Seminggu sudah berlalu, kepulangan mereka ke tanah air tidak setenang yang Melisa sangkakan. Rayyan kerap menenangkan isterinya itu, terutama sekali ketika berada di dalam kapal terbang.
"Mel tak ready nak pergi sanalah" Melisa memandang ke arah Rayyan yang sedang memerhatikan bagasi mereka berdua di tempat pengambilan bagasi.
"Kenapa?" Rayyan terus mencapai dua bagasi mereka dan satu beg sandang.
"Sebab Mel tak ready lah" Melisa memegang lengan jaket yang dipakai oleh Rayyan itu.
"Kita stay sana satu hari je. Itu pun sebab mama Mateen nak jumpa Mel sangat. Bukannya Rayyan tinggalkan Mel seorang diri" Rayyan memegang kedua-dua pipi isterinya itu. Cuba meyakinkan Melisa."Kalau mama marah Mel macam mana?"
"Rayyan kan ada. Jom lah, Qis dah tunggu kita pun" Rayyan mengucup dahi licin Melisa. Isterinya hanya mengeluh sahaja apabila Rayyan masih berkeras.
"Mama mesti bencikan Mel...macam mana Mel boleh bahagia sedangkan Mateen..."
"Negatif sangat fikiran Mel tu" Rayyan memintas kata-kata Melisa sambil menarik dua bagasi milik mereka berdua.
"Mel jarang contact mama atau Qis tanya khabar diaorang. Mel risau, Mel takut" Melisa memandang Rayyan di sebelahnya yang seperti tidak peduli akan perasaannya pada waktu itu."Mel ada buat salah ke? Tak kan? Janganlah risau, Cinta. You heard Qis's voice on the phone last night, right? She seems fine with us being married to each other"
Melisa terus mendiamkan dirinya, memang tidak boleh berbalah lagi.
"Abang Rayyan! Kak Mel!" Qistina melambai mereka berdua daripada jauh. Senyuman mekar terpancar di wajah Qistina, adik kepada Mateen.
"Dah lama tunggu?" Rayyan tersenyum kecil sambil mendekati Qistina.
"Adalah dalam 10 minit je" Qistina membalas."Kak Mel, sihat?" Qistina memeluk erat Melisa.
"Sihat. Qis?" Melisa memeluk erat adik kepada bekas tunangnya. Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya.
"Alhamdulillah, macam ni jelah" Qistina tersenyum.
"Abang Rayyan, sihat?" Qistina mendekati Rayyan dan memeluk erat tubuh tegap Rayyan itu. Suaminya turut membalas.Tidak hairanlah hubungan Rayyan dan keluarga Mateen sangat akrab dahulu. Rayyan sudah dianggap anak lelaki kedua oleh keluarga Mateen tetapi, tidak tahu pula Rayyan masih akrab bersama Qistina.
"Terlebih sihat. Ada orang yang jaga" selamba Rayyan berkata sambil memandang ke arah Melisa.
"Eleh, berlagak" Qistina memuncung."Haruslah" Rayyan tersengih lebar.
"Tak naklah cakap dengan abang Rayyan, jom kak Mel" Qistina menarik lengan Melisa untuk mengikutinya.
"Qis, okay ke?" Melisa memandang Qistina disebelahnya.
"Kenapa pula Qis tak okay?""Pasal akak dengan Rayyan?"
"Kalau dah jodoh, takkan Mel nak halang. Lagipun, arwah abang mesti tak kisah kalau abang Rayyan yang jagakan kak Mel"
"Kak Mel pun tahu kan, arwah abang paling percayakan abang Rayyan" Qistina menggosok lengan Melisa yang dipeluknya.
"Sorry sebab tak bagitahu Qis dengan mama. Lagipun benda jadi terlalu awal lepas Mateen pergi"
"Mama okay je, jangan risaulah. Dia orang yang paling rindukan kak Mel. Tak tidur malam dia tunggu hari ni tau" Qistina tertawa kecil.
Melisa tersenyum senang. Lega hatinya apabila mendengarkan cerita daripada mulut Qistina sendiri.
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
Romance//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...