Kereta Melisa yang meluncur membelah jalan raya kejiranan mewah itu diperhatikan Rayyan daripada balkoni rumahnya.
"Ingatkan dapat bermanja, hampeh" Rayyan berjalan keluar daripada biliknya. Bear sudah menunggu di depan pintu bilik Rayyan.
"Apa yang kau suka sangat bilik aku ni? Pergi sana jauh-jauh" Rayyan segera menutup rapat pintu biliknya.
Rayyan hanya mengenakan seluar pendek dan tshirt tidak berlengan. Kalau nak diikutkan, malas nak memakai baju. Tetapi, bila memikirkan Kak Senah dan Kak Eton yang berada di rumah ketika itu, terus terbantut niatnya. Tak manis.
Sofa di ruang tamu dihenyak kasar. Dirinya dilanda kebosanan, baru sahaja 20 minit Melisa meninggalkan rumah, Rayyan sudah tidak sabar untuk menunggu isterinya itu pulang.
...
Melisa pulang tepat jam 12 tengahari selepas selesai melawat tapak, Melisa meminta izin kepada majikannya untuk mengundurkan diri.
Masuk sahaja daripada pintu utama, rumah agak sunyi. Daripada pagi tadi lagi Melisa menunggu panggilan atau mesej daripada Rayyan mengenai makanan tengahari yang diinginkan, tetapi sampai ke sudah tiada apa-apa makluman daripada Rayyan.
Hanya kedengaran Kak Eton berbual di belakang rumah dengan Kak Senah yang mengambil hasil tanaman ulam-ulaman di situ ketika Melisa menghampiri dapur.
"Kak Eton, ada nampak Rayyan tak?"
"Eh, Puan Mel dah balik. Tuan Rayyan ada dekat atas. Pagi tadi, dia turun bawah sekejap je" Kak Eton menunjuk ke langit.
"Dia tak sihat lagi ke?" Melisa mula berasa risau.
"Sihat je Kak Senah tengok dia tadi. Siap berjoging keliling rumah, lawat kawasan" Kak Senah berseloroh sambil ketawa kecil.
"Rayyan ada cakap tak, dia nak makan apa?" Melisa tersenyum senang.
"Takde pula" Kak Senah menjungkitkan bahunya.
"Mel pergi tengok Rayyan sekejaplah. Nanti Mel turun masak"
"Tak pernah tuan kita tu ambil cuti ye, Eton. Teruk betul ke sakit tuan kita tu?" Kak Senah bertanya setelah Melisa memanjat anak tangga menuju ke bilik.
"Kalau sakit teruk, takdenya kamu nampak dia berjoging pagi tadi kan" Kak Eton tergelak kecil.
"Sakit yok yok kot" Kak Senah tertawa besar. Sekurang-kurangnya, dapatlah majikannya itu berehat daripada ulang alik pejabat sahaja. Rumah besar tapi tiada orang, sunyi.
Melisa menolak pintu bilik Rayyan, Bear terus masuk ke dalam bilik Rayyan tanpa sempat Melisa menghalangnya.
"Bear!" Melisa menjerit perlahan kerana Rayyan sedang tidur di karpet bersama beberapa keping CD di sebelahnya. Badannya diselubung dengan selimut.
Melisa berjalan ke arah taburan CD di sebelah Rayyan yang lena dibuai mimpi. Setiap satu CD diambil. Hanya sedikit nota tangan di atas setiap CD tersebut.
"Lawatan Sekolah"
"Kerja Kursus Sejarah Melisa"
"Mateen berpidato"
"Duet Duo Brothers"
"Melisa, Mateen & Rayyan"
"Prank Melisa"
"Rayyan & Mateen berkawad"
Melisa cuba menahan sebaknya, tidak mahu Rayyan terjaga dari lena.
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
Romance//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...