Rayyan menunjukkan dua bekas laicikang kepada isterinya. Siapa makan sampai dua? Tak meletup ke perut nanti?
"Boleh habis ke Mel?" Rayyan mengeluh perlahan.
"Boleh. Ini Melisa Adriana tau" Melisa segera mengambil laicikang di tangan Rayyan itu."Kalau tak habis, membazir je" Rayyan menggelengkan kepalanya.
"Rayyan lah tolong habiskan" Melisa tertawa kecil. Rayyan menggigit bibir bawahnya, geram dengan perangai isterinya itu....
"Mel dekat mana ni? Kenapa Rayyan call sampai 10 kali, satu pun tak berjawab?" Kata Rayyan sebaik sahaja panggilan disambungkan pada Melisa, tiada salam langsung.
"Mel ada meeting tadi. Sorry, Rayyan"
"Rayyan risau tahu tak? Pagi tadi kata nak pergi lunch sama-sama, lepas tu diam je" Rayyan mengeluh perlahan.
"Okay, jom kita pergi lunch sekarang" Melisa tergelak kecil membayangkan wajah risau Rayyan itu.
"Dah buat orang risau lepas tu, dia macam takde apa je. Tunggulah, kejap lagi Rayyan sampai"
Terus sahaja Rayyan mematikan panggilan tersebut. Langkah diatur ke pejabat Dilan.
"Nak ikut lunch tak?" Rayyan memandang ke arah Dilan.
"Gila tak nak? Ingat aku juga kau ni kan" Dilan tersengih lebar.
"Kau kan madu Mel, takkan aku tak bawa. Aku adil orangnya" Rayyan berseloroh sahaja."Lancincau" balas Dilan.
Daripada jauh sudah nampak kelibat dua orang wanita yang berjalan lenggang kangkung sahaja ke arah keretanya. Perut sudah mengetuk drum sekuat hati. Lapar tidak terkata.
"Duduk belakang" Rayyan mengarahkan Dilan.
"Eh? Kenapa pula?""Madu kau nak duduk situ. Blah" Rayyan membuka kunci pintunya. Dilan memutarkan bebola matanya, tapi sekurang-kurangnya, duduk bersama Arisha dibelakang. Terus sahaja Dilan tersenyum lebar.
"Sorry lambat" Melisa mencebikkan bibirnya ketika duduk di sebelah Rayyan.
"Telefon tadi tu, baik campak laut kalau tak reti nak angkat atau balas mesej"
"Campak laut, nanti Rayyan belikan phone baru eh?"Dua orang di tempat duduk belakang sudah pun tergelak lepas tanpa dikawal. Bengang betul Rayyan ketika itu.
"Aku dengar gelak lagi sekali, aku tinggalkan korang tepi jalan" Rayyan memandang Dilan dan Arisha melalui cermin pandang belakangnya.
"Takpelah sayang, abang sanggup jalan kaki berdua" Dilan memandang ke Arisha sambil menahan tawanya tapi terhambur jua.
Melisa turut menoleh kepada rakannya di belakang dan menggelengkan kepalanya. Nampak seperti Rayyan tidak boleh bergurau ketika ini. Terus sahaja Arisha menutup rapat mulutnya dan menepuk peha Dilan menggunakan telefon pintarnya.
"Rayyan nak makan apa lunch ni?" Melisa memeluk lengan Rayyan, cuba meredakan marah si suami.
"How about western foods?"
"Cool, I like it. Right guys?" Melisa bertanya kepada dua orang di belakang. Dilan menunjukkan ibu jarinya sahaja. Dituruti sahaja Rayyan punya tekak. Kalau tidak diikutkan, risau betul-betul berjalan kaki untuk makan tengahari nanti.
Rayyan memarkir pada kotak parkir yang disediakan dan ketika itu Melisa memandang pada Arisha di belakang.
"Rayyan, restoran yang itu ke?" Arisha menunjuk ke arah Me'nate Steak Hub di hadapan mereka itu. Rayyan hanya mengangguk.
"Okaylah, saya pergi ambil tempat dulu dengan Dilan" Arisha mengukirkan senyumannya dan segera keluar daripada kereta Rayyan. Dilan yang tidak tahu apa-apa itu mengikut sahaja apa yang dikatakan oleh kekasih hatinya.
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
Romance//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...