Prangg!
Baru sahaja Rayyan membuka kasutnya, sudah kedengaran bunyi bising daripada arah dapur.
"Kak Senah, kenapa tu?" Rayyan berjalan ke dapur. Kedengaran bunyi sudu dan garfu jatuh ke lantai apabila Rayyan mendekati.
"Tuan tolong...Puan Mel" suara Kak Eton sedikit kuat memanggilnya. Laju langkah Rayyan ke arah dapur.
Melisa sudah mengugut dan meletakkan pisau di lehernya.
"Melisa...kenapa ni?" Rayyan dengan perlahan cuba mendekati Melisa.
"Kenapa Mel dekat sini?! Kenapa Rayyan bawa Mel balik?!" Melisa menekan pisau itu di lehernya."Mel kan isteri Rayyan. Sebab tu Mel ada dekat sini. Boleh Rayyan ambil pisau tu? Kak Senah nak masak untuk kita guna pisau tu" Rayyan cuba memujuk Melisa, walhal dalam hatinya sudah berdegup tidak menentu.
"Mel tak nak hidup dah, Mel penat" Melisa menangis dan menekan pisau di lehernya, dapat dilihat sedikit darah mengalir.
"Kalau Mel tak nak hidup, Rayyan nak hidup dengan siapa? Rayyan ada Mel je. Tolonglah Mel...pulangkan pisau tu semula. Rayyan nak Mel jadi bidadari syurga Rayyan nanti"
"Maya kan ada" Melisa mengesat air mata di pipi.
"Melisa, I only want you. I'm not waiting 13 years for you to end up leaving me like this. Please, cinta..." Rayyan menghulurkan tangannya pada Melisa. Jarak mereka hanya beberapa tapak sahaja."Mel penat.." Melisa menangis teresak-esak.
"We can go through this together. Rayyan janji" Rayyan mengangguk laju, cuba meyakinkan Melisa.Melisa melepaskan pisau ditangannya.
Rayyan terus memeluk Melisa erat walaupun tiada balasan daripada isterinya.
"You will be okay, Cinta. I'm here for you" Rayyan mengucup ubun-ubun Melisa.
"Rayyan tinggalkan Mel tadi"
"Pergi melawat abah tadi"Melisa terus terdiam dan menolak Rayyan perlahan, menjauh daripada dirinya. Melisa melangkah lemah menuju ke bilik tidurnya di tingkat atas.
Rayyan bergegas mengambil peti kecemasan di dapur dan mengekori langkah isterinya. Melisa menuju ke katil dan merebahkan badannya di situ. Melisa mengiring menghadap ke balkoni biliknya dengan pandangan yang kosong.
Tanpa berkata apa, Rayyan merawat leher Melisa yang luka dihiris sedikit tadi. Isterinya itu hanya mendiamkan diri. Sejak semalam lagi, isterinya tidak banyak berkata. Makan juga perlu dipaksa kalau dibiarkan memang sejuk lauk yang dimasak.
Oleh itu, Rayyan turut memberitahu kepada Raees untuk memberi cuti kepada isterinya selama beberapa hari demi kesihatan Melisa sendiri. Lagipun, Melisa nampak seperti hilang semangat untuk melakukan aktiviti harian. Sudahlah hampir sebulan Melisa menghilangkan diri, jumpa sahaja Melisa pula bereaksi seperti ini. Luluh hatinya sebagai seorang suami. Tidak boleh membahagiakan seorang isteri.
"Can you please leave me alone?" Melisa mengumam perlahan.
"Lepas apa yang Mel buat tadi, I can't leave you alone" Rayyan menggelengkan kepalanya."Rayyan....please" Melisa menutup rapat matanya. Tidak mahu melihat ke arah Rayyan yang berada di hadapannya.
Rayyan mengeluh berat. "Jangan kunci pintu"
Melisa menyelubung satu badannya dengan selimut. Tidak berdaya untuk bercakap lebih bersama Rayyan. Hidup di dalam mimpinya lebih indah berbanding realiti....
Sudah dua hari berlalu, Melisa hanya menghabiskan masanya di atas katil dan berbaring sepanjang masa.
Lebih merisaukan adalah Melisa tidak mahu makan. Dia berkeras untuk tidak meninggalkan katilnya pada waktu siang. Lain pula apabila hari sudah lewat malam. Melisa akan keluar dan duduk berseorangan di balkoni biliknya sambil termenung memandang langit.
Rayyan sentiasa menemani Melisa dan melihat isterinya daripada balkoni biliknya di sebelah. Sengaja juga dibiarkan Bear untuk masuk ke dalam bilik tidur bersama Melisa tetapi, kewujudan Bear turut tidak diendahkan.
Sampai bila Rayyan ingin membiarkan Melisa sebegitu. Seperti mayat hidup sahaja. Rayyan mengeluh dan menutup komputer riba di hadapannya. Melisa yang bersendirian dipandang lama sebelum kakinya melangkah keluar dan menuju ke bilik sebelah.
"Melisa, dah lewat ni. Jangan berjaga lewat malam" Rayyan melangkah mendekati Melisa di balkoni.
"Mel tidur dulu, okay?" Rayyan menggosok bahu Melisa dan mengucup ubun-ubun Melisa."Abah dah okay?" Soal Melisa perlahan.
"Dah keluar hospital. Aisy bagitahu" Rayyan bermain bersama rambut panjang Melisa yang dilepaskan.Melisa mengangguk perlahan.
"Bila pula Rayyan nak lepaskan Mel?"
"Rayyan tak pernah cakap nak lepaskan Mel. Mel je yang pandai-pandai buat keputusan sendiri" Rayyan menjawab dengan tenang.
"Merajuklah Maya tu nanti. Takkan dia nak hidup bermadu kan? Mel pun tak rela untuk dimadukan" Melisa mengalihkan tangan Rayyan daripada bermain bersama rambutnya.
"Rayyan sayangkan Mel seorang sahaja. Tolonglah percaya Rayyan kali ni"
"Banyak kali Rayyan cakap benda sama. Tapi, tetap saja Maya ada di antara kita. Seikhlas apa pun Mel terima Rayyan, itu tidak menjamin Rayyan untuk hargai Mel. Rayyan sendiri tahu, bukan senang untuk Mel terima Rayyan, tapi....kenapa Rayyan sia-sia kan kepercayaan Mel?"
"Mel cuma salah faham. Rayyan takde perasaan pun pada Maya. Hari tu, apa yang Mel nampak memang disengajakan oleh Maya" Rayyan berdiri di hadapan Melisa. Terus sahaja isterinya bangun dan berlalu menuju ke katil.
"Entah apa lagi yang disengajakan oleh perempuan itu pada Rayyan. Itu baru ciuman, entah-entah ada yang lain" Melisa membaringkan tubuhnyaa di atas katil. Selimut ditarik menutupi badannya.
"Rayyan mungkin ada khilaf sebelum ni, tapi sekarang Rayyan tahu apa yang boleh dan tak boleh"
"Baliklah bilik, Rayyan..." Melisa memejamkan matanya. Dapat dirasakan katilnya dihenyak. Selepas itu, tangan Rayyan melingkari pinggang milik Melisa. Terus sahaja Melisa kaku. Rayyan menarik isterinya rapat ke dada bidang miliknya.
"Tak payahlah nak pujuk macam ni. Mel boleh pujuk diri sendiri" Melisa cuba meleraikan pelukan Rayyan di pinggangnya.
"Siapa nak pujuk Mel? Rayyan nak pujuk diri sendiri. Sebab dah lama sangat tak rapat dengan Mel macam ni" Rayyan menyembam wajahnya pada leher jinjang milik Melisa. Bau yang dirindukan.
"Lepaslah...rimas tahu tak?" Melisa mendengus kasar.
"Tak nak. Bagilah Rayyan tidur dengan Mel hari ni. Satu hari je...eh bukan, esok-esok pun sama" Rayyan berbisik perlahan. Betullah, Melisa itu adalah pengubat Insomnia yang dihadapinya. Mata Rayyan terasa berat apabila berada berdekatan seperti ini. Selalunya waktu lewat malam, Rayyan masih segar dan menemani Melisa dari balkoni biliknya.
Tiada jawapan daripada isterinya. Begitu juga dengan tiada tolakan ketika memeluk tubuh kecil Melisa.
"Sweet dream, Cinta" Rayyan berkata perlahan di telinga Melisa.
Melisa membuka matanya, baru 10 minit berlalu tetapi Rayyan sudah nampak lena di sisinya. Dicuba juga untuk meleraikan pelukan Rayyan pada pinggangnya tetapi, gagal. Suaminya sudah pun merangkul erat. Wajah tenang Rayyan diperhatikan.
Sepanjang dirinya tidak bekerja, Rayyan turut mengikutinya sama. Hanya nampak Rayyan bersama komputer riba ketika lewat malam. Bukannya Melisa tidak perasan yang setiap malam Rayyan akan duduk di balkoni bilik sebelah, memerhatikan dirinya sekali sekala.
Melisa mengucup pipi Rayyan dan cuba untuk melelapkan matanya.
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
Romance//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...