BAB 19

1.4K 51 2
                                    

     "Awak datang pada masa yang tepat. Come closer" Raees memanggil Melisa untuk mendekati mereka bertiga.

"Ohhh...tapi, Mel boleh datang lain waktu. I might be disturbing your discussion" Melisa tersenyum, cuba mengawal riak terkejutnya dan degupan jantung yang tidak selari.

"Mel tak ganggu pun. I want to introduce you to my old friend but more like a brother to me, Mr. Rayyan. He's one of the investors that I am looking for" Raees mengangguk dan menepuk bahu Rayyan perlahan.

"Also Rayyan, this is my project manager and architectural designer as well, Ms. Melisa. She's the one that is in charge of the new project that we talked about" Raees memperkenalkan mereka berdua. Walhal, mereka sudah lebih mengenali antara satu sama lain.

Dilan sudah berkerut keningnya apabila mendengarkan panggilan 'Cik' pada nama Melisa. Masak....Masak...

Bukan Melisa, tetapi dia. Habis dia dihamunkan oleh Rayyan nanti, percayalah.

"I'm Rayyan" Rayyan menghulurkan tangannya kepada Melisa. Sekali lagi, riak wajah Rayyan tidak dapat dibaca oleh Melisa ketika itu.

"Melisa or just Mel" Melisa menyambut tanda 'perkenalan' mereka berdua. Cincin dijari manis Melisa tidak kelihatan. Hanya cincin dijari Rayyan sahaja.

"I will invest in this project" Rayyan memandang pada Raees setelah tangan Melisa dilepaskan.

"Rayyan...kau tak tengok habis lagi paperwork  tu" Dilan mencengkam lengan Rayyan kuat. Sengaja cari nahas ke? Kalau lebih keuntungan tidak mengapa tetapi kalau kerugian? Sakit nak tanggung di kemudian hari.

"Alhamdulillah, kau jangan tarik balik pula, memang aku kejar kau sampai dapat" Raees tersenyum gembira.

"Lah, duit aku, suka hati akulah nak labur ke, nak tarik pelaburan aku ke" Rayyan tersenyum sinis. Cukup sinis di mata Dilan apabila ayat Rayyan itu menjawab pada soalan Raees.

"Aku berharap dengan kau" Raees menumbuk perlahan bahu Rayyan.

"But I need to do a discussion with project manager, Ms. Melisa. I want her to present the paperwork she did because I don't read the whole pages yet. Alone" Rayyan menunjukkan kertas kerja ditangannya pada Raees dan Melisa.

"Why not including me as well?" Raees menyoal kembali.

"Aku tak nak ada sebarang campur tangan dalam penerangan nanti. Kau sendiri cakap, dia buat kertas kerja tu. So, I assume she knew everything about the project. Am I right, Raees?"

"Go easy on her. Kau gertak kesayangan aku, siap kau" Raees berbisik perlahan.

Kesayangan?

"Awak ready untuk bentangkan kertas kerja yang awak buat? Untuk projek terbaru kita" Raees menoleh ke arah Melisa.

"Ermm..,yes, I'm ready" Melisa laju mengangguk. Memang dia sudah bersedia tapi tidaklah sepenuhnya seperti sekarang ini. Sangat tiba-tiba.

"Lead him to your office for discussion" Raees menunjuk ke arah pintu bilik pejabatnya.

"Follow me, Mr Rayyan" Melisa mengukirkan senyuman keterpaksaannya. Dilan melambai perlahan ke arah Melisa dan Rayyan yang berlalu pergi meninggalkan bilik pejabat Raees.

Kesian, Melisa. Semoga tidak dihamunkan oleh Rayyan.

Rayyan memandang sekeliling bilik pejabat Melisa, agak besar juga.

"Mel tak tau pun bos Mel tu kawan Rayyan" Melisa meletakkan fail-fail yang dibawa tadi ke atas mejanya. Niatnya hanyalah untuk berbincang dengan Raees untuk pembinaan taman perumahan baharu klien mereka. Tetapi, lain pula jadinya.

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now