bab 2

40.6K 807 9
                                        

Usai solat maghrib berjemaah dengan mami, Sya masuk ke dapur memanaskan lauk dan nasi lebihan makan tengah hari; sementara mami ke bilik belakang iaitu bilik dobi. Ada mesin basuh, mesin pengering, seterika dan papannya serta mesin jahit. Mami memang suka dan pandai menjahit.

Sayup sayup terdengar suara orang memberi salam. Meremang pulak bulu roma Sya. Dah la malam malam gini, sunyi. Kebetulan cuti hujung minggu yang panjang, ramai jiran mengambil kesempatan berlibur dan pulang ke kampung.

'Nak panggil mami ke tak ni... tak payah kot.' Perlahan Sya berjalan menuju ke pintu hadapan sambil menyarung tudung. Lampu ruang tamu bewarna kuning dirasanya malap pula malam ni.

"Assalamualaikum"
Terperanjat Sya bila terdengar sekali lagi salam tu. Mana taknya, baru nak dijenguk di tingkap tepi pintu akan siapakah gerangan di luar, tetiba dikejutkan suara garau. Nasib baik tak melatah.

"Waalaikumsalam" jawab Sya menggaru kepala. Kesal sebab dia lupa mengunci mangga pada pintu pagar selepas menyiram pokok bunga. Kononnya nak buat tu selepas buang sampah usai makan malam.

Sya membuka pintu perlahan. Dihadapannya seorang lelaki muda, memakai sweater kelabu berseluar jeans biru lusuh, mengalas satu beg sandang biru gelap dan ditangan kirinya ada satu lagi beg besar beroda bewarna hitam. Di kolar bajunya ada tersangkut cermin mata hitam. Sya dan lelaki tersebut saling berpandangan. Terpaku dan terkedu. Mereka terpisah dengan pintu grill.

"Saya macam terbau sesuatu yang hangit" ujar lelaki tersebut memecah kesunyian.

"Allahu... " berlari Sya ke dapur.

"Sya.. sya p mana? Mujur mami sempat tengok lauk ni. Kalau hangit, kena goreng telur la kita malam ni". Mami membebel melihat Sya yang kalut berlari masuk ke dapur.

"Maaflah mami. Sya kat depan tadi."
Sya memeluk mami dan berbisik, "Ada orang kat depan rumah kita".

Mami memandang Sya, " sapa?".
"Sya tak kenal la mami tapi macam pernah tengok. Tak ingat la mami."

Mami dan Sya berjalan beriringan ke depan. "Sapa la dok mai rumah orang malam malam ni. Tak tau ka orang nak tido ka makan ka.. ".

"Assalamualaikum" lelaki tersebut memberi salam buat sekian kali.

"Waalaikumsalam. Bertuah punya anak. Tadi kata tak jadi balik. Nak balik tahun depan. Cepat Sya bukak pintu ni. Ni la anak mami hat mami cite tadi". Lelaki tersebut tersengih bila mendengar mami bercakap begitu dan melihat Sya terlepas kunci sewaktu ingin memasukkan anak kunci ke lubang kunci.

Yang Kedua✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang