BAB 34

1.5K 43 1
                                    

     "Mel! Ya Allah, kau ni memang merenung ke luar jendela, angin bertiup lembut, melihat matahari di angkasa, menerangi siangku" Arisha menepuk kuat meja pejabat Melisa itu sambil menyanyikan lirik lagu Apa Khabar daripada penyanyi Joe Flizzow itu tetapi versi suka hati Arisha sahaja mengubah lirik asal.

"Kau ada cakap dengan aku ke?" Melisa memandang pelik pada rakannya itu.

"Eh taklah. Aku cakap dengan kerusi kau ni"  Arisha memeluk tubuhnya.

"Sorry, aku fikir benda lain tadi. Biasalah tak cukup tidur sejak dua menjak ni" Melisa tersenyum kecil.

"Ingatkan mertua dah balik oversea kau dapat rehat, rupanya tak juga" Arisha tersenyum mengusik. Senyumannya melirik panjang.

"Kau jangan nak jaga dalam kain aku eh"

"Eleh usik sikit je dah emosi. Pregnant ke, you?"

"Rayyan tak bersedia lagilah. Jangan main sebut je. Mulut kau masin terlebih garam" Melisa mengeluh.

"Kenapa tak bersedia pula, bukan ke mulanya dia yang bersetuju nak kahwin dengan kau? Any consequences dia kena bersedia juga" Arisha memeluk tubuhnya. Permulaan kisah perkahwinan Melisa memang di dalam tangannya. Betul apa yang dikatakan, jodoh adalah rahsia Allah. Bercinta dengan orang lain, berkahwin dengan orang lain.

"Entahlah, kalau tanya lebih pun ada jelah Rayyan nak mengelat" Melisa menongkat kepalanya.

"Kau rasa....cara Rayyan macam ni sebab dia ada perempuan lain ke?"

"Mulut kau ni takde insurans ke, Mel? Kau ada bukti ke?" Arisha kelihatan lebih berminat kali ini.

"Takdelah bukti, tapi kau tengok ni" Melisa menaip papan kekunci di komputer ribanya,  nama Rayyan di cari pada carian Google. Arisha beralih untuk berdiri bersebelahan dengan Melisa. Kena tengok betul-betul apa yang nak ditunjukkan rakannya itu.

"Usahawan Muda Kegilaan Wanita Kembali Kepada Kekasih Lama.....Gosip Hangat, Maya Harlisa dipinang oleh Usahawan Muda, Rayyan Nick Eskandar..." Arisha membacakan setiap kali Melisa menyorot carian Google itu ke bawah.

"But, Mel.... it's not recently. Look, a year ago" Arisha menunjukkan pada tarikh artikel itu dikeluarkan. Melisa mengeluh perlahan. Tetapi, hatinya kuat merasakan Rayyan masih berhubung dengan Maya Harlisa ini.

"Kau terlalu fikir sangat ni. Tak elok tau, setan dah kacau otak kau tu. Nak rosakkan rumah tangga kau dengan Rayyan" Arisha mengusap perlahan belakang Melisa.

"Kalau Rayyan tak mengelat dengan setiap soalan aku tanya, takde maknanya aku nak overthinking macam ni" jari jemari Melisa ligat menari-nari di atas papan kekunci, mencari pula Instagram milik Maya Harlisa.

"Vogue gila minah ni" Arisha terkedu. Anak kacukan juga ke macam suami Melisa itu? Gaya hidup sudah persis seperti orang barat. Melisa menggigit bibir bawahnya apabila melihatkan gambar-gambar yang dihantar pada akaun Instagram Maya Harlisa itu.

Ada satu gambar yang menarik perhatian Melisa. Ditekan pada gambar itu. Wajahnya didekatkan pada skrin komputer riba. Pantulan kaca mata hitam milik wanita itu diperhatikan. Terlihat jelas ada susuk tubuh seorang lelaki di hadapannya yang mengambil gambar Maya di sebuah kafe ketika itu.

"Nampak apa-apa ke?" Sudah macam penyiasat persendirian sahaja Melisa dan Arisha itu.

"Macam Rayyan kan?" Melisa memandang Arisha sambil menunjukkan pantulan lelaki itu.

"Cari lain, yang ini tak jelas sangat. Mesti ada lain punya" Arisha menggelengkan kepalanya. Melisa mencari lagi klu daripada gambar-gambar yang lain. Mujur sahaja Maya suka membuat hantaran di Instagram. Banyak yang dapat diperhatikan.

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now