BAB 14

1.5K 51 1
                                    

     "Hah?" Melisa mengerutkan dahinya, betulkah apa yang didengarinya.

"Sini. Kau kena jaga aku malam ni" Rayyan menepuk ruang kosong disebelahnya. Dengan perlahan, Melisa melangkah ke katil Rayyan semula.

Ruang kosong disebelah Rayyan hanya ditenung lama.

"Kau nak aku tabur bunga-bungaan ke baru kau nak baring?" Sinis sahaja kata-kata Rayyan menerjah ke pendengaran Melisa.

Melisa memuncung dan membaringkan badannya di atas katil Rayyan. Lebih empuk dan selesa berbanding katilnya di sebelah.

Telefon pintar di dalam poket baju dikeluarkan dan diletakkan di sebelah bantalnya. Penggera perlu ada berdekatan, baru tak terlajak tidur.

Melisa membaring tegak dan menghadap siling putih di dalam bilik Rayyan. Risau untuk memalingkan badannya ke kanan, disitulah Rayyan ada. Kalau ke kiri, macam berdosa pula membelakangkan suami.

Rayyan batuk buat seketika dan mengambil air mineral di atas laci sebelah katilnya. Melisa hanya menjadi pemerhati Rayyan ketika itu.

Rayyan pula sempat menyemak email yang masuk pada telefon pintarnya. Setiap masa adalah waktu kerjanya. No excuse.

Apabila telefon pintarnya dialihkan, dapat dilihat Melisa yang sudah lena dibuai mimpi. Penat sangat ke kerjanya?

Rayyan membaringkan semula badannya menghadap Melisa. Tersenyum kecil Rayyan dibuatnya. Beruntung kah dia dapat Melisa sebagai isterinya? Cinta pertamanya adalah isterinya. Walaupun hakikat, si isteri mencintai orang yang sudah tiada.

Kring! Kring! Kring!

Melisa mendengus perlahan. Mata yang masih tertutup meraba-raba di sekitarnya. Tetapi, ini bukan rasa tilam yang empuk.

Ini....

Melisa membuka luas matanya, dirinya sedang elok memeluk tubuh Rayyan di sebelah. Kakinya juga sedang merangkul kaki milik Rayyan seperti bantal peluk.

Tapi, ini bukan bantal. Ini manusia.

Kepalanya sedang elok beralaskan lengan Rayyan juga. Bantal semalam di kepala entah ke mana menghilang.

Dengan berhati-hati, Melisa cuba bergerak jauh daripada Rayyan yang sedang lena. Tetapi, Rayyan terlebih dahulu mencapai telefon pintar Melisa yang masih berdering itu di bawah bantal. Penggera dimatikan.

Lalu, Rayyan merangkul Melisa di bahagian pinggang, rapat pada tubuhnya. Wajah Rayyan disorokkan pada leher jinjang milik Melisa. Terpaku Melisa saat ini.

"Rayyan.."

Diam.

"Rayyan...bangunlah" Melisa berbisik perlahan.

Dengkuran halus daripada Rayyan menunjukkan betapa lena tidurnya saat itu. Jarang sekali Rayyan dapat melelapkan matanya tanpa terjaga.

Melisa masih tidak berputus asa, pelukan dipinggangnya dileraikan perlahan-lahan. Turut menggantikan dirinya adalah bantal yang digunakan.

'Kiranya menjadilah jus tu walaupun ada kesan alergi pada Rayyan' tersenyum nipis Melisa memandang lenanya tidur Rayyan.

Kakinya membawa langkahnya keluar daripada bilik tidur Rayyan. Telekung dan sejadahnya dibawa kembali ke bilik Rayyan. Kalau-kalau Rayyan mencarinya sewaktu solat Subuh nanti.

Melisa menunaikan solat fardhu Subuh terlebih dahulu. Setelah selesai memberi salam, Melisa melangkah ke katil di bahagian sisi Rayyan. Bahu Rayyan digoncangkan perlahan.

"Rayyan, bangun Subuh" Melisa menggegarkan tubuh badan Rayyan.

"Pergilah" Rayyan membalas kasar.

"Bangunlah, nanti boleh tidur semula" Melisa masih tidak berputus asa. Rayyan membuka matanya, Melisa yang memakai telekung itu dipandang lama.

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now