Semua mengaminkan doa yang dibaca Rayyan sesudah solat Maghrib itu. Paling terharu adalah Puan Qaula.
Mana tidaknya, kerinduan buat anak tunggalnya yang dahulu sering mengimamkan solat mereka sekeluarga telah kembali buat sekian kalinya.
Pada mulanya, Puan Qaula agak terkejut apabila Dilan menolak Rayyan untuk menjadi imam mereka semua. Sangkaannya, Dilan hanya bergurau.
Tetapi itu bukanlah gurauan.
Melisa memeluk erat ibu mertuanya. Begitu juga dengan Puan Qaula.
"Terima kasih, Mel. Sebab jagakan anak mama" Puan Qaula mengucup dahi Melisa penuh sayang.
"Mel buat apa yang termampu je" Melisa mengukirkan senyuman manisnya.
Seusai Rayyan dan Dilan menyalami Encik Raymond, Rayyan pula mendekati Puan Qaula. Dicium kedua-dua belah pipi mamanya.
Rayyan memang anak manja sejak dari dahulu lagi. Sebab itu, apa yang Rayyan kehendak, pasti akan ditunaikan.
"Sayang, anak mama ni" Puan Qaula mencubit pipi Rayyan. Terus sahaja Rayyan menggosok pipinya. Matanya memandang pada Melisa yang berpura-pura meneliti jahitan benang di telekungnya.
Tak pandai berlakon betul.
Puan Qaula beredar ke Encik Raymond dan tinggal Rayyan sahaja yang berhadapan dengan Melisa. Rayyan menghulurkan tangannya pada Melisa.
Melisa mengucup belakang tapak tangan Rayyan sekilap mata sahaja. Walaupun dirinya tidak memandang Rayyan, tetapi tatapan mata Rayyan pada kepalanya dapat dirasai.
Rayyan mendekatkan bibirnya di sebelah muka Melisa. Satu kucupan hinggap di pipi kanan isterinya itu.
Satu kucupan lagi di pipi kiri Melisa. Terus sahaja Melisa mendongak memandang Rayyan. Suaminya itu mengucup laju bibir kemerahan Melisa. Terbeliak biji mata Melisa apabila Rayyan berani berkelakuan sebegitu rupa.
Sudahlah mertuanya dan Dilan di situ juga. Melisa menampar dada Rayyan perlahan.
"Kau pandang aku buat apa. Ingatkan nak suruh kiss" selamba sahaja Rayyan mengatakannya.
"Malulah, Rayyan. Perangai tu senonoh sikitlah" Melisa menutup mukanya yang sudah memerah itu bersama telekungnya.
"Apa nak malunya, kau kan isteri aku" Rayyan menarik telekung Melisa daripada menutupi wajahnya. Melisa hanya mengeraskan dirinya sahaja.
"Rayyan, jangan diusik Melisa tu lagi" Puan Qaula menggelengkan kepalanya melihat gelagat anak tunggalnya yang tidak berhenti mengusik menantu perempuannya itu.
"Ehem, ingat aku yang keseorangan disini" Dilan berdehem dan menjeling Rayyan.
"Hah, Dilan...when will you bring your girlfriend to meet us?" Encik Raymond sudah bersuara.
"Aduh papa ni....Dilan mana ada sesiapa. Asyik hadap Rayyan je, mana ada orang nak"
"Alasan jelah yang kamu bagi papa ye" Encik Raymond menepuk bahu Dilan agak kuat.
"Sudahlah anak-anak dengan papanya. Kemas sejadah ni cepat, kami yang perempuan ni nak sediakan juadah sebelum besan kita sampai" Puan Qaula membetulkan tudung sarung dikepalanya.
Memang agak sempoi sahaja Puan Qaula itu, tetapi masih juga berseri-seri.
Laju sahaja Melisa mendekati Puan Qaula dengan telekung yang masih dipakainya. Nyaris sahaja tidak tergelincir dengan kain telekung juga
Rayyan hanya melihat telatah isterinya itu. Bertuah punya isteri.
"Uit Rayyan...." Dilan berdiri dekat dengan Rayyan yang menggantungkan sejadah itu.
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
Romance//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...