"Kau tak layak nak selamatkan aku! Aku jijiklah dengan darah kau yang ada dalam badan aku ni! Kau patut biar aku mati je!"
"Baik aku mati daripada hadap muka kau setiap masa"
Terngiang-ngiang setiap bait kata kasar yang dilontarkan kepada Melisa daripada ayah kandungnya sendiri.
Melisa mendapat berita mengenai kemalangan Dato' Fayyadh ketika selesai urusannya membuka simen di kaki.
Terus sahaja dia pergi dan menawarkan untuk menderma darahnya kerana hospital kekurangan bekalan darah O yang diperlukan oleh Dato' Fayyadh.Hanya Melisa sahaja yang sesuai dan bukannya Aisy. Tetapi, rupanya semuanya adalah sia-sia sahaja. Usahanya dalam membantu tidak diterima langsung.
Kakinya yang baru sahaja dibuka balutannya terjengket-jengket ke pintu utama hospital untuk segera beredar. Air mata dikesat perlahan.
Luluh hatinya. Mahu sahaja dijerit sekuat hatinya.
Pap!
Terus Melisa jatuh terduduk di atas lantai. Tubuh yang bagaikan bongkah batu itu dilanggar oleh Melisa.
"Sorry....Mel?"
Didongakkan kepalanya kepada seseorang yang separa tunduk kepadanya. Rayyan yang dilanggar oleh Melisa tadi.
"Kenapa menangis ni?" Riak risau terpancar di wajah Rayyan. Tidak berjumpa isterinya hampir sebulan, tiba-tiba berjumpa dalam keadaan isterinya yang bersedih seperti ini.
"Takde apalah" Melisa segera bangun dan meninggalkan Rayyan. Bertambah sedih di hati Melisa apabila teringatkan bibir Rayyan yang diragut oleh Maya di hadapan matanya sendiri.
Melisa melangkah menuju ke kereta Arisha. Kunci kereta milik Arisha dipegang olehnya, ini kerana dirinya sudah gian untuk memandu selepas balutan simen ditanggalkan.
Arisha yang sedang meneguk air berhampiran keretanya segera mendapatkan Melisa.
"Abah kau okay tak? Kaki kau okay juga? Boleh drive ke?" Arisha mengetuk tingkap keretanya. Entah kenapa hatinya tak sedap apabila melihatkan Melisa yang segera menutup pintu apabila melihatkan kelibatnya mendekati.
"Mel, bukalah pintu ni..." Arisha cuba untuk memujuk.
"Kita pergi makan dulu, jom? Kau daripada semalam tak makan" Arisha sedaya upaya memujuk Melisa yang sudah berjuraian air matanya jatuh ke pipi. Tiada kata balasan daripada rakannya itu.
Dapat dilihat, Melisa seakan-akan menarik nafasnya panjang. Genggaman di stereng kereta diperketatkan.
Terus sahaja kereta Arisha yang dipandunya meluncur keluar daripada kotak parkir hospital.
"Ehh..Mel..Mel..kau nak pergi mana ni?" Arisha mengetuk tingkap di sebelah Melisa berulang kali. Tidak dilayan langsung, malah Melisa meninggalkan Arisha tanpa sepatah kata.
Arisha memegang kepalanya yang bertudung itu. Sudahlah telefon dan juga beg tangannya ada di dalam kereta. Hanya dompet dikeluarkan kerana ingin membeli sebotol air mineral tadi.
"Sayang!"
Arisha menoleh kerana suara itu cukup dikenalinya.
"Kenapa abang ada dekat sini?" Arisha berlari anak menuju ke Dilan yang sudah pun berada di dalam kereta. Rayyan turut ada sama disebelahnya.
"Nak kejar kawan Ari tulah. Cepat masuk" Dilan menunjuk ke tempat duduk belakang. Rayyan disebelah agak terkejut dengan panggilan mesra Dilan dan Arisha itu. Sejak bila mereka berdua ini bercinta?
Selama ini, Dilan pasti tahu keberadaan Melisa yang hampir sebulan tidak balik ke rumahnya itu. Celaka punya kawan. Pura-pura tak diberitahu oleh Arisha.
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
Romance//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...