Di dalam kemeriahan ramai dalam berkunjung ke rumah Dilan untuk berjumpa dengan ahli keluarga baru, Rayyan duduk bersendirian di bangku hadapan rumah Dilan itu.
Matanya hanya tertumpu pada telefon pintar di tangannya. Video-video dan gambar Melisa ketika bersamanya dipandang lama. Buat hilang rasa rindunya walaupun sekejap.
"Dengar cerita ada orang nak pikat kau tadi?" Dilan duduk bersama Rayyan di situ.
"Mesti anak kau bagitahu kan?" Rayyan meletakkan telefon pintarnya di atas meja. Masih ditatap sayang gambar Melisa.
"Dia kan aku punya spy untuk kau" Dilan tergelak kecil.
"Eh, ceritalah...kau jumpa siapa? Cantik tak?" Dilan semakin teruja.
"Mel lagi cantik" Rayyan menunjukkan gambar Melisa di skrin telefon pintarnya."Hana cakap kau pandang perempuan tu tak lepas. Tu pertama kali kau macam ni tau. Selama ni, ramai je yang tegur kau tapi kau buat tak endah je. Jual mahal"
"Takde apalah. Aku terkejut je kot sebab suara dia sama dengan suara Mel" Rayyan tersenyum kecil.
"Kau biar betul?" Berkerut dahi Dilan ketika itu."Tapi, aku tak harap lebih pun. Cukuplah aku dengar dia panggil nama aku tadi. Terubat sikit rindu dekat hati"
"Kau betul tak nak bercinta lagi? Aku kesian dengan mama, papa...memang diaorang tak tunjuk sedih depan kau, tapi diaorang sedih hidup kau berseorangan macam ni. Takde siapa yang jaga makan, pakai kau. Takde siapa jaga bila kau sakit" Dilan menepuk perlahan bahu rakannya itu.
"Mel hidup dengan aku tak sampai dua tahun. Sebelum ada Mel, aku hidup sendiri juga. Elok je" Rayyan menggelengkan kepalanya.
"Ada jelah nak menjawab" Dilan menggelengkan kepalanya.
"Cinta aku hanya untuk Melisa Adriana dan anak aku. Tiada yang lain. Dia lah satu-satunya bidadari aku nanti. Itu janji aku pada Mel sebelum dia pergi"
"Lagipun, kau kan nak nama atas harta aku semua. Aku dah takde sesiapa, kalau aku pergi dulu, semua ni jadi milik kau anak beranak" sambung Rayyan lagi.
"Kau ni...memanglah....kau nak mati sangat ke" Dilan mendengus geram.
"Selagi Allah bagi pinjam nyawa pada tubuh aku ni, selagi itulah aku cuba kuat untuk hidup. Yang ini, aku janji dengan kau. Kau tak payah risau" Rayyan tergelak kecil.
"Eh dah lah, aku nak tengok anak baru aku. Dah ada ruang untuk aku tak?" Kata Rayyan cuba mengalih topik kerana dirinya masih rapuh walaupun sudah bertahun Melisa pergi membawa zuriatnya bersama.
"Kalau takde ruang, aku buatkan ruang untuk kau" Dilan memeluk erat bahu Rayyan yang menuju ke dalam rumahnya. Sudah terbiasa dengan Rayyan yang memanggil anak-anaknya sebagai anak Rayyan juga.
"Can I?" Rayyan memandang Arisha yang masih dalam pantang itu, meminta izin dirinya untuk memegang Hawa. Arisha mengangguk sambil tersenyum.
"Assalamualaikum, Hawa" Rayyan tersenyum lebar dan mendukung Hawa, adik kepada Hana itu.
"Ikut muka aku kan?" Dilan turut tersenyum.
"Taklah, ikut muka Arisha" Rayyan menafikannya.
"Siotlah kau"
Pipi mulus Hawa diusap perlahan. Senyuman lebar terbentuk pada bibir Rayyan. Puan Qaula dan Encik Raymond yang memerhatikan anaknya itu hanya menahan sebak di dada. Orang tua mana yang tidak bersedih dengan nasib yang menimpa anaknya itu.
Kehilangan isteri dan anak yang belum sempat dinamakan lagi.
Rayyan mengucup pipi Hawa penuh sayang. Kalaulah anaknya dan Melisa masih ada, sudah tentu mereka berdua sedang menyibuk untuk memeluk dan mencium Hawa juga. Sudah tentu, anaknya sudah berkawan dengan Hana dan juga Melisa di sisi Arisha yang sedang berpantang.
"Hawa membesar dengan sihat okay? Nanti daddy bagi toys banyak-banyak" Rayyan mencuit hidung kecil bayi itu.
"Penuhlah rumah aku dengan mainan diaorang je" Dilan mengomel dengan nada bergurau. Arisha terus mencubit peha Dilan yang duduk di sebelahnya."Diaorang kecil lagi, aku bagilah toys. Dah besar nanti aku penuhkan rumah kau dengan kereta pula" sindir Rayyan walaupun masih tersenyum melihat Hawa di lengannya.
"Mati aku" Dilan menepuk dahinya.
Rayyan sudah tergelak dan cuba mengawalnya kerana tidak mahu mengganggu lena Hawa ketika itu.
'Mel tak perlu risau pasal Rayyan lagi, Rayyan ada Dilan dengan yang lain ni. Walaupun Rayyan rindu sangat dengan Mel dan anak kita, Rayyan yakin. Ini semua takdir Allah. Bukan Rayyan tak layak untuk bahagia, tapi Allah dah tulis cantik kehidupan kita berdua. Tunggu Rayyan dekat sana dengan anak kita tau'
'Betul kata Dilan, Allah temukan kita berdua bersebab. Untuk Rayyan kembali kepada-Nya. Sentiasa mengingati-Nya dan jangan berharap pada cinta manusia kerana itu hanya sekadar pinjaman'
'Terima kasih, cinta sebab pernah sayangkan Rayyan sepenuh hati. Cinta Rayyan takkan pernah berubah' detik hati Rayyan sambil memerhatikan ahli keluarganya yang bergembira dengan kedatangan ahli keluarga yang baru.
Dia perlu kuat demi orang - orang yang masih ada sayangkan dia lagi.
✨✨✨
Heelllooo guysss, dah sampai penghujung cerita :((
TERIMA KASIH kepada yang setia membaca daripada bab 1 sehingga bab yang terakhir ❤️. Maaf di atas segala kesalahan, baca ni kita santai-santai je 🤙🤣
TERIMA KASIH kepada yang VOTES. Korang jangan lupa bagi sekali author review dkt profile tauuuu.
YANG PENTING, INSYA'ALLAH AKAN ADA SPECIAL PART✨ tapi bukan pada waktu yang terdekatlah hehe. Author busy sikit hujung tahun ni 👍
Tapi, apa-apa pun terima kasih banyak-banyak. Dengan ini Rayyan X Melisa signed off.
Love,
Author ❤️❤️❤️
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
Romance//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...