BAB 65

1.4K 30 0
                                    

     "Sedapnya bau" Rayyan masuk ke ruang dapur.

"Isteri kamu yang masak, memanglah sedap. Cuba Qistina masak, berhangit satu rumah" Puan Faridah tertawa kecil.

Qistina yang sedang membuat air itu memuncung panjang. 

"Takpelah Qis, nanti kahwin dengan orang kaya, suruh maid je masak" Rayyan turut tertawa sama.

"Kamu yang senang ni pun Mel masak hari-hari dekat rumah walaupun bekerja tau" Puan Faridah mengetuk kepala anak perempuannya ketika bercakap dengan Rayyan.

"Itu Rayyan, orang kaya yang lain, lain perangai dia" Rayyan berjalan ke arah peti ais, dibuka untuk lihat isi peti ais tersebut.

"Mama belum beli barang dapur lagi ke?" Rayyan memandang Puan Faridah. Banyak ruang kosong di dalam peti ais di rumah itu.
"Hujung bulan nanti mama belilah. Beli banyak-banyak nanti sayur layu, ikan dah tak elok, limau dah kecut. Rumah ni pun, ada dua orang je, Rayyan. Kadang-kadang Qis beli makan luar"

"Yelah tu. Rayyan tahu kalau mama gunakan ke tak apa yang Rayyan bagi. Jangan nak kelentong" Rayyan menutup semula peti ais itu. Sudah, habis semua kabinet dapur Puan Faridah dibuka. Macam orang audit datang kedai makan gayanya.

Melisa memandang Rayyan dengan pelik. Apalah masalah suaminya itu.

"Abang Rayyan, mama tak nak guna sangat kad abang tu. Gaji Qis pun ada, boleh guna untuk beli makan pakai kitaorang" Qistina memuncung pada mamanya.

"Ma... Rayyan ikhlas tau. Kalau Rayyan bagi dekat mama dengan Qis, lagi bertambah rezeki Rayyan" Rayyan mengukirkan senyuman kecilnya pada Puan Faridah. Setakat beli barang keperluan, tidak luak pun harta Rayyan yang 3 keturunan pun belum tentu habis.

"Mama seganlah dengan kamu, Rayyan. Tak perlu susah-susah untuk mama dengan Qis"

"He was my best friend. His family is his first priority. Rayyan tahu, Mateen mesti susah hati kalau tahu takde siapa nak tolong keluarga dia. Takde siapa nak jagakan adik dia yang nakal ni kalau bukan Rayyan. Please, mama" Rayyan mengusap tengkuknya. Keluhan berat dilepaskan jua.

"Baiklah Rayyan" Puan Faridah mengangguk perlahan. Tidak boleh menidakkan apabila Rayyan sudah berkata-kata. Perwatakan Rayyan dan Mateen sangat berbeza. Bagai langit dengan bumi sahaja.

Mateen lebih kepada mendengar kata berbanding Rayyan.

Walaupun Rayyan bukan darah dagingnya, tetapi tegasnya dalam penjagaan makan pakainya sudah seperti anak sendiri. Puan Faridah sangat bersyukur apabila dikurniakan Rayyan ketika anaknya sudah menghadap Ilahi. Masih ada Rayyan yang membantu dirinya dan Qistina.

"Mama ikut je cakap Rayyan tu, kalau tak memang dia akan paksa juga untuk mama ikut cakap dia" Melisa bersuara.

"Ye ke, Mel? Macam tu ke Rayyan buat?" Kedengaran sindiran Rayyan itu terus sahaja tangannya mencuit - cuit pinggang Melisa yang sedang menggaul lauk itu.

Isterinya itu sudah tersenyum lebar dan mengelakkan diri daripada Rayyan.

"Yelah yelah, takde...Rayyan tak suka paksa orang lain" Melisa mengaku kalah bersama tawanya. Rayyan tersenyum lebar dan memeluk pinggang Melisa bersama tangan kanannya.

Puan Faridah hanya menggelengkan kepalanya dengan senyuman yang tidak lengkang di bibir. Begitu juga, Qistina. Sekurang-kurangnya, Melisa sudah bahagia seperti apa yang arwah abangnya mahukan.

     Hari sudah pun lewat malam untuk mereka berempat. Lagipun, esok Rayyan dan Melisa akan terus masuk bekerja semula. Fasa bulan madu mereka sudah tamat.

Cukuplah satu hari bergurau senda,, bertanya khabar pada Puan Faridah dan Qistina seperti hari sebelum ini cuma tanpa kehadiran Mateen di sisi.

"Rayyan...kenapa Rayyan tak suka Mel cakap pasal Mateen sebelum ni? Padahal, semua hal berkaitan Mateen, Rayyan yang uruskan" Melisa memandang ke siling putih di atasnya. Mata tidak boleh dilelapkan.

"Dah memang tak suka dia. Rayyan tolong pun sebab mama dengan Qis je" Rayyan memusingkan tubuhnya menghadap Melisa.

"Masih tak suka Mateen ke sekarang ni?"

"Haah, tak suka"

"Tipuuu, cara Rayyan cakap dengan mama macam Rayyan sayang sangat dengan Mateen. Tak nak hampakan dia sebab tu Rayyan jaga mama dengan Qis" Melisa bergolek atas dada Rayyan sambil menjungkitkan keningnya.

Rayyan menjentik dahi Melisa dan terus sahaja Melisa menggosok kuat dahinya. Memerah kulitnya yang nipis itu.

"Sakit, gila. Aduhhh"

"Siapa gila?" Rayyan mengangkat keningnya persis penyanyi terkenal Malaysia, Ziana Zain.

"Cakap sikit pun tak boleh" Melisa memuncung. Kali ini, bibirnya pula ditampar perlahan oleh Rayyan. Terbeliak biji mata Melisa dibuatnya.

"Rayyan sengaja kannnn nak elak daripada Mel borak pasal Mateen. Rindu Mateen ke?" Melisa mentertawakan suaminya.

"Rindu madu sendiri buat apa" Rayyan memutarkan bebola matanya. Lagilah Melisa mahu mengusik Rayyan apabila reaksi Rayyan menghiburkan dirinya.

Sekurang-kurangnya, nama Mateen tidak lagi 'diharamkan' daripada didengari oleh Rayyan. Itu yang sebaiknya.

"Tapi, terima kasih tau sebab dah jaga mama dengan Qis. Mel sangat menghargai tindakan Rayyan ni, walaupun hakikatnya diaorang bukan siapa-siapa pun dengan Rayyan, hanyalah sekadar kenalan bertahun-tahun yang lepas"

"We made promise, to be a family. Believe it or not, kata janji Rayyan pada Mateen tu yang menghantui diri Rayyan sendiri" Rayyan menggosok perlahan dahi Melisa yang semakin pudar merahnya akibat dijentik tadi.

"And believe it or not, Mel loves you more. You have a special place. Only a place for Mel's husband. Berdosa kalau cintakan orang lain, selain suami sendiri" Melisa menepuk perlahan dada Rayyan.

"Betul ni?"

"Betul betul betul" Melisa mengajuk kata-kata kartun animasi Upin & Ipin itu. Terbahak tawa Rayyan memenuhi ruang bilik itu.

"Mel ni perasan comel lah"

"Mel tak comel ke?" Melisa mencubit dada Rayyan.

"Mel cantik, bukan comel" Rayyan menepis cubitan di dadanya. Berbisa.

"Tapi, tak sangkalah Rayyan baik lagi dengan mama, Qistina" Melisa memulakan kembali topik itu, sengaja mahu mengorek lebih lagi mengenai suaminya itu.

"Rayyan masih berhubung dengan Qis daripada dulu lagi. Permulaannya, Mateen tak tahu nombor baru Rayyan. Sampailah terkantoi dengan Qis sebab nampak Rayyan balas chat"

"I think about 5 years ago? Mateen texted me but I've never replied or seen the messages. I decided to ignore it through the years like he's the spam text I've got"

"Really? Mateen tak bagitahu Mel pun yang dia dah tahu nombor baru Rayyan" Melisa bermain jari telunjuknya pada bahu Rayyan, sedih.

"Kalau Mel tahu pun, nak buat apa?" Rayyan menyoalnya kembali.
"Nak ajak jumpa lah, boleh buat reunion" Melisa mengangguk.

"Pfftt berbulu mata aku tengok nanti" Rayyan menjeling isterinya tanpa menyembunyikan rasa tidak sukanya.

"Apa, Rayyan cakap? Bahasa apa Rayyan guna tu?" Melisa menggigit geram bibir bawahnya bersama cubitan di perut berotot Rayyan itu.
"Mel, sakitlah...lepas, lepas"

"Rayyan bahasakan diri apa tadi? Aku? Rayyan tak sayang Mel dah ke? Nak jadi macam kawan-kawan pula?" Melisa tanpa henti membebel akan hal itu.
"Ampun beribu ampun wahai isteriku. Bidadariku" Rayyan tergelak kecil.

"Dulu bolehlah Rayyan bahasakan diri macam tu" Melisa merehatkan kepalanya di atas dada Rayyan.
"Rayyan minta maaf okay? Tiba-tiba je terkeluar" Rayyan menepuk perlahan bibirnya sendiri.

"Itulah, mulut lagi laju berbunyi sebelum otak nak proses ayat tu" dada Rayyan dipukul geram.
"Betul, Rayyan sokong" suaminya hanya mengiyakan kata-kata Melisa.

"Malas lah nak cakap dengan Rayyan ni. Ada je jawapan" Melisa memeluk tubuh Rayyan yang berada di bawahnya.

"Kalau tak dijawab, dikatanya kita ni bosan dengan dia" Rayyan menghelakan keluhannya.
"Mel nak tidur, Rayyan kena dodoikan Mel dulu" Melisa meletakkan tangan Rayyan di belakang badannya.

Rayyan hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Macam-macam hal kaum perempuan ini. Emosi pun bermacam-macam ragam. Diturutkan juga tepukan di belakang badan Melisa.

Nanti ada yang merajuk kalau tidak berbuat begitu.

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now