Khas Raya : RAYA RAYA

39.7K 795 378
                                        

Suara takbir bergema di dalam rumah Pakcik Ahmad. Perkumpulan penduduk yang tak pulang ke kampung halaman bertakbir dari rumah ke rumah.

Sebak rasa di hati mengenangkan keluargaku yang sudah tiada, mami yang dah lama pergi, begitu juga dengan Adam. Hanya sekali kami dapat beraya bersama. Hanya berdua, tak semeriah ini - Adam bertakbir sendirian di rumah kemudian kami bersolat sunat hari raya di masjid.

Air mataku dah berjuraian. Basah sudah hujung tudungku. Hidung pun dah merah. Lendir dah berkumpul dalam rongga hidung menghalang udara terus masuk. Aku tak mampu membuka mata lagi. Jika dibuka, lagi banyak air mata keluar umpama empangan pecah. Tu la orang tua tua selalu berpesan, jangan suka sangat, nanti menangis. Aku la tu. Siang tadi suka sangat, memasak macam macam walau pening dan loya terasa. Badan lemah pun aku gagahkan jua, nak rasa kemeriahan.

Azriel tadi duduk di pangkuanku, hilang entah ke mana. Mujur hidangan untuk orang yang bertandang sudah tersedia di atas meja makan di ruang tamu, tak perlulah aku berhidang dengan mata yang bengkak ni.

Aku masih duduk di kerusi, meja makan di dapur. Terasa ada yang menarik aku merapati dirinya yang sedang berdiri. Aku terasa lemah, lemah tak berdaya. Aku rindu sungguh pada mereka yang dah tiada. Bahuku terhinggut hinggut menangis.

"Ibu menangis abah". Kata Azriel yang cuba untuk menyelit diantara kami yang berpelukan. Aku duduk seperti biasa kembali memberi ruang pada Azriel.

Irfan mengesat kedua mataku yang berair dengan ibu jarinya. Baru jelas penglihatanku. Azriel pun turut mengesat air mata di pipiku. Basah baju Irfan di bahagian perut.

Irfan memegang daguku, aku terdongak memandangnya. Melihat matanya pun merah, aku serba salah. Pasti ianya disebabkan aku. Ditekap bibirnya lama di dahiku sehingga Azriel yang berada di tengah tengah menolak Irfan. Lemas agaknya, tak pun cemburu.

Usai solat sunat AidilFitri dan bersalam raya, kami bertiga meninggalkan rumah pakcik Ahmad. Destinasi