Seharian rasa seperti ada yang tidak kena. Melisa tertinggal beg tangannya dirumah, sesudah sampai di pejabat, lif yang biasa dinaikinya rosak. Belum lagi cerita mengenai kopinya yang tumpah akibat dilanggar pekerja lain.
Pelik rasanya ketika ini. Betul-betul malang tidak berbau.
Sudah seminggu tiada khabar daripada encik tunang juga. Sihat ke dia? Bagaimana keadaannya disana?
Tinggal sebulan sahaja lagi sebelum majlis pernikahan berlangsung. Kesemua urusan telah diselesaikan, hanya menunggu harinya tiba sahaja.
"Mel, phone kau berbunyilah daripada tadi. Kau tak dengar ke?" Arisha menegur Melisa yang daripada tadi seakan-akan tidak mendengar deringan telefon pintarnya.
Masuk ke pejabat Melisa tadi, Arisha sudah dengar akan deringan itu tapi tidak dijawab oleh rakannya. Entah apa difikirkan Melisa sekarang.
Melisa melihat ke arah telefon pintarnya dan nama Qistina tertera di skrin telefon.
Esakan tangisan Qistina ketika panggilan dijawab merisaukan Melisa. Hanya tangisan disambut di gegendang telinganya.
"Qis, kenapa ni?" Berdebar Melisa bertanyakan hal itu. Tangannya digenggam erat pada telefon pintarnya. Cuba meraih kekuatan dalam diri.
"Abang....kak Mel...abang dah takde"
Terkaku Melisa di kerusinya, terasa hidupnya kembali gelap segelapnya. Ini bukan mimpi ke? Tapi, ia seakan mimpi...mimpi buruk.
...
Sesudah talqin dibaca di pusara Mateen Izrael, ahli keluarganya menyiram rumah baru Mateen dan ditaburkan bunga-bungaan di atas pusaranya.
"Kak Mel...jom kita balik dulu ye?" Qistina memeluk bahu Melisa erat. Sedari dua hari lepas, Melisa tidak bercakap dan tidak makan. Hanya tangisan menemani dirinya.
Jenazah abangnya yang siap dikafankan sampai ke rumah dan terus disembahyangkan di masjid berdekatan. Sejak itu, Melisa hanya duduk termenung seorang diri.
"Melisa sayang, kita balik rumah mama, makan dulu" Puan Faridah turut memeluk Melisa bersama Qistina.
"Mama dengan Qis balik dulu ye, Mel nak temankan Mateen sekejap" Melisa tersenyum kecil, bibir pucatnya kelihatan jelas.
"Balik sama-samalah" Qistina cuba memujuk Melisa. Tapi, hanya gelengan dibalas.
"Abang Aisy ada, Mel boleh balik dengan dia" Melisa menunjukkan ke arah Aisy yang berdiri tidak jauh daripada tempat mereka duduk.
"Jangan berlama dekat sini. Biar Mateen rehat dekat sana. Mama tahu, Mateen pun nak Melisa rehat secukupnya. Dia sayang Mel sangat-sangat" Puan Faridah mengusap air matanya yang mula mengalir.
"Okay, mama...mama pun rehat okay? Makan juga" Melisa menyalami tangan Puan Faridah. Beri nasihat pada orang lain suruh makan dan rehat, padahal diri sendiri tidak buat begitu.
Lalu, Puan Faridah dan Qistina beredar meninggalkan Melisa yang ditemani abangnya.
Tanah yang masih merah itu disentuh oleh Melisa. Diusap perlahan tanah kubur itu, tidak kisah akan tangannya yang kotor akibat sentuhan itu. Betapa sakitnya hati Melisa ketika ini, tiada lagi orang yang menyayanginya sebagaimana Mateen sayang akan dirinya. Tiada juga yang akan kisah dan mengambil berat tentang dirinya.
Seseorang itu sudah pergi meninggalkan Melisa buat selamanya. Bukan sahaja Melisa kehilangan mama dan adik kembarnya, dia turut kehilangan bakal suami yang lagi sebulan ingin menikahinya.
"Bidadari saya buat apa? Saya ada lima minit je ni nak borak dengan awak" keluhan berat Mateen kedengaran menyapa telinga Melisa.
"Tak buat apa pun. Kan hari minggu ni" Melisa tersenyum.
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
Romance//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...