"Mel sayangkan Rayyan. Tak pernah sekali pun Mel membandingkan Rayyan dengan Mateen. I love you endlessly. I only have you" Melisa memegang kedua-dua belah pipi Rayyan.
"Baru sekarang nak cakap kau sayang aku? Sebelum ni, aku seorang je yang beriya. Macam orang bodoh" Rayyan menepis tangan Melisa yang berada di pipinya.
"Kalau betul Mel tak sayangkan Rayyan, takkan Mel buat semua benda untuk Rayyan? Kenapa Rayyan tak nampak baik Mel selama ni? Hanya sebabkan Mel sambut hari jadi Mateen, Rayyan nak berprasangka buruk pada Mel"
"Selama ni kau kesian jelah dekat aku, senang jawapan daripada soalan kau tu. Mungkin kau bayangkan jantan tu bila bersama aku kan?" Rayyan tersenyum sinis, perit.
"Lagipun, aku bukan suami sempurna macam Mateen. Kalau kau nak blah daripada rumah aku, aku izinkan. Pergilah, Mel" Rayyan menepis tangan Melisa di kakinya dan segera berjalan keluar daripada bilik tidur Melisa. Air matanya sedikit pun tidak mengalir kerana kemarahannya mengatasi kesedihan di hati.
"Dengan orang dah mati pun, kau masih takkan menang, Rayyan" Rayyan meraup kasar rambutnya. Keluhan berat dilepaskan juga. Bear yang sedari tadi mengikuti di kakinya berhenti apabila langkah Rayyan turut berhenti.
"Jomlah Bear, aku bawa kau ronda-ronda taman perumahan sini. Lepas ni, kau dah tak tinggal sini lagi kan. Kau kena ikut tuan kau" Rayyan mendukung Bear dan membawanya ke stor luar. Skuter elektrik miliknya diambil dan Bear diletakkan di atas bahu Rayyan.
Memang tidak berganjak Bear di bahu Rayyan itu, lagi merapat pada leher Rayyan. Jadi, Rayyan menghidupkan skuter elektrik dan meluncur keluar daripada kawasan rumahnya. Ketenangan diperlukan buat masa ini.
...
Pukul 8 malam, baru Rayyan pulang semula ke rumahnya. Beberapa jam di luar bersama Bear. Menikmati detik-detik terakhir bersama. Baru sahaja ingin berbaik bersama kucing itu, tetapi apa kan daya.
Rayyan melangkah ke bekas makanan Bear berdekatan dapur. Bekas makanan itu diisi penuh bersama air sejuk untuk kucing kesayangan Melisa itu.
Dilihat atas meja makan terdapat tudung saji. Sengaja dibuka tudung saji itu, hidangan makan malam sudah siap disajikan. Rayyan memegang mangkuk kaca itu dan lauk itu masih panas.
Rayyan melangkah pula ke anak tangga rumahnya. Pintu bilik tidurnya dibuka. Biarlah kalau Melisa mahu menghindarinya, tidak dipedulikan lagi.
Alangkah terkejutnya Rayyan menampakkan susuk tubuh Melisa yang berbaring di atas katilnya ketika ini. Pakaian Melisa tidak menandakan isterinya mahu keluar.
Langkah kaki didekatkan pada katilnya.
Leher Melisa turut diperhatikan juga. Kesan rentapannya, menunjukkan tanda pada leher Melisa. Timbul perasaan menyesal dalam dirinya. Sepatutnya dia tidak mengasari Melisa tadi.
Rayyan duduk dengan perlahan di sebelah Melisa. Kucupan diberikan pada leher Melisa yang bertanda itu, begitu juga dengan mata Melisa yang sembab mungkin disebabkan menangis tadi.
Melisa yang sedang tidur itu diperhatikan buat seketika sebelum Rayyan keluar semula menuju ke rumah Dilan.
"Mana buat anaknya" Dilan membuka pintu rumah apabila Rayyan tidak henti-henti mengetuk.
"Pupus, hancur" Rayyan masuk ke dalam ruang tamu Dilan, PlayStation 5 masih elok terpasang di kaca televisyen. Alat kawalan permainan itu dicapai dan punggungnya dihenyakkan di atas sofa.
"Bergaduh laki bini lagi ke" Dilan duduk di sofanya juga.
Rayyan hanya diam tidak berkata apa. Dilan mengangguk kepalanya perlahan. Faham akan situasi Rayyan yang tidak mahu bercerita. Matanya dialihkan semula ke permainan video yang tergendala tadi.
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
Romance//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...