BAB 46

1.4K 39 0
                                    

"Kakak, are you okay? You're not looking good right now"

Semua perhatian pada Melisa ketika Aisy menegur adiknya itu. Dapat dilihat leher Melisa tiba-tiba memerah.

Melisa mengelipkan matanya memandang ahli keluarganya bersilih ganti. Kepalanya mula berasa ke awangan. Sentuhan Rayyan di bahunya turut tidak dirasakan. Nafasnya semakin sempit, dadanya di tepuk kasar.

"Do you have epinephrine with you?" Aisy mendekati Melisa. Laju Melisa menggelengkan kepalanya.

"Mel, okay tak ni?"

Melisa memandang ke arah Rayyan yang bertanya padanya. Wajah risau memang terpamer di muka suaminya itu. Entah lakonan atau bukan.

"Okay otak kau! Kau lupa ke, Mel tak boleh makan sotong? Kau pergi order lepas tu letak depan mata dia buat apa?" Aisy menoleh pada Rayyan, adik iparnya itu dimarahi olehnya.

Rayyan memandang pada hidangan sotong di hadapan pinggan makan Melisa. Setahunya, dia tidak memesan hidangan sotong atau makanan laut kerana Melisa alahan padanya.

"Tak berguna bertekak lagi. Terus bawa Mel pergi hospital segera" Puan Qaula mula kerisauan.

Melisa pula menggenggam erat lengan Aisy apabila penglihatannya semakin kabur.

"Isteri aku, biar aku yang jaga" Rayyan menolak badan Aisy dan segera mencempung tubuh Melisa yang sudah lemah itu.

Kaki Rayyan segera meninggalkan restoran mewah itu dan pergi ke arah keretanya yang diparkir di hadapan restoran.

Melisa melentokkan kepalanya di bahu Rayyan.

"Biar aku drive"

Rayyan menoleh ke arah Aisy yang mengejarnya di belakang. Kunci di tangan dihulurkan pada Aisy. Segera Rayyan membolosi tempat duduk belakang dan Aisy memandu keretanya.

"How is she?" Aisy memecut laju membelah jalan raya.

"Unconscious, can you please hurry up?" Rayyan memeluk erat Melisa di pangkuannya. Muka Melisa yang pucat itu diusap perlahan.

"Mel, bangunlah...dah nak sampai hospital dah ni" Rayyan mengucup dahi Melisa, badan isterinya mula berasa sejuk.

Rayyan menghangatkan tangan Melisa dengan kedua belah tangannya sendiri. Ditiup juga haba badannya pada tangan Melisa.

Sampai sahaja di hadapan kecemasan hospital, Rayyan terus keluar daripada kereta dan menuju ke arah doktor yang keluar daripada kawasan kecemasan itu.

"Kes apa ni, encik?" Doktor itu memanggil jururawat yang berhampirannya.

"Seafood allergy, have been unconscious for about 5 minutes" Rayyan meletakkan tubuh Melisa di atas katil hospital yang ditolak para jururawat.

"Encik boleh daftar masuk pesakit dulu ye" Doktor lelaki yang bercakap tadi, terus mengikuti katil yang ditolak itu ke sebuah bilik kecemasan. Rayyan mengeluh berat dan meraup wajahnya.

Berat kakinya melangkah ke kaunter pendaftaran. Borang mengenai Melisa diisi. Ruangan penjaga di borang turut di pandang lama.

"Ada apa-apa yang boleh saya bantu ke?" Jururawat yang bertugas menegurnya. Rayyan memandang pada jururawat tersebut dan menggelengkan kepalanya. Borang penjaga diisi, status bersama pesakit ditulis 'suami'.

"Encik ni...Rayyan Nick Eskandar ke?" Jururawat dihadapannya tadi bersuara lagi.

Rayyan hanya tersenyum nipis dan menghulurkan borang yang sudah diisi kepada jururawat yang bernama Najla itu. Seperti apa yang tertera pada tag namanya.

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now