Rayyan dan Melisa menawarkan diri mereka untuk mengemas pinggan dan cawan yang digunakan semasa makan tengahari tadi.
Tetapi, dibantah keras oleh Puan Faridah dan akhirnya mereka berempat termasuk Qistina bersepakat dalam mengemas meja makan dan juga dapur bersama.
"Makan malam ni, Mel ada tak request nak suruh mama masak?" Puan Faridah mengelap meja makan sambil bertanya.
"Mel nak request mama masak apa-apa je. Mel tak kisah pun. Asalkan air tangan mama" Melisa tersenyum manis dan mengelap tangannya pada kain lap tangan yang dihulurkan oleh Rayyan sesudah mencuci pinggan mangkuk.
"Kalau macam tu, Qis lah nak request" Qistina bersuara.
"Eh, kamu kena tolong mama masak" Puan Faridah sudah bercekak pinggang.
"Lahhh tak nak" Qistina menggelengkan kepalanya laju."Jangan bagi Qis masak, mama. Nanti Rayyan boleh dapat keracunan makanan. Entah apa dia bubuh dalam lauk nanti" Rayyan mengetuk kepala Qistina.
"Eleh, takpelah kalau dapat keracunan makanan. Kan ada orang yang jaga" Qistina menyindir Rayyan dengan kata-katanya di lapangan terbang tadi.
Rayyan menoleh pada Melisa di sebelahnya dan tersenyum lebar. Isterinya itu pula memutarkan bebola matanya dan terus memeluk lengan Puan Faridah, membawanya ke ruang tamu setelah semuanya siap kemas.
"Mel gembira tak sekarang?" Puan Faridah bertanya pada Melisa ketika dia sedang leka melihat bingkai gambar Mateen sekeluarga di ruang tamu.
"Mel sebenarnya serba salah nak jawab soalan mama..." Melisa bermain dengan jari jemarinya.
"Kenapa pula? Sebab risaukan mama sedih? Macam tu?" Puan Faridah menyelitkan rambut Melisa ke belakang telinga. Melisa mengangguk perlahan."Mama sebagai seorang ibu yang dah anggap Mel macam anak kandung sendiri, nak sangat tengok Mel bahagia. Walaupun pasangan Mel bukan anak mama. Bukan jodoh kamu dengan Mateen, itu takdir Allah" Puan Faridah tersenyum kecil.
"Tapi, mama gembira tengok kamu dengan Rayyan. Sekurang-kurangnya, Rayyan faham keadaan mama dengan Qis. Sebab tu Rayyan tak kisah bawa Mel datang ke rumah bekas tunang isteri dia, kan?"
"Tapi, Mel pula risaukan Rayyan. Perasaan Rayyan" Melisa memandang Puan Faridah. Itulah apa yang paling dirisaukan, memang di depan orang lain Rayyan nampak ceria tetapi, apabila hanya mereka berdua sahaja? Rayyan mesti akan membencinya.
"Rayyan tak beritahu Mel ke?" Puan Faridah mengerutkan dahinya.
"Beritahu apa?""Dari hari pertama kamu berdua bernikah mama dengan Qis dah tahu. Cumanya, Rayyan tak nak Mel tahu pasal tu. Jadi kami berdua hanya mendiamkan diri sahaja sampailah Mel sendiri tunjuk rumah tangga Mel dekat apa tu namanya...Insta? Instagram?" Puan Faridah menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
"Rayyan tak pernah beritahu Mel. Betul ke, mama?" Melisa agak terkejut. Selama ini, mereka berdua tahu?
"Rayyan datang sehari sebelum pernikahan kamu berdua. Dia minta izin mama untuk jadikan Mel isteri dia. Bukan itu je, Rayyan lah yang uruskan semua berkenaan majlis tahlil Mateen, ada buat wakaf juga atas nama anak mama. Mel pun tahu kan, mama dengan Qis dah takde siapa-siapa yang kami boleh harapkan untuk tolong kami bila Mateen pergi secara mengejut"
"Tapi, Rayyan hadir semula untuk bantu mama dengan Qis yang terkontang-kanting waktu itu. Jadi, mama tak kisah kalau Rayyan yang terus jaga Mel lepas ni" Puan Faridah mengusap perlahan pipi Melisa.
"Bilik Mateen tu, Rayyan yang tolong kemaskan sebab mama dengan Qis tak sanggup nak tengok barang-barang Mateen masa tu. Kami terlalu bersedih. Nasib baik ada Rayyan" Puan Faridah mengukirkan senyuman ikhlasnya, sangat bersyukur dirinya apabila Allah hadirkan Rayyan, kawan baik anaknya yang hilang bertahun-tahun untuk menguruskan apa yang dia tidak mampu lakukan waktu itu.
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
Romance//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...