak payahlah Mel ajak abah tu. Ajak Aisy je"

"Mana boleh macam tu, nanti abah kata Mel lupa dia pula"

"Ada dia ingat kau tak? Tak, kan?" Rayyan berkeras menyatakan pandangannya. Bukan apa, dia pun memang daripada dulu tidak suka akan Dato' Fayyadh tu.

Melisa sudah mencebik, air matanya boleh mengalir bila-bila masa sahaja.

"Mel...betul nak jemput abah datang sekali?" Suara Rayyan mengendur. Seakan-akan memujuk hati Melisa ketika itu. Melisa mengangguk perlahan.

"Kau jangan call abah. Let me call and invite him to come here for dinner" Rayyan memandang semula komputer riba dihadapannya.

"Thank you" Melisa tersenyum lebar.

"But I still didn't like this decision" Rayyan mengumam perlahan.

"I can hear that" Melisa mengusap perlahan kepala Rayyan seperti anak kecil dan segera membawa dirinya keluar daripada bilik kerja Rayyan.

Rayyan mengambil telefon pintarnya di atas meja. Nafas panjang ditarik sebelum membuat panggilan kepada bapa mertuanya. Bapa mertua dari Neraka.

Selalu sahaja bapa mertuanya itu menghantar pesanan ringkas kepada Rayyan tetapi tidak dihiraukannya langsung. Rayyan hanya membaca sahaja. Itu pun sudah cukup menyakitkan hatinya.

"Assalamualaikum, Rayyan. Apa mimpi kamu sampai call abah ni?" Tidak sampai tiga deringan, telinga Rayyan sudah terdengarkan suara bapa mertuanya.

"Waalaikumusalam, abah. Rayyan nak jemput abah dengan Aisy datang rumah untuk makan malam. Mama dengan papa balik Malaysia hari ni, alang-alang tu boleh berkumpul sama"

"Malam ni? Boleh je abah dengan Aisy datang sekali. Dah lama juga tak berborak dengan papa Rayyan tu" Dato' Fayyadh tersenyum senang.

"Okaylah abah, Rayyan ada kerja nak buat ni"

"Rayyan sekejap, abah nak tanya ni..."

"Hmm, apa dia abah?" Malas sahaja suara Rayyan menjawab.

"Mel layan Rayyan okay tak? Dengar kata tak budak tu?"

"Okay je, abah. Takde masalah apa pun" Rayyan memusingkan pen di jarinya.

"Betul ni? Rayyan jangan nak sorok daripada abah. Kalau Mel buat silap, bagitahu terus. Biar abah nasihat dia"

"Abah, Mel isteri Rayyan sekarang. Walaupun dia masih anak abah, tapi Mel dah jadi tanggungjawab Rayyan. Tak perlu pun abah nak nasihatkan Mel sebab Rayyan sendiri boleh buat"

"Rayyan ada kerja nak buat ni. Malam ni kita jumpa ye" Rayyan mengeluh perlahan.

"Baiklah, Rayyan. Jumpa malam nanti"

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now