BAB 58

1.4K 39 2
                                    

     Sedari tadi Melisa memuncung sedepa. Sudah seperti disengat lebah mulutnya itu.

"Apa yang tak puas hati sangat ni?" Rayyan menarik bibir muncung Melisa itu.

"Mana ada Mel tak puas hati. Okay je" Melisa memutarkan bebola matanya, jarinya kerap menukar siaran di televisyen. Tiada apa yang menarik.

"Ni apa?" Rayyan menyentuh bibir muncung Melisa.
"Memang bibir Mel macam nilah" sengaja Melisa menjawab.

"Nak kiss ke?" Rayyan tersenyum lebar.
"Rayyan ni sengaja kan?" Melisa mendengus kasar. Padahal kejadian balik daripada meredah hujan tadi pun tidak selesai sebenar-benarnya. Kata Rayyan, pembantu-pembantu rumahnya ada. Tidak mahu membuat 'bising' ketika mereka ada di rumah.

Rayyan menepuk peha Melisa dan sengaja mengusik isterinya itu. Pantas tangan Rayyan ditepuk kasar oleh Melisa.

"Duduk jelah diam-diam macam Rayyan nak tu" Melisa menjeling kepada suaminya. Rayyan tergelak besar dan mendakap penuh sayang pada isterinya itu. Dahi dan pipi Melisa dicium beberapa kali. Menunjukkan sayangnya pada si isteri.

"Rayyan dah upah Kak Senah dengan Kak Eton untuk bekerja setiap hari. Sebab Rayyan tak nak Mel bersusah payah dekat dapur. Mel perlukan rehat yang cukup. Lagi satu...nanti jelah Mel layan Rayyan okay?" Rayyan memicit kedua belah pipi Melisa.

"Focus on your recovery first" Rayyan meletakkan kepala Melisa di dadanya.

...

     Ting! Ting!

Melisa mencapai telefon pintarnya. Sudah hampir 3 minggu, Melisa kembali bekerja semula. Nasib baik juga majikannya memahami sakitnya itu. Tetapi, tempoh 3 minggu ini juga buatkan Melisa tidak tenteram untuk bekerja.

Entah apa yang merasuki suaminya, ada sahaja mesej yang diberi berbaur godaan. Tetapi, apabila berjumpa di rumah, Rayyan bereaksi biasa sahaja.

Adakah ini dugaan untuknya? Selama ini, Rayyan sebenarnya memang senakal itu. Cuma Melisa sahaja tidak tahu dan tidak kenal perangai sebenar Rayyan.

Rayyan ❤️:
Hi, Cinta. My report of the day is I didn't take my lunch yet. It's closed. But, can I know what time will your legs open for me?"

Melisa segera melihat sekeliling pejabatnya. Walaupun hanya dia seorang sahaja, wajahnya naik membahang merah.

Melisa:
Rayyan kena makan tu, otak daripada hari tu dah tak function kan? Sibuk ganggu Mel bekerja

Rayyan ❤️:
I'm just reporting my work life to you and I miss you, Mel

Melisa:
Not missing you. See you at home

Rayyan mengukirkan senyumannya, sengaja mengenakan Melisa. Bermanja dengan isteri sendiri, apa salahnya. Rayyan menyambung semula kerjanya yang tergendala akibat menyakat Melisa tadi.

Memang sejak daripada bercuti panjang, senyuman tidak lengkang di bibir Rayyan. Murah senyuman pula.

      "Assalamualaikum bos, senang hati lagikah? Alhamdulillah" Dilan bersuara seperti mengejek Rayyan. Ada sahaja nak menyakitkan hati.

"Waalaikumusalam, kau nak apa?" Rayyan mencapai baju kot di tempat gantungnya.

"Nak bagitahu yang Mel suruh kau datang ke apartment lama dia. Dia nak minta tolong kau angkat barang-barang dia, bawa balik rumah kau" Dilan memeluk tubuhnya.

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now