BAB 35

1.4K 46 2
                                    

     "Takde jauh lagi ke kau nak parking, Rayyan oi?" Rungut Dilan apabila membuka tali pinggang keselamatannya.

"Ada nampak petak kosong ke tadi? Kalau takde, tak payah merungut" Rayyan mematikan enjin keretanya.

"Jauh siot nak menapak, ni balik daripada lunch nak sampai ke kereta kau balik, dah lapar lagi" Dilan menutup pintu kereta. Tapak tangan di letakkan pada atas dahinya. Menghalang panas terik matahari daripada memancar ke matanya.

Cuaca Malaysia kalau sejuk, memang sejuk betul. Kalau panas, panas berdekang rasanya.

"Saya setuju, nanti kena lunch, round 2 pula" Arisha mengangguk. Dilan menunjuk pada Arisha disebelahnya dan turut mengangguk laju. Seakan-akan mengiyakan kenyataan rakan Melisa itu.

"Sel otak korang berhubung sama ke?" Rayyan memakai kaca mata hitam yang diambil daripada dalam kereta tadi.

"Dah...dah..cepat pergi lunch, cepat juga balik office" Melisa menegur mereka bertiga.

"Tak sabar nak jumpa Raees ke?" Rayyan menoleh pada Melisa. Isterinya itu hanya memutarkan bebola mata sahaja. Memang hobi suami Melisa itu matchmaker untuk Melisa dan Raees.

Melisa berjalan melintasi Rayyan terlebih dahulu walaupun dia tidak pasti, kedai makan yang mana satu akan dipergi oleh Rayyan.

Melisa mendahului yang lain dan menyusur dahulu di tepi jalan raya itu. Bukan apa, kereta agak banyak untuk melintas. Tidak pasal-pasal mati katak sahaja nanti.

"Kau nak pergi mana?" Rayyan menarik tangan Melisa. Terus sahaja Melisa merapati sisi Rayyan itu.

"Pergi kedai sanalah" Melisa menunjukkan kedai paling hujung, acah tahu sahaja.

"Tu kedai mamak tak halal. Kau ni, main nak pergi makan je kan" Rayyan mengemaskan genggaman tangan Melisa. Tertoleh kepalanya kiri dan kanan untuk melintas. Apabila keadaan selamat untuk melintas, mereka berdua melintas terlebih dahulu.

Dilan dan Arisha pula memandang sesama sendiri apabila melihatkan pasangan suami isteri itu berpimpin tangan untuk melintas jalan.

Oleh itu, Dilan cuba menghulurkan tangannya pada Arisha juga. Arisha memegang pada hujung lengan kemeja panjang yang dipakai oleh Dilan.

Senyuman lebar terukir di bibir Dilan. Cuaca yang panas terasa sejuk.

"Wahh ada laicikang" Melisa menggoyangkan tangan Rayyan yang memimpinnya daripada tadi. Terlebih gembira. Itu kesukaannya.

"Kak, ambil order. Isteri saya dah kempunan sangat ni" Rayyan menegur seorang wanita dalam lingkungan 40-an yang lalu di meja mereka.

Melisa menendang kaki Rayyan di bawah meja yang berada dihadapannya. Sikit pun Rayyan tidak beriak sakit. Perlahan sangat tendangannya tadi.

"Saya nak laicikang saiz besar tau, kak dengan mee kari" Melisa tersenyum senang.

"Betul ke dik? Besar tau saiz laicikang tu" pelayan itu menanyakan Melisa semula.

"Betul betul" Melisa mengangguk laju.

"Saya nak jus tembikai dengan nasi goreng USA" Arisha berkata.

Pelayan itu mengambil pesanan setiap daripada mereka. Hanya Rayyan yang tidak memesan makanan. Cuma air teh o ais kosongnya sahaja.

"Kau tak makan ke?" Dilan memandang sebelahnya.

"Nanti ada orang tu usik sikit je mee kari tu" Rayyan memuncung pada Melisa yang sedang berbual bersama Arisha. Dilan mengangguk faham.

Jari Rayyan bermain di cincin perkahwinannya sambil perhatikan Melisa yang leka berbual. Sehinggakan pesanan sudah dihidangkan, dua orang wanita itu tidak henti-henti berbual.

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now