"Kau tengok sana tu weyh. Tapi, jangan toleh sekaranglah. Buat-buat pusing ke apa ke" Balqis memuncung kepada belakang Melisa.
"Ada apa?" Melisa mengerutkan dahinya.
"Eh, tu bukan...." Mata Hana terbeliak besar. Terkejut dengan apa yang disaksikan ketika itu."Rayyan dengan Maya Harlisa kan? Supermodel yang vogue tu? Ingatkan diaorang dah putus weyh". Syerry mengusap dagunya.
"Rasa macam dah putus tahun lepas. Takkan getback balik kot?" Balqis bertanya lagi. Riuh sekejap keadaan di meja makan mereka walaupun berbisik sesama sendiri.
"Siapa je nak lepaskan girlfriend supermodel weyh? Orang gila je tau" Hana mengangguk perlahan.Tangan Melisa sudah menggigil ketika itu, nama-nama yang disebut sangat dikenali oleh Melisa. Tidak mungkin orang lain yang bernama sama seperti mereka berdua. Nafas Melisa ditarik panjang. Cuba untuk mengawal dirinya ketika itu.
Perlahan sahaja kepalanya menoleh terhadap manusia yang duduk dibelakangnya. Memang sah!
Itu suaminya. Makan berdua di tempat mewah, pakej mengelap mulut lagi. Melisa terus meneguk air mineral yang telah tersedia di atas meja. Mentang-mentang, Melisa tiada di rumah. Boleh pula suaminya bercekerama bersama kekasih gelap.
"Cantik doh Maya depan-depan. Kau tengok body dia. Pakej" Syerry mencebik sedih. Dilihatkan tubuhnya, biasa sahaja.
"Rayyan tu kaya gila kot, mesti dia bagi duit dekat Maya tu untuk buat implant" kata Hana.
"Ada duit, semua boleh buat" Balqis mengangguk setuju."Tapi, depan-depan macam ni menggeletis lebih pula Maya tu. Macam manalah boyfriend dia boleh tahan ek?" Sambung Balqis lagi.
"Sebab cantik je" bahu Hana dijungkitkan."Perlu ke korang berborak pasal orang lain sekarang? Kita berjumpa untuk update life with each other, not talking about strangers" Melisa bermain makanannya di dalam pinggan itu.
"Serius sangatlah kau ni, Mel. Excited dapat jumpa depan mata. Tapi, heloks juga Rayyan tu. Patut pun Maya nak melekat saja" Syerry tertawa kecil. Tidak tahu Rayyan itu adalah suami Melisa yang sebenarnya.
Padah berkahwin senyap-senyap macam ni.
Lamunan Melisa terhenti apabila Rayyan mencuit pinggangnya. Teringat pula dia akan kejadian sebelum Melisa menghilangkan diri hampir sebulan. Begitulah caranya bagaimana Melisa bersama Arisha boleh mengekori Rayyan yang menghantar Maya pulang.
Nasib sahaja rakannya itu ada masa terluang untuk membuat kerja pengintipan yang akhirnya membuahkan hasil juga.
Melisa menggelengkan kepalanya, yang lepas biar berlalu.
"Kenalkan...suami aku, Rayyan" Melisa menunjuk kepada Rayyan yang sudah berdiri di sebelahnya.
"Sumpahlah weyh? Jap jap...otak aku tak berfungsi buat seketika" Balqis memegang kepalanya."Dialah orang gila yang boleh tinggalkan ex girlfriend supermodel tu" Melisa memandang ke arah Hana dan menjeling suaminya di sebelah.
"Tapi, hari tu dekat restoran tuuu" Syerry mengerutkan dahinya.
"Keluar sebagai kawan je, dia ni memang. Terlebih sosial. Dengan ex girlfriend pun nak berkawan lagi" Melisa berkata selamba. Rayyan disebelah tidak dihiraukan."Dah lama ke korang berdua ni?" Hana memeluk tubuhnya. Ingatkan mereka bertiga datang ingin membuat kejutan pada Melisa. Maklumlah sejak kejadian malam itu, Melisa langsung tak menghubungi mereka bertiga.
Rupanya, mereka yang diberi kejutan apabila lelaki yang dibualkan ketika berada di restoran itu membuka pintu.
"In 2 months, we will celebrate our 1st year anniversary" Rayyan merangkul pinggang Melisa.
"Melisa...oh my God....besar gila rahsia kau sorok daripada kitaorang. Sampai hati" Balqis memuncung sedih.
"Salahkan Rayyan, bukan aku. Korang duduk dululah. Aku pergi buat air jap" Melisa menunjukkan sofa di ruang tamu itu dan berjalan ke arah dapur. Rayyan hanya mengekorinya dari belakang."I didn't know you were there before... I'm so sorry" Rayyan memeluk pinggang Melisa daripada belakang ketika isterinya sedang membuat minuman untuk rakan-rakan kolejnya.
