"Turunlah Mel" perlahan Rayyan berkata.
"Mel nak Rayyan sentiasa ada dengan Mel. Boleh tak?"
"Hati manusia berubah-ubah. Masa ni bolehlah kau cakap nak aku. Lepas ni? Mana tahu, muka aku pun kau tak nak pandang" Rayyan menurunkan Melisa daripada belakang badannya. Melisa segera meraih tangan Rayyan.
"Aku nak mandilah, pegang-pegang aku lagi, kau nak apa? Mandi sekali dengan aku ke?" Rayyan memerhatikan Melisa daripada rambut sehingga hujung kaki. Laju sahaja Melisa melepaskan genggaman tangannya. Buatnya Rayyan betul-betul maksudkan ayatnya, memang naya.
Rayyan mencebik dan memutarkan bebola matanya, terus sahaja kaki panjangnya memanjat menuju ke bilik tidurnya.
...
Dua minggu berlalu dan Rayyan masih menjauhkan diri daripada Melisa. Pelbagai cara sudah dibuat untuk memujuk suaminya itu. Tetapi, tiada respons yang positif daripada Rayyan sendiri.
Melisa risau jika tawar hati Rayyan berlarutan disebabkan oleh dirinya sendiri.
Bukannya Rayyan tidak melayan Melisa dengan baik, tetapi Melisa sendiri menyesali dirinya yang masih teringatkan percintaan yang lalu. Sejak daripada pergaduhan itu, Rayyan selalu pulang lewat sendirian ke rumah dan bukannya bersama Dilan.
Itu sudah cukup buat Melisa risau dan ragu-ragu akan aktiviti Rayyan di luar sana.
"Aku tak sedap hatilah" Melisa menepuk perlahan dadanya.
"Too much caffeine for tonight?" Arisha memandang pada secawan coffee latte di tangan Melisa. Hari ini mereka pulang lewat kerana ada kerja yang tergendala perlu disiapkan. Melisa sudah memaklumkan jadualnya pada Rayyan tapi tiada balasan seperti kebiasaannya.
"You should congratulate me, this is the only coffee I have for today" Melisa menggoncangkan cawan kopinya dengan keluhan.
"Perasaan kau je kot. Yelah kau jarang ambil OT sejak kahwin ni, bila balik rumah lambat mulalah tak sedap hati pula. Padahal kau rindu suami kau kannnn" Arisha memperlahankan suaranya kerana mereka masih berada di sekitar bangunan pejabat.
"Merepek" Melisa menggelengkan kepalanya.
"Pergilah balik cepat, nanti Rayyan tunggu lama pula" Arisha mengusik lagi.
"Dilan takde bagitahu apa-apa ke dekat kau pasal Rayyan?" Melisa memandang pada Arisha, ingin tahu jika rakannya itu terdengar keluhan Dilan mengenai Rayyan."Takde pula. Dia bukan selalu chat dengan aku pun, paling-paling pun tanya kau makan ke tak" Arisha menjungkitkan bahunya.
"Asal tanya pasal aku?"
"Kau lupa ke, Dilan tu personal assistant kepada Rayyan. Kau rasa?"
"Hantar report" Melisa memuncungkan bibirnya sedepa. Kesal. Kenapa Rayyan tak bertanya padanya sendiri? Kenapa perlu orang ketiga, keempat?
"Okaylah babe, aku balik dululah. Dah lewat malam" Melisa memeluk rakannya itu dan melagakan kedua-dua belah pipinya pada Arisha. Menunjukkan kasih sayang dua sahabat.
"Hati-hati tau, laluan balik ke rumah Rayyan tu gelap. Jangan berhenti, terus je balik rumah" Arisha mengingatkan Melisa. Dilan sendiri beritahunya untuk tidak datang ke rumah Rayyan untuk berjumpa dengan Melisa secara bersendirian kalau waktu malam. Bahaya katanya.
"Kau pun sama. Balik cepat, nanti mak kau risau pula" Melisa melambai ke arah Arisha dan meloloskan diri ke dalam kereta.
"Apa perlu buat, Mel? Tawakal" kata Melisa sendirian di dalam keretanya. Rambut diikat sanggul dan keretanya laju meluncur ke jalan raya. Mungkin perumahan rumah Rayyan adalah privasi, jadi untuk pergi ke rumahnya perlu melalui jalan yang sunyi dan agak gelap.
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
Romance//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...