Melisa mengusap perutnya yang sudah sedikit membukit itu sambil mendengarkan alunan bacaan Al-Quran daripada Rayyan di sebelahnya. Tidak perlu suara dari Youtube. Suara suaminya lebih merdu.
Alahan ketika mengandungnya semakin hilang, cuma laicikang wajib Rayyan beli setiap hari Isnin, Khamis dan Ahad. Tiga hari ini sahaja Rayyan membenarkannya kerana kandungan gula dalam laicikang tersebut. Selebihnya memang makanan berkhasiat untuk Melisa.
"Rayyan...kalau Rayyan bukan manusia, binatang apa Rayyan nak jadi?"
"Nak jadi kucing. Tengok Bear tu, makan tidur makan tidur je" Rayyan menunjukkan pada Bear yang duduk dekat dengan Melisa.
"Apa punya jawapanlah, cemburu dengan Bear ke?"
"Mana ada" Rayyan menggelengkan kepalanya.
"Kalau Mel, baik jadi rama-rama. Boleh terbang satu dunia, tak payah bayar tiket flight""Tapi, proses nak jadi rama-rama cantik tu makan masa yang lama tau" Rayyan memandang isterinya yang lengkap bertelekung itu.
"Takpelah, tak kisah pun. Macam Rayyan jugalah, usaha dan kerja yang kuat barulah dapat rumah sebesar ini, hidup senang" Melisa mengangguk perlahan sambil tersenyum."Rayyan nak Mel dengan anak kita hidup senang. Biar Rayyan yang bersusah kerja, sampai masa nanti, Mel pun tak boleh kerja dah dengan Raees sebab Rayyan nak Mel rehat sepuas-puasnya. Rayyan boleh tanggung semua yang Mel nak" Rayyan mengusap perut Melisa. Dia lah paling teruja sekali ketika melihatkan pembesaran perut Melisa itu.
"Okay, Mel menurut perintah" Melisa tertawa kecil.
"Sebelum Mel lupa...hari ni Mel balik kerja lewat sikit tau. Mel boleh suruh Arisha hantar balik. Lagipun dia nak ambil barang dekat Dilan""Betul ke ni? Tak nak Rayyan ambil ke? Dah malam lah Mel balik nanti"
"Mel bukan berseorangan Arisha ada sekali" Melisa mengusap perlahan pipi Rayyan.
"Yelah" Rayyan mengeluh.
"Rayyan ikhlas tak, izinkan Mel balik dengan Arisha?" Melisa menyoalnya sekali lagi."Ikhlas, tapi hati-hati balik. Dah lah dua-dua perempuan" Rayyan mengucup pipi Melisa. Isterinya itu hanya mengangguk dan melipat sejadah semula.
Melisa dan Rayyan turut bersiap untuk bersarapan bersama seperti kebiasaannya.
Seminggu yang lepas juga, Melisa menyatakan hasratnya untuk bertudung sepenuhnya. Tiada paksaan daripada Rayyan, tiba-tiba sahaja isterinya pergi bekerja bersama tudung shawl yang dibelinya senyap-senyap.
Sejak daripada itu, Rayyan suka melihat Melisa melilitkan tudungnya dihadapan cermin.
"Mel, nak tahu tak the real reason how I've met Dilan?" Rayyan memeluk Melisa daripada belakang dan mengusap perut isterinya itu.
"Ohh ada kejadian sebenar ke?" Melisa memandang Rayyan melalui pantulan cermin dihadapannya.
"Ada, tapi Mel mesti takkan percaya" ujar Rayyan sambil mengucup pipi Melisa.
"Belum cerita lagi, belum tahu kalau Mel percaya ke tak"
"Di suatu malam yang sunyi" Rayyyan memulakan mukadimahnya.
"Be serious, Rayyan. Nak bersyair sekali ke?" Melisa menepuk perlahan tangan suaminya yang mengusap perut miliknya itu."Okay, sebab Mel lah Rayyan jumpa Dilan" Rayyan mengukirkan senyumannya.
"Bukan 6 ke 7 tahun lepas ke Rayyan? Mel mana kenal Dilan waktu tu""Memang tak kenal tapi Rayyan kenal" Rayyan mengukirkan senyuman lebarnya.
"Mel tak faham, cuba terangkan terus apa kaitan Mel dengan Dilan?" Melisa memusingkan badannya menghadap Rayyan. Cuba memahami apa yang Rayyan mahu sampaikan.
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
Romance//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...