BAB 23

1.5K 45 0
                                    

     Sesampai di rumah, Melisa segera meninggalkan Rayyan di kereta. Masuk sahaja bilik tidurnya, segera Melisa membersihkan dirinya. Segala pakaian yang di pakai tadi dibuang ke dalam tong sampah. Badannya diberus sekuat hati. Terasa jijik dengan diri sendiri.

Air matanya tidak henti-henti mengalir sepertimana pancuran mandiannya.

"Mel?" Rayyan mengetuk pintu bilik air Melisa. Dapat didengari Melisa yang menangis di dalam sana.

Rayyan meraup wajahnya kasar. Menyesal kerana meninggalkan Melisa bersama mereka. Rayyan pergi membeli air hanya sekejap, sampai sahaja Rayyan di sana, alangkah terkejutnya dia melihatkan Melisa seperti boneka babi-babi itu.

Kaki Rayyan melangkah keluar bilik tidur Melisa. Ingin ditukar bajunya terlebih dahulu.

Rayyan memasuki semula bilik tidur Melisa setelah menukar pakaiannya dan Melisa masih berada di dalam bilik air tersebut.

"Mel, keluar bilik air sekarang" Rayyan sudah tidak sedap hati kerana tidak kedengaran pancuran air lagi. Pintu bilik air diketuk bertalu-talu.

"Mel, dengar tak?" Rayyan mengetuk lagi kuat pintu bilik air Melisa yang berkunci itu.

Bunyi kunci pintu kedengaran. Melisa muncul dihadapan Rayyan dengan muka yang sugul. Matanya bengkak kerana menangis. Melisa juga siap berpakaian daripada dalam bilik air.

Kehadiran Rayyan tidak dihiraukan. Kaki Melisa melangkah ke katilnya. Direbahkan tubuh badannya di atas katil. Selimut menyelubungi badannya.

Mungkin ini hanya mimpi buruk Melisa. Apabila dia tersedar daripada mimpi buruk ini, semua akan kembali seperti biasa.

Rayyan mengusutkan rambutnya apabila Melisa mendiamkan dirinya sahaja. Rayyan melangkah ke katil Melisa dan membaringkan tubuhnya di sebelah Melisa.

Perlahan sahaja tangan Rayyan merangkul pinggang Melisa. Berhati-hati, tidak mahu menakutkan Melisa dengan tindakannya. Kerana sudah pasti Melisa trauma akan hal yang berlaku kepadanya tadi.

Melisa menyembamkan wajahnya pada dada Rayyan. Pinggang Rayyan dipeluk erat.

"Kenapa Rayyan tinggalkan Mel tadi?" Melisa sambung tangisannya di dada Rayyan.

"Aku minta maaf...I shouldn't let you be alone with them. I'm really sorry" Rayyan mengusap perlahan badan belakang Melisa.

"Dia sentuh Mel...Mel benci dia, Rayyan"

"Maafkan aku. Aku janji tak tinggalkan kau seorang diri lepas ni. Aku janji, Mel" Rayyan mengucup perlahan kepala Melisa. Luluh hatinya apabila isterinya diperlakukan sebegitu rupa.

"Jangan tinggalkan Mel lagi" Melisa merayu, pelukannya pada tubuh Rayyan dieratkan lagi.

"Aku janji" Rayyan mengangguk.

Buat seketika, Melisa sudah melelapkan dirinya di dada Rayyan. Tangisan tanpa hentinya meletihkan Melisa ketika itu.

     Rayyan tersedar daripada tidurnya apabila dirasakan tangannya disentuh perlahan. Matanya dibuka dan dapat melihat Melisa yang sedang mengubati luka di penumbuk Rayyan.

"Mel buat apa ni?" Rayyan segera duduk di atas katil Melisa.

"Tangan Rayyan luka" Melisa ralit menyapu krim pada luka Rayyan itu. Memang masa pergaduhan tadi, Adam sempat memukul kembali penumbuk Rayyan menggunakan stik golf ditangan sebagai pelindungnya. Walhal penumbuk Rayyan masih hinggap bertubi-tubi pada wajah Adam.

"Aku okaylah" Rayyan menghentikan perbuatan Melisa itu.

"Rayyan duduk diam-diam jelah"

Rayyan mendiamkan dirinya sahaja seperti yang diminta Melisa. Wajah Melisa diperhatikan.

"Terima kasih sebab tolong Mel tadi"

"Tanggungjawab aku untuk jaga kau" Rayyan mengusap pipi Melisa.

"Pukul berapa ni? Kenapa Mel terjaga?" Rayyan menoleh ke arah jam di dinding bilik Melisa. 2 pagi. Ingatkan dia hanya ingin menemani Melisa sahaja, tahu-tahu diri sendiri yang terlelap.

