BAB 8

1.4K 47 1
                                    

Lengan baju Melayu Rayyan ditarik perlahan ketika sedang berbual bersama Dilan. Rayyan menoleh ke sisinya.

Sejak bila Melisa berdiri disebelahnya pun dia tidak pasti.

"What do you want, Mel?"

"Can we talk for a moment?" Melisa masih menarik hujung lengan baju Melayu yang dipakai Rayyan.

Rayyan memandang Dilan dan Dilan mengangguk memahami.

Rayyan membuka langkah hingga ke luar dewan tertutup itu, Melisa pula cuba mengikuti langkah besar Rayyan. Satu langkah Rayyan, dua langkah Melisa.

"Talk" Rayyan berpeluk tubuh ketika pintu utama dewan ditutup.

"Apa rancangan Rayyan dengan abah? Kenapa setuju untuk kita berkahwin? Rayyan tahu kan, pasal Mateen?" Serentak soalan-soalan itu ditanya Melisa. Dia inginkan jawapan.

"The plan was to make you as my wife and your dad begged me to safe his name. Daripada dulu, tak pernah nak berubah. Pentingkan diri sendiri" Rayyan memandang ke langit yang mula dipenuhi awan kelabu.

"Kenapa Rayyan setuju juga? Kalau Rayyan tak setuju, abah takkan paksa saya untuk berkahwin dengan awak"

"I said if you.... Nevermind" dapat diagak akan hal ini berlaku. Songkok hitam dikepala ditanggalkan. Rayyan mengeluh sambil meraup rambutnya ke belakang.

"Saya akan cuba jadi isteri awak yang baik"

Rayyan memandang ke arah Melisa setelah kata-kata itu keluar daripada bibirnya.

"Bagus, tak payah jadi isteri derhaka. Aku yang susah nanti. Dah habis cakap? Masuklah, nak hujan ni" Rayyan memandang langit yang sudah gelap. Bila-bila masa sahaja hujan akan turun.

"Eh Rayyan, tunggu sekejaplah" Melisa menggenggam tangan Rayyan. Bibirnya mengukirkan senyuman manis yang memukau pandangan Rayyan ketika itu.

Entah kenapa dirasakan senyuman Melisa itu terlihat indah dimatanya.

Melisa menarik tangan Rayyan ke tengah kawasan tempat letak kereta apabila hujan mula membasahi tanah.

"Apa ni, Mel? Basah baju aku nantilah" Rayyan mendengus marah.

"Takpelah, bukan selalu mandi hujan. Rayyan pun suka mandi hujan kan? Sampai mama marah sebab esok tu Rayyan mesti demam" Melisa menghayunkan tangan Rayyan yang digenggam, seronok rasanya apabila hujan membasahi kepala Melisa yang sarat dengan kesedihan.

Air hujan yang jatuh di atas kepalanya seakan-akan membawa terus kesedihan pergi buat seketika.

Rayyan menarik kasar tangannya yang digenggam oleh Melisa.

"13 years ago, yes I do love rain but not this current time. I hate it, Mel"

Melisa mendongak ke arah Rayyan yang sedang merenungnya tajam. Tidak pernah dilihatnya pandangan Rayyan seperti itu semasa mereka berkawan baik dahulu.

Hujan rintik-rintik membasahi tanah, Rayyan duduk di balkoni rumahnya sambil memandang ke arah rumah Melisa yang hanya bersebelahan sahaja.

Gitar kapok diletakkan di tepi sofanya.

Teringat pula kata-kata Mateen padanya untuk luahkan sahaja rasa cinta itu pada orang yang disukainya. Perlu ke Rayyan menaruhkan persahabatan mereka yang sudah bertahun-tahun itu?

Adakah hujan ini petanda yang baik untuknya? Rayyan percaya akan hari hujan membawa tuah pada dirinya. Mana tidaknya, ketika hari hujanlah Rayyan pasti menerima perkhabaran yang baik.

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now