"Benda dah lepas pun. Takde apalah" Melisa menggelengkan kepalanya.
"Nanti Rayyan bagi upah" Rayyan berbisik di telinga Melisa dan memberikan gigitan manja kepada isterinya itu."Itu jelah yang Rayyan suka kan?" Melisa menyembunyikan senyumannya.
"Mel pun suka juga" tangan Rayyan sudah mula ingin berjalan di tubuh Melisa. Terus sahaja Melisa menggeliat, ingin dilepaskan oleh Rayyan.Tetapi, hampa. Rayyan masih menyentuh tubuh badan Melisa yang memang mahukan sentuhannya.
"The guests are here, Rayyan....calm down""Nak bermanja dengan isteri sendiri ada sahaja nak kacau daun" Rayyan berdiri di sebelah Melisa yang sedang menyusun cawan kaca di atas dulang.
"Tolong potong buah epal dalam peti sejuk tu, boleh tak?" Melisa mengusap bawah dagu milik Rayyan. Suaminya memandang ke arah Melisa sambil mengecilkan matanya.
"Ingat Rayyan ni Bear ke?" Rayyan memuncung tetapi tetap juga membawa keluar buah epal merah itu daripada peti sejuk.
"Nanti Rayyan bawa terus ke depan eh?" Melisa memeluk pinggang Rayyan dan menjengketkan kakinya untuk mengucup pipi suaminya itu.
"Ye, Cinta" Rayyan menggosok kepala Melisa.Tersenyum lebar Melisa ketika itu dan segera membawa dulang yang berisi cawan serta air minuman untuk rakan-rakannya.
"Macam mana kenal suami kau tu?" Hana bertanya apabila nampak sahaja muka Melisa muncul di ruang tamu.
"Macam mana kenal?" Melisa berjalan ke satu rak di sudut ruang tamunya. Bingkai gambar bersaiz kecil di bawa kepada rakan-rakannya.
"Nah, gambar predebut Rayyan. Sebelum jadi Rayyan yang sekarang" Melisa menghulurkan bingkai gambar dirinya bersama Rayyan dan Mateen ketika waktu persekolahan dahulu.
Balqis segera mengambil bingkai gambar tersebut kerana dia yang paling hampir dengan Melisa.
"Sumpahlah, korang bertiga berkawan rupanya? Tapi, kenapa tak pernah nampak Rayyan dengan kau sebelum ni?""That's a longgg story. Aku malas nak borak lebih. Cukuplah korang tahu aku dah berkahwin dengan Rayyan" Melisa tersenyum kecil.
"Habis, gambar-gambar Maya hantar dalam media sosial dia tu? Kau tak marah ke weyh?" Syerry bersuara.
"Itu semua gambar lama" Rayyan tenang menjawab dan meletakkan buah epal yang dipotong di atas meja berhadapan mereka. Dahi licin Melisa dikucup dan punggungnya dilabuhkan bersebelahan Melisa.
"Kenapa Encik Rayyan ni tak war-war kan mengenai status berkahwin dengan kawan kami? Supaya bekas kekasih Encik Rayyan tu tak sewenang-wenangnya menggunakan gambar Encik Rayyan. Tak kisahlah gambar lama atau baru, kesian dekat Melisa" tiba-tiba Hana bercakap dengan gaya formalnya. Tergelak kecil Melisa. Tahulah dia bahawa rakannya itu janggal dengan adanya Rayyan di situ.
"I will announce it soon. Nanti tengoklah dalam news" Rayyan mengangguk.
Melisa memandang ke arah Rayyan. "Betul ke?"
"Apa pula tak betul" Rayyan menggosok perlahan kepala Melisa.
"Bagus, kami akan tunggu" Giliran Balqis pula bercakap dan mengambil buah epal yang telah dipotong itu.
Kalau sudah perempuan berkumpul ramai-ramai, sudah tentu lelaki yang satu itu akan dipinggirkan. Begitulah apa yang dirasakan oleh Rayyan ketika Melisa berbual bersama rakan-rakan kolejnya.
Berbual dari hal gosip semasa, berpindah pula mengenai kecantikan dan juga ke topik-topik yang berlainan. Banyak betul topik dalam satu malam. Rayyan yang disebelahnya hanya menjadi pendengar yang setia sahaja.
Jari jemari Melisa tetap dipegang dan dimain bersama jarinya. Nampaknya, niat ingin bersama dengan Melisa sepanjang malam perlu dikuburkan kerana kehadiran tetamu tak diundang Melisa ini.
Berpuasa lagilah Rayyan malam itu.
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
Romance//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...