Sudah 3 hari Rayyan menunaikan solat fardhunya secara bersendirian. Ada masa Melisa lambat ambil wuduk atau buat hal lain. Tahu-tahu Rayyan sudah memberikan salam di tahiyat akhirnya.
Tetapi, bukan malam ini. Melisa sudah bersiap sedia dengan telekungnya. Cuma menunggu sahaja Rayyan yang masih di dalam bilik air.
Keluar sahaja Rayyan daripada bilik air, Melisa sudah berdiri di atas tikar sejadahnya. Rayyan hanya memandangnya sekilas sahaja sebelum menurunkan baju lengan panjangnya daripada lipatan di siku.
Rayyan tidak berkata apa, hanya mengimamkan sahaja solat Isyak bersama Melisa. Misinya menjadi.
Seusai berjemaah, Rayyan tidak menoleh ke belakang untuk menghadap Melisa. Dirinya hanya diam di atas tikar sejadah bersama matanya yang direhatkan seketika. Kepalanya ditongkatkan dengan tangan kiri.
Perlahan sahaja Melisa mendekati Rayyan dan duduk di sisi kanan suaminya. Badan belakang Rayyan diusap perlahan tanpa sebarang kata daripada Melisa. Mungkin itu yang diinginkan oleh Rayyan.
Hanya suasana yang sunyi.
"Do you know Raees like you?" Kerutan dahi Rayyan terserlah apabila memandang wajah Melisa.
"As a boss, yes I know" Melisa mengangguk.
"No, as a man. Do you know that?" Wajah Rayyan dapat dibaca dan ianya agak tegang saat ini.
"I... don't..tapi, Mel tak rasa yang Raees suka Mel as a man. He's just friendly" Melisa memegang tangan Rayyan.
"Yeah too friendly with you" Rayyan menarik tangannya daripada pegangan Melisa.
"Taklah Rayyan, dengan semua pekerja bos Mel tu bagi layanan yang sama. Dengan Arisha pun and kenapa Rayyan tiba-tiba cakap pasal bos Mel?" Sifat ingin tahu Melisa membuak-buak. Kenapa Raees dijadikan topik perbualan mereka?
"Kau memang anggap semua orang baik ke dengan kau? Ada masa dia baik bersebab"
"Siapa? Bos Mel?" Melisa mengerutkan dahinya.
"Yelah siapa lagi" malas sahaja Rayyan menjawabnya.
"Rayyan......jealous ke?" Melisa tersenyum sinis dan mencucuk-cucuk lengan Rayyan yang berotot itu. Melisa juga cuba menahan tawanya.
"Membazir masa aku je nak jealous" Rayyan menepis jari Melisa jauh daripadanya.
"Muka nampak jealous" Melisa mengukirkan senyuman manisnya pada Rayyan.
"Muka aku memang macam ni" Rayyan memandang ke arah pintu balkoni yang tertutup itu. Cuba mengelakkan pandangannya daripada Melisa.
"Macam mana? Handsome ke maksud Rayyan? Suami Mel memang handsome pun" Melisa mengangguk laju.
"Kau jangan nak ubah topik boleh tak?"
Melisa mengeluh dan menundukkan pandangannya. Hujung kain telekung dipintal-pintal.
"Raees sendiri bagitahu aku yang dia suka kau. Kau expect aku nak gembira ke?" Rayyan memegang dagu Melisa untuk melihat ke arahnya.
"Atau kau yang suka dengar pasal ni?"
"Mel tak suka kena tuduh macam ni. Mel tahu, Rayyan moody sekarang. Tapi, jangan tuduh Mel sembarangan dan itu hak dia kalau suka pada Mel pun"
"Sepatutnya, Rayyan soal diri sendiri. Kenapa nak rahsiakan perkahwinan kita daripada orang lain? Kalau tak berahsia, Mel tak rasa dia akan taruh perasaan macam ni"
"Mel nak turun bawah dulu, duduk dengan mama lagi best" Melisa bangun lalu menanggalkan telekungnya. Suka hati ingin menuduh. Daripada suka pada bos, lebih baik suka pada suami sendiri.
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
Romance//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...