"Mel tak suka Rayyan bergaul dengan orang-orang macam tu" Melisa memandang tepat pada mata Rayyan.

"Memang aku dah buang pun diaorang dalam hidup aku mulai hari ni"

"Semua yang berperangai macam tu, bukan mereka sahaja" Melisa tegas menyatakan hal itu.

"Ye, aku faham" Rayyan mengangguk perlahan. Melisa tersenyum kecil dan mengesat air mata ditubir matanya.

"Rayyan...." Mel memuncungkan bibirnya.

"Cakap jelah, Mel" Rayyan menyelitkan rambut Melisa dibelakang telinganya.

"Mel laparlah" Melisa memegang perutnya.

"Aku ada pesan makan malam tadi, just incase you're awake. Jadi, firasat aku memang betul" Rayyan menggosok kepala Melisa.

Rayyan hanya memesan sahaja tetapi, Dilan yang mengambil pesanan tersebut untuk disimpan di dapur.

"Rayyan beli apa?" Melisa memeluk lengan Rayyan, tidak ingin dilepaskannya dan hanya mengekori langkah Rayyan ke dapur.

"Nasi goreng kampung dengan ayam goreng. Pergi duduk dululah, aku panaskan nasi goreng kampung kau tu" Rayyan menunjuk ke arah kerusi meja makan. Melisa menggelengkan kepalanya tidak mahu.

"Suka hati kaulah" Rayyan mengambil kuali dan nasi goreng kampung yang dibungkus dalam polistren, dituang kesemuanya dalam kuali panas itu.

Melisa memeluk Rayyan daripada belakang. Teringat pula Melisa ketika Rayyan bersama Gina bermesraan di hadapannya. Lagi erat pelukan Melisa pada pinggang Rayyan.

"Mel, rimaslah" Rayyan mengerutkan dahinya, apa entah yang merasuki tubuh Melisa.

"Dengan Mel rimas? Dengan Gina tadi, tak rimas?"

"Eh?"

"Apa eh? Mel tanya Rayyan ni"

"Kau lapar eh? Ni hah aku dah siap panaskan. Cepat sikit makan, kalau tak makin merepek" Rayyan menghidangkan nasi goreng kampung itu di dalam pinggan. Begitu juga dengan ayam goreng yang dipanaskan di dalam airfryer.

Melisa memutarkan bebola matanya. Sengaja nak pusing lah tu.

Punggungnya dilabuhkan ke atas kerusi, Rayyan turut duduk bersama walaupun tiada makanan di hadapannya.

"Order untuk Mel je ke?"

Rayyan mengangguk laju. Dia tidak rasa lapar malam itu. Jadi, Rayyan hanya menemani Melisa yang makan berseorangan sahaja.

"Kenapa Rayyan ajak Mel pergi sana?" Melisa bertanyakan hal itu. Rayyan hanya mendiamkan dirinya sahaja.

"I need the answer, Rayyan. Why?" Melisa menyuap nasi goreng kampung itu dengan tenang. Benda sudah terjadi, Melisa tidak boleh putarkan masa kembali. Itu bukan kerjanya, itu kerja Tuhan.

Kerjanya hanya melupakan dan berpura-pura kuat depan Rayyan. Melisa tidak mahukan Rayyan rasa bersalah atas apa yang berlaku.

"Saja nak sakitkan hati kau" Rayyan mengeluh berat. Ini semua sebab dirinya yang cemburu apabila mengetahui barang-barang Mateen masih berada di dalam bilik Melisa.

Di laci paling bawah sebelah katil Melisa.

Adakah setiap malam apabila Melisa keseorangan, isterinya itu akan memeluk barang atau gambar Mateen?

Persoalan itu yang menimbulkan rasa cemburunya dan membuat keputusan untuk menyertai golf pada waktu itu.

Lagi-lagi Rayyan mengetahui yang mereka bertiga pasti membawa wanita simpanan masing-masing untuk berseronok.

Melisa hanya tersenyum kecil mendengarkan kata-kata jujur daripada Rayyan sendiri. Dan hakikatnya, Rayyan berjaya menyakitkan hatinya dengan bermesraan bersama wanita lain dihadapan mata Melisa.

"Rayyan boleh janji dengan Mel, tak? This incident will never happen again in the future?" Melisa menggenggam erat tangan Rayyan.

"Aku janji" Rayyan mengucup tangan Melisa.

"Terima kasih" Melisa mengukirkan senyuman lebarnya.

"Kasih diterima" Rayyan menongkat dagunya memandang Melisa. Tersipu malu Melisa dibuatnya.

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now