BAB 7

1.5K 53 0
                                    

     Majlis pernikahan diadakan secara kecil-kecilan di dewan tertutup yang hanya dimuatkan seramai 400 orang tetamu sahaja.

Ini adalah salah satu syarat yang dipersetujui bersama Dato' Fayyadh, untuk tidak menghebohkan mengenai pernikahan yang berlangsung pada hari tersebut.

Hanya beberapa orang ternama yang dijemput Dato' Fayyadh untuk membanggakan dirinya bahawa sekejap masa lagi, menantu lelakinya adalah Rayyan Nick Eskandar. Seorang jejaka yang bijak dalam urus niaga sehingga pernah menjadi muka depan majalah Forbes untuk segmen Business Man of the Year dan juga pelbagai majalah besar yang lain.

Bukan itu sahaja, Rayyan juga digilai oleh wanita di media sosial, semua wanita ingin mengetahui kehidupan harian seorang ahli perniagaan muda ini.

Langkah Rayyan memasuki dewan tertutup itu disambut dengan senyuman manis para tetamu. Busana baju melayu putih berserta samping putih emas dan songkok hitam di kepala menyerikan lagi wajah kacukannya.

Rayyan bersalaman dengan Dato' Fayyadh dan Aisy yang sudah berada di kerusi sebelah tok kadi.

Aisy sudah tahu Rayyan adalah orang yang dipilih Dato' Fayyadh dua hari sebelum majlis pernikahan ini. Rayyan sendiri berjumpa dengan Aisy dan bertanya khabar mengenai Melisa.

Tetapi, hampa kerana Aisy tidak memberitahu lebih mengenai Melisa ketika perjumpaan mereka itu.

Rayyan duduk di hadapan tok kadi dan saksi. Menunggu ketibaan Melisa ke dewan tertutup itu.

Encik Raymond menepuk bahu Rayyan perlahan sejurus melihat Melisa memasuki dewan tertutup itu bersendirian. Terpana sebentar Rayyan ketika itu apabila melihatkan busana baju kebaya labuh bersama sulaman berwarna emas menyerikan lagi pakaian ratu sehari itu.

Walaupun kepalanya ditunduk ketika berjalan, Rayyan dapat merasakan kesedihan yang teramat dalam diri Melisa.

Rayyan mengeluh perlahan dan membetulkan songkong hitam dikepala.

Ketika Puan Qaula melihat Melisa berjalan seorang diri menuju ke pelamin, dengan langkah segera Puan Qaula bangun dan berjalan menemani Melisa.

Tangan Melisa digenggam erat.

Melisa mengangkat kepalanya untuk melihat gerangan wanita yang menemaninya ketika itu.

"Aunty?" Melisa beriak terkejut.

"Lepas ni panggil mama jelah, okay?" Puan Qaula tersenyum manis memandang cinta hati Rayyan.

Melisa duduk di atas pelamin dan ditemani oleh Puan Qaula. Matanya tertumpu pada belakang badan yang tegap milik bakal suaminya itu.

Tak mungkin.

"Saya semak dulu ye nama pengantin lelaki dan perempuan sebab sebelum ini, nama pengantin lelakinya lain, mungkin saya tersilap ambil borang" Tok kadi bersuara dan memegang kertas di tangannya.

"Pengantin lelakinya Rayyan Nick Eskandar bin Raymond Nick Eskandar, betul ini nama kamu?"

Melisa memejamkan matanya buat seketika. Bagaimana hal sebegini boleh berlaku? Kenapa Rayyan bersetuju menikahinya? Apa yang dikatakan Dato' Fayyadh pada Rayyan?

"Ye saya" Rayyan mengangguk.

"Pengantin perempuannya Melisa Adriana binti Fayyadh Athar" Tok kadi memandang Melisa di atas pelamin. Dia mengangguk perlahan.

"Okay, saya boleh teruskan sahaja ye. Nampak dah tak sabar sangat pengantin lelaki kita ni" Tok kadi berseloroh dan mendapat sambutan tawa daripada para tetamu.

"Sebelum kita mula akad, marilah kita beristighfar dahulu dan mengucap dua kalimah shahadah ye"

Melisa menggenggam erat tangan Puan Qaula. Seperti meminta tenaga untuk mengalir pada badannya.

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now