BAB 74

1.8K 37 0
                                    

6 tahun kemudian,

"Daddy, Mummy Mel cantik eh?" Kata si kecil di sebelahnya ketika menyiram pusara Melisa.

"Sangat cantik. Baik pula tu" Rayyan menggangguk sambil tersenyum lebar.

"Kan best dapat jumpa mummy Mel"

"Mummy Mel mesti tak suka kalau jumpa Hana" selamba sahaja Rayyan berkata.

"Kenapa pula?" Hana memeluk tubuhnya.

"Sebab.....munmy Mel je yang boleh manja-manja dengan daddy" Rayyan berbisik pada telinga Hana.

"Mummy Mel kena kongsi daddy dengan Hana tau"

"Eh? Macam tu pula?" Rayyan tertawa kecil melihat telatah Hana.

"Dah nak hujan ni, kita kena balik. Nanti ibu risau" Rayyan mengusap kepala Hana perlahan.
"Okay, bye mummy Mel. Hana balik dulu tau" Hana bangun daripada bangku yang dibawa oleh Rayyan bersama tadi.

"Rayyan balik dulu, cinta. Nanti Rayyan datang lagi. Assalamualaikum" Rayyan mengusap perlahan batu nisan yang tertera nama Melisa itu. Tangan kecil Hana dipimpin ke kereta bersama bangku kecil di sebelah tangan lagi.

Rayyan membawa pulang Hana bersamanya, itulah rutinnya pada setiap hujung minggu selama 6 tahun ini. Tidak pernah jemu untuk melawat Melisa kerana dirinya sentiasa merindui Melisa.

Kereta Rayyan meluru masuk ke perkarangan rumahnya.

"Alamak, ibu dah tunggu pula" Hana menutup mulutnya apabila melihatkan ibunya sudah menunggu di depan pintu rumah.

"Hana cakap dah beritahu ibu yang Hana ikut daddy. Hana tipu daddy eh?" Rayyan memandang sekilas Hana disebelahnya yang sudah kelihatan risau.

"Sorry, daddy" Hana tersengih manja.
"Hana jawab sendiri dengan ibu, daddy tak nak tolong"

Hana memuncung panjang.

Berhenti sahaja kereta Rayyan di perkarangan rumahnya, Hana segera mendapatkan ibunya.

"Assalamualaikum, ibu" Hana memeluk erat tubuh ibunya yang sedang berbadan dua itu.
"Waalaikumusalam, pergi mana dengan daddy? Kenapa tak maklumkan dengan ibu? Merata ibu cari Hana"

"She's safe with me" Rayyan mendukung Hana dan mengucup pipinya beberapa kali. Tergelak besar Hana kerana kegelian.

"Manjakan sangat budak tu, aku yang pening nak jaga dia bila kau takde" Dilan muncul bersama yogurt di tangannya daripada belakang Arisha.

"Aku nak bawa Hana kau tak bagi" mata Rayyan memandang yogurt di tangan Dilan.

"Kau ambil stok yogurt aku eh" sambung Rayyan.
"Takdelah, aku saja-saja tengok peti ais rumah kau. Ada banyak, aku ambil lah satu" Dilan tersengih tanpa rasa bersalah.

"Anak beranak sama je perangai. Kesian Rayyan ni nak layan perangai abang dengan Hana" Arisha menepuk dada Dilan di sebelahnya dengan kuat.

Tersedak Dilan dibuatnya. Terkejut pun ada juga.

"Hana ikut perangai ayah lah ni" Hana tergelak sendiri.

"Memang" Arisha menggelengkan kepalanya.
"Jom Hana, balik rumah kita mandi dulu. Nanti datang balik rumah daddy" Arisha memandang anak perempuan sulongnya yang sedang elok memeluk erat leher Rayyan.

"Alahhhh" Hana merengek tidak mahu.

"Hana ikut ibu dulu, nanti datang balik sini. Okay?" Rayyan menurunkan Hana ke bawah semula.
"Okay daddy"

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now