Sehari selepas melawat Mateen, Melisa sedar akan perubahan Rayyan yang agak ketara terhadap dirinya. Suaminya itu menghampiri dirinya tetapi langsung tidak memandang ke wajahnya.
Kenapa dan mengapa?
Kerana selalunya, wajah Melisa inilah yang ingin Rayyan tatap.
Bercakap itu ada, tetapi jarang juga. Melisa sentiasa menunggu kalau Rayyan ingin bercakap dengannya atau mengajaknya membuat aktiviti harian di rumah. Malangnya tiada apa.
Buat pertama kalinya, Melisa melangkah keluar bilik ketika matahari masih menerangi langit bumi selepas kejadian hitamnya dahulu.
Langkah kakinya mencari Rayyan di bilik tidur sebelah. Tiada Rayyan di situ. Melisa terus menuju ke garaj bawah tanah, mencari dan mengira jika kereta Rayyan mencukupi, maknanya Rayyan berada di rumah.
Melisa mengatur semula langkahnya sebelum terserempak dengan Kak Eton. Terkejut pembantu rumah suaminya itu apabila melihatkan Melisa.
"Ya Allah Puan Melisa...dah rasa sihat sikit ke?" Kak Eton segera mendekati isteri majikannya itu.
"Bolehlah..Mel nak tanya...ada nampak Rayyan tak?""Tuan Rayyan ada di bilik bersebelahan dengan bilik kerjanya" Kak Eton mengangguk.
"Terima kasih, kak" Melisa tersenyum kecil dan segera berlalu pergi memanjat tangga menuju ke tingkat atas. Badannya sudah terasa lemah. Mungkin hanya kerana makan yang sedikit kebelakangan ini.
Semakin hampir Melisa pada bilik itu, semakin didengari petikan bunyi gitar. Tombol pintu bilik itu dipulas dan ditolak perlahan. Dapat dilihat jelas Rayyan sedang duduk di sebuah kerusi malas bersama Bear di kakinya. Petikan bunyi gitar itu datangnya daripada Rayyan sendiri.
Suara Rayyan menyanyikan lagu daripada kumpulan Ungu juga kedengaran jelas menerpa gegendang telinga Melisa.
"Menatap indahnya senyuman di wajahmu,
Membuatku terdiam dan terpaku,
Mengerti akan hadirnya cinta terindah,
Saat kau peluk mesra tubuhku,
Banyak kata,
Yang tak mampu ku ungkapkan,
Kepada dirimu,
Aku ingin engkau selalu,
Hadir dan temani aku,
Di setiap langkah,
Yang meyakiniku,
Kau tercipta untukku,
Sepanjang hidupku"
Melisa menjengah sedikit kepalanya ke dalam bilik itu. Hanya ada piano dan beberapa gitar yang tergantung kemas pada dinding bilik tersebut.Langkah Melisa dengan perlahan menuju ke arah Rayyan, dapat dilihat mata suaminya itu ditutup rapat. Menikmati setiap bait lirik yang dinyanyikan itu.
Rayyan membuka sahaja matanya, alangkah terkejut dirinya apabila Melisa sudah berdiri di hadapannya bersama senyuman kecil di bibir Melisa.
"Mel? Mel cari Rayyan ke?" Rayyan terus meletakkan gitar itu di sebelahnya.
"Sukalah dengar Rayyan menyanyi macam tadi""Kenapa Mel cari Rayyan? Rasa tak sihat ke?" Rayyan segera mendekati Melisa, dahi isterinya ditekap bersama tapak tangannya. Suhu normal sahaja rasannya.
"Mel okaylah..." Melisa menurunkan tangan Rayyan daripada dahinya.
"Habis tu?" Rayyan menyoalnya kembali.
"Nak ajak Rayyan jalan-jalan boleh tak?" Melisa berkata perlahan. Hujung bajunya dipintal-pintal.
"Berjalan? Ke mana?" Rayyan seakan-akan tidak faham.
"Perumahan sini je" Melisa mengumam.
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
Romance//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...