BAB 16

1.5K 49 4
                                    

Rayyan mencerlung tajam ke arah Melisa. Ada sahaja mulutnya ingin bercakap.

Rayyan mengambil tempat di sejadah yang dibentangkan Melisa. Beristighfar Rayyan sebentar semasa berdiri disitu. Cuba mengumpul kekuatan dan keikhlasan untuknya beribadah.

Kerana ibadahnya kali ini, bukan seorang diri tetapi bersama makmum yang diimpikannya sepanjang hayat.

"Allahuakbar" Rayyan mengangkat takbir, memuji kebesaran Allah.

Melisa perasan akan surah yang dibaca Rayyan. Subuh tadi, surah Ad-Duha, Zohor turut diselitkan surah yang sama pada rakaat pertama mereka.

Tetapi, dalam keterpaksaan Rayyan dalam beribadah, tetap sahaja alunan suaranya sungguh tenang di pendengaran Melisa. Tidak terburu-buru dan setiap bait bacaannya adalah jelas, nyata.

Rayyan memberi salam di kiri dan kanannya, tangannya turut naik untuk membacakan doa sesudah solat. Diselitkan juga doa kesejahteraan rumah tangga yang baru dibina itu.

Melisa tersenyum senang. Tidak pernah terfikir untuk mendengarkan setiap bait bacaan doa kesejahteraan rumah tangga itu daripada mulut Rayyan sendiri.

Tanpa disedari air mata Melisa jatuh daripada tubir matanya. Segera Melisa mengesat air matanya dengan telekung. Malah, makin menjadi-jadi air matanya.

Rayyan memalingkan tubuhnya memandang Melisa. Ternampak Melisa yang menunduk dan kerap mengesat matanya.

"Apahal kau nangis" Rayyan sengaja menyoalnya.

"Mana ada nangis" Mel menggelengkan kepalanya laju. Hidung Melisa sudah memerah. Wajahnya hanya ditundukkan pada sejadah yang dipinjamkan daripada Kak Eton.

"Aku buta hati je, belum buta mata lagi" Rayyan mendekati Melisa.

"Mel nak pergi kerja dulu, dah lambat ni"

Belum sempat Melisa berdiri, Rayyan sudah pun menahannya. Rayyan mencengkam dagu Melisa untuk memandangnya.

"Terharu aku jadi imam ke?" Rayyan tersenyum sinis, air mata Melisa dikesat perlahan.

"Kalau aku jadi imam selalu, lepas tu kau menangis macam ni, tak nak lah. Macam aku paksa kau pula jadi makmum aku, padahal sebaliknya" Rayyan mencebik tidak berpuas hati. Padahal, dalam hati dia Tuhan sahaja tahu yang dia turut sama sebak.

"Tak nangis dah lah" Melisa mengesat air mata di pipinya. Rayyan mengusap kepala Melisa perlahan, cuba menenangkan hatinya dah juga Melisa ketika ini.

Melisa mengambil tangan Rayyan di kepalanya dan mengucup belakang tangan suaminya itu.

"Terima kasih jadi imam saya" Melisa tersenyum senang. Rayyan merapatkan jarak wajah mereka berdua secara drastik. Melisa segera menjauh, dahinya berkerut resah.

"Kasih diterima" Rayyan berbisik perlahan dan mengucup pipi kanan Melisa. Rayyan bangun dan melipat semula sejadah Melisa yang digunakan tadi.

"Kata dah lambat, duduk lagi buat apa?" Rayyan memeluk tubuhnya apabila Melisa kaku sejak tadi.

"Huh? Ohh...ye, Mel dah lambat" Melisa mendongak memandang Rayyan yang tersengih mengejek.

Telekung digantung semula dan begitu juga dengan sejadah. Perlu dipulangkan pada Kak Eton semula.

Melisa melepaskan sanggul di kepalanya. Langkahnya laju menuju ke cermin bilik Rayyan. Rambut panjangnya dibiarkan lepas, tiada lagi ke lapangan, jadi tidak perlu mengikat rambutnya. Tetapi, scrunchie di dalam beg tangannya wajib ada. Jika perlu.

Rayyan hanya perhatikan Melisa yang menyediakan dirinya untuk bekerja semula.

"Mel pergi dulu" Melisa menuju ke arah Rayyan yang duduk di birai katil. Tangan Rayyan dikucup sekali lagi. Melisa segera keluar daripada bilik tidur Rayyan.

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now