"Rayyan makan kek je ke? Tak kenyang tau" Melisa memandang pinggan kek di tangan Rayyan.
"Eh! Ayra pun ada dekat sini. Apa yang dibualkan dengan suami Mel?" Sengaja Melisa menekankan perkataan suami di hadapan Ayra.
"Suami? Since when?" Ayra mengerutkan dahinya.
"It's been a wonderful first year. More years to go with him" Melisa mengusap lengan Rayyan bersama senyumannya.Nasiblah Melisa tergerak untuk turun ke dewan juga, daripada jauh lagi Melisa perhatikan Ayra yang mengekori suaminya sahaja walaupun diabaikan oleh Rayyan. Sengaja dirinya membiarkan mereka berdua, nak tengok apa reaksi Rayyan pada Ayra yang cantik itu.
Tetapi, tidak dibiarkan mereka berdua lagi apabila Ayra melanggar batasnya dengan Rayyan. Perubahan wajah Rayyan yang membimbangkan Melisa. Suaminya itu memang tidak pedulikan orang sekeliling kalau sifat marahnya menguasai.
"Ohh... really I didn't know that" Ayra memandang Rayyan dan Melisa bersilih ganti.
"Rayyan mesti laparkan? Mel pun lapar juga. Excuse us" Melisa mengambil pinggan kek di tangan Rayyan dan dihulurkan kepada Ayra. Dengan segera, Melisa menarik Rayyan menjauhi Ayra."She's too much. I was so close to eat the cake and she decided to steal it from me" Rayyan mendengus kasar.
"Nanti kita makan kek tu. Buat masa ni, Rayyan makan dulu apa ada dekat buffet" Melisa memeluk erat lengan suaminya."Kenapa Mel turun? Mel kan tak sihat"
"Rayyan ingat tak, Maulana? Yang pergi sekali dengan kita ke resort tu dulu? Dialah bagitahu Mel yang suami Mel kena ngorat dengan si Ayra tu" Melisa mengambil satu pinggan dan melihat kepada makanan yang sudah tersedia.
"Ada baiknya juga Mel turun, sebab Rayyan tak tahu nak makan dengan siapa" Rayyan melingkari tangan kirinya pada pinggang Melisa.
"Kalau Mel share pinggan dengan Rayyan boleh tak? Mel nak makan sikit je" Melisa mendongak memandang suaminya."Boleh, Cinta" Rayyan bermain dengan rambut Melisa, jauh betul beza ketinggian Melisa dan Ayra tadi. Ketinggian Melisa yang hanya paras dada itu lagi comel dimata Rayyan.
Mel mengambil dua jenis spageti di atas pinggan tersebut. Turut diambil makanan segera seperti nugget, sosej dan juga manisan di pinggan yang dipegang oleh Rayyan.
Meja kosong di bahagian hadapan menjadi tujuan mereka berdua. Lagi selesa berdua sahaja.
"Rayyan suapkan Mel boleh?" Melisa menghulurkan sudu dan garfu kepada Rayyan. Tanpa berkata lebih, terus sahaja Rayyan mengambil sudu dan garfu ditangan Melisa.Spageti yang diambil oleh Melisa tadi disuapkan kepada isterinya. Kemudian, dirinya turut memakannya dan mengangguk perlahan. Sudah tentu kena dengan tekak Rayyan yang memilih itu.
"Mel..."
"Yes?" Melisa meletakkan telefon pintarnya di atas meja dan mengambil suapan yang dihulurkan kepadanya.
"Ada benda mencurigakan jadi tak kebelakangan ni?" Rayyan mengelap hujung bibirnya yang comot dengan sos spageti.
"Takde pula. Kenapa?" Melisa bertanya."Nothing" Rayyan mengukirkan senyumannya dan mengusap kepala Melisa. Kata syukur hanya terpahat di hati.
"Mel nak laicikang kan? Pergi order jelah. Suruh hantar sini" Rayyan mengeluarkan telefon pintarnya dan dihulurkan kepada Melisa."Betul?!" Melisa menjerit keterujaan dan segera menutup mulutnya ketika di pandang oleh pekerja-pekerja yang berdekatan dengan meja mereka.
"Yelah, kesian isteri Rayyan ni turun dewan sebab nak selamatkan Rayyan daripada Si Tinggi tu. Rayyan bagi upahlah"
Melisa tak tahan tawanya ketika Rayyan memberikan gelaran Si Tinggi untuk Ayra.
"Takde nama lain ke nak panggil dia? Panggilah supermodel ke, Si Cantik ke. Apa kejadah panggil Si Tinggi"
"Sebab dia tinggilah. Kalau nak panggil Si Cantik, Mel lagi cantik" Rayyan mengucup pipi Melisa tanpa segan silu di tempat awam sebegini. Tetapi, Melisa yang segan apabila ada beberapa mata yang ternampak.
"Kenapa tak panggil supermodel?" Melisa cuba menyembunyikan rasa malunya dengan menutup mukanya menggunakan sebelah tangannya.
"Nanti Mel jealous. Rayyan takde masa nak pujuk"
Satu tamparan kuat hinggap pada lengan Rayyan.
"Mel boleh je pujuk Rayyan banyak kali semalam walaupun tak dilayan. Rayyan boleh pula kata takde masa nak pujuk?"
"Memanglah takde masa. Baru kiss kiss sikit Mel dah sengih. Macam mana Rayyan nak ada masa? Kiss tak sampai 5 saat, Mel dah balas balik"
Melisa memuncung tidak berpuas hati pada suaminya. Laju pula nak pusing ayat bagi sejukkan hati dia ketika itu.
"Kali ni Mel lepaskan" Melisa bersandar pada kerusi dan melihat semula di aplikasi penghantaran, mencari laicikang yang diidamkan.
Ketika Rayyan sedang menikmati hidangan yang diambil, Melisa tiba-tiba sahaja mengambil tangannya, diletakkan belakang tangan Rayyan pada hidungnya
"Mel ni kenapa?" Rayyan mengerutkan dahinya.
"Tak tau...sekejap" Melisa memandang sekeliling."Dekat sini rupanya korang duduk" Arisha mengambil tempat di sebelah Melisa bersama pinggan di tangan berserta air. Dilan turut ada disebelah Arisha itu. Nampak seperti mereka baru sahaja mahu menjamu selera.
"Kau ada ambil kuah kicap ke?" Melisa memandang kepada pinggan Arisha. Tiada.
"Saya yang ambil. Sedap gila kot, makanan kampung memang favourite, tapi baguslah ada banyak jenis makanan. Cuma pilih je. Makan sampai lebam" Dilan duduk di sebelah Arisha.
Arisha menepuk dahinya perlahan. Lupa akan Melisa yang tidak boleh bau kicap ketika ini.
"Abang...kita duduk jauh sikit boleh tak?" Arisha serba salah memandang Dilan yang sudah pun duduk di sebelahnya.
"Takpe, Arisha...suruh Dilan makan cepat sikit je" Melisa tersenyum. Nasib baik ada penyelamat di sebelah. Tangan Rayyan dibiarkan pada hidungnya sementara Dilan menjamu selera
"Berapa lama nak pinjam tangan ni?" Rayyan memandang pelik pada isterinya. Entah bila isterinya itu alah pada kicap. Melisa memang tidak gemar akan kicap, tetapi tidaklah sampai tidak boleh bau kicap itu.
"Mel ni asyik bau je tangan Rayyan buat apa? Dah serupa anj..."
"Kau sambung ayat kau, kau mati" Rayyan terus memotong kata Dilan. Celupar juga mulut Dilan ni. Bukan hari ini sahaja, hari-hari lain pun sama sahaja.
Melisa sudah tergelak dengan pergaduhan kecil mereka berdua. Tetapi, memang betul apa kata Dilan. Tetapi, nak buat macam mana...dirinya tidak boleh membau kicap itu, memang terus lemah badannya nanti.
Melisa turut merapatkan kerusinya pada kerusi Rayyan. Kesian suaminya itu, menjamu selera dengan tangan kirinya pula. Nasib sahaja bersudu garfu tetapi, itu pun nampak janggal sahaja.
"Laicikang Mel dah sampai" Melisa tersenyum lebar memandang ke arah Rayyan.
"Seriously, Mel? Another laicikang?" Arisha menggelengkan kepalanya.
"Haah, tempat yang sama kita pergi semalam. Nasib baiklah location dia sampai sini tau"
"Rayyan pergi pickup dekat rider. Mel tunggu sini dengan diaorang" Rayyan mengambil telefon pintarnya, maklumat penghantar makanan itu diperhatikan terlebih dahulu. Melisa pula memandang pada Dilan yang sudah pun selesai makan.
"Okay, pergilah ambil cepat" Melisa mengangguk laju.
"Dah jumpa ubat semulajadi kau eh?" Arisha tersenyum nakal dan mencucuk pinggang Melisa.
"Dah, baru je tadi" Melisa ketawa kecil. Dilan yang mendengarkan perbualan mereka berdua mengerutkan dahinya, tidak mengerti."Eeiii tak sabarnya aku" Arisha tersenyum lebar. Dilan menggelengkan kepalanya sahaja dan mengambil pinggan beserta sudu garfu Arisha untuk dibawa ke tempat yang disediakan.
Tangan Melisa naik mengusap perutnya yang masih tidak kelihatan. Terukir senyumannya di bibir.
"Mel, seriously?" Suara Rayyan mengejutkan dua orang rakan itu.
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
Romance//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...