2 hari kehilangan Melisa dan akhirnya membawa ke bawah jambatan. Dan hari itu jugalah baru Dilan nampak kesedihan yang ada pada Rayyan. Rakannya itu menangis sepuas-puasnya apabila melihatkan keadaan Melisa dalam keadaan tanpa seurat benang dan berlebam di seluruh badannya.
Tidak dapat difikirkan oleh akal fikiran yang sempurna terhadap apa yang dilalui oleh Melisa ketika bersama durjana-durjana itu.
"Rayyan, aku dah settle hal dekat balai. Kau nak rehat dulu tak? Aku boleh tengokkan Mel" Dilan menepuk perlahan bahu Rayyan yang setia menunggu isterinya yang terbaring di dalam unit kawalan rapi.
"Aku okay" tangan Melisa diusap perlahan.
"Rayyan, dah berhari-hari Rayyan macam ni je. Balik dulu ye, sayang mama? Nanti Rayyan datang balik" Puan Qaula memeluk erat anak tunggalnya. Walaupun dirinya bersedih atas apa yang menimpa menantu perempuannya, dia terus kuat untuk anak tunggalnya.
"Rayyan nak bagi Bear makan je. Nanti Rayyan datang balik" terus pelukan Puan Qaula dilepaskan perlahan.
"Mel, Rayyan balik sekejap je tau. Nanti Rayyan datang balik. Rayyan janji, Mel bukan berseorangan lagi. Rayyan nak pujuk Bear untuk makan sebab dia tak nak makan lagi. Mel tak berseorangan, Mel ada Rayyan" Rayyan mengucup sayang pipi Melisa. Badan isterinya sudah berselirat dengan wayar dipandang sayu.
"Temankan Rayyan" Puan Qaula memandang Dilan.
"Takpe, saya pergi dengan Rayyan" Aisy menawarkan dirinya.
Puan Qaula mengangguk perlahan.
Lengan Melisa yang berlebam itu dilap perlahan, tetapi air matanya mengalir deras untuk menantu perempuannya. Sangat besar ujian yang diberikan kepada Melisa.
Rayyan melangkah masuk ke dalam rumahnya. Dilihat sekeliling untuk mencari Bear, kucing kesayangan Melisa itu.
Dicari juga di bahagian dapur tempat makan Bear tetapi matanya tertumpu pada laicikang dan kotak ayam korea pedas yang dibeli untuk Melisa berada di atas dapur. Rayyan sendiri yang menghalang Puan Qaula atau pembantu rumahnya untuk membuangnya.
Dia yakin, Melisa pasti balik kepadanya jua untuk laicikang kegemarannya.
Terus sahaja tubuh Rayyan jatuh ke lantai dapur. Tangisannya yang ditahan ketika berhadapan dengan Melisa dibiarkan lepas semahunya. Hatinya berat untuk terima takdir yang tertulis dalam hidup mereka berdua.
Bear berjalan mendekati Rayyan. Diduduk atas peha Rayyan dan meletakkan kepalanya di dada Rayyan, seakan-akan memahami kesedihan yang dirasakan suami tuannya itu.
Aisy hanya melihat Rayyan dari jauh. Lebih baik Rayyan meluahkan rasa sedihnya daripada memendam yang akan memakan dirinya sendiri. Sebagai seorang abang, Aisy turut bersedih dan marah atas perkara yang berlaku pada adiknya. Tetapi, tiada apa yang boleh diubah selain memberi kekuatan kepada pasangan yang baru sahaja ingin mengecapi kebahagiaan mereka itu.
"Maafkan aku, Aisy...aku tak jaga Mel dengan baik" Rayyan mengesat air matanya. Cuba mengawal kesedihannya.
"Benda dah jadi, aku takkan pernah salahkan kau. Aku tak minta kemaafan kau tu. Aku cuma nak kau kuat. Untuk Mel dan anak kau. Mel dah buat bahagian dia, untuk terus kuat demi kau dan anak dia. It's a miracle for the baby to be safe after what she went through"
"And you should do your part now. Talk to her, she listens" sambung Aisy lagi.
"Sebab aku, Mel kena perkosa. Sebab aku yang dulu, Aisy...isteri aku tak berdosa, kenapa dia yang kena tanggung apa yang aku buat dulu?"
"Jangan pernah salahkan takdir Allah"
"Itu jelah semua orang cakap. Nak menyedapkan hati aku je" Rayyan membawa Bear ke tempat makannya. Rayyan duduk di sebelah Bear dan menemani kucing kesayangan Melisa itu.
"Aku salin baju kejap. Nanti kita pergi hospital balik" Rayyan mula ingin menyembunyikan perasaannya semula. Sekejap bersedih, sekejap membatu entah apa yang sebenarnya perasaan Rayyan pun tiada siapa pasti.
Rayyan duduk di birai katil. Terasa hidupnya kosong, sunyi tanpa Melisa. 'Cepat sembuh, Mel...Rayyan rindu'
Pada hari yang sama, Rayyan membuat keputusan untuk pergi berhadapan dengan pelaku yang telah memperkosa isterinya. Kesemua rakannya sudah pun ditangkap pada hari yang sama kerana jasa baik Nadhir yang menghantar lokasi tempat Melisa dicampak daripada jambatan kepada Rayyan. Begitu juga dengan lokasi langsung yang dikongsi tentang keberadaan mereka dalam diam.
Kesemua mereka direman tanpa ikat jamin. Menunggu hari perbicaraan sahaja.
Shauqi, si dalang kejadian itu tersenyum puas memandangkan keadaan Rayyan yang tidak terurus itu.
"Melisa hidup lagi tak? Banyak kali kitaorang aqiqah kan dia. Anak kau selamat tak?" Sinis sahaja pertanyaan Shauqi.
"Mulut sial kau tu, jangan berani nak sebut pasal isteri aku dengan anak aku"
"Mulut sial ni dah cium isteri kau tau. Setiap anggota badan dia aku dah rasa" Shauqi menggigit bibir bawahnya. Satu tumbukan hinggap di pipi Shauqi. Terteleng kepalanya ke kanan.
"Kau tahu tak, kau pengecut? Sebab kau tak hadap aku macam jantan! Aku tak hamak lah dengan bekas aku yang kau dah ambil tu. Bekas aku tu yang terhegeh-hegeh nak aku balik, ini mesti sebab kau yang tak reti layan nafsu setan dia tu" Rayyan menggenggam erat baju leher baju yang dipakai oleh Shauqi itu.
"Kalau apa-apa jadi dekat isteri aku, kau mati. Aku tak kisah kalau aku kena upah banduan dalam penjara tu untuk bunuh kau sebab aku tak nak kotorkan tangan aku, dengan darah babi macam kau" Rayyan berbisik di telinga Shauqi.
"Bukan kau je, pengikut kau tu pun kena" senyuman sinis terukir di bibir Rayyan.
"Kalau aku mati pun, aku dah puas balun isteri kau. Kesian dia, merintih, menangis panggil nama kau. Tapi, kau? Tak datang pun"
Rayyan bangun daripada kerusinya dan terus mengheret Shauqi ke dinding. Dihentakkan kepala orang yang pernah menjadi rakannya itu ke dinding bilik siasatan. Kelemahan Rayyan sekarang adalah Melisa. Sekali mulut Shauqi bercakap mengenai isterinya, waktu itu juga amarahnya membuak-buak.
Rayyan tidak peduli apa lagi, tumbukan dibuat tepat di wajah Shauqi dan juga perutnya. Sakit hatinya tidak dapat dibendung lagi. Bertubi-tubi tumbukan diberi untuk memuaskan hatinya sebelum Aisy menarik tubuh Rayyan menjauhi Shauqi yang sudah lemah bersandar pada dinding.
"Kau bawa adik ipar kau ni balik, lagi lama dia dekat sini, mati budak ni dia kerjakan" kata rakan Aisy yang berjawatan sebagai Komisioner Polis (CP) itu. Rayyan dapat berjumpa Shauqi secara berdepan ini kerana Aisy yang meminta bantuan rakan baiknya dengan perjanjian Rayyan tidak mencederakan Shauqi. Tetapi, lain jadinya.
"Kau takkan terlepas Qi, aku akan buatkan kau meringkuk dalam penjara sampai mati!! Kau ingat ayat aku ni, kau takkan terlepas!" Rayyan menghamburkan amarahnya. Orang seperti Shauqi dan juga rakan-rakannya yang lain, tidak layak untuk hidup langsung.
Mereka sama seperti syaitan, tiada belas kasihan, hidup berpaksikan nafsu semata-mata.
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
Romance//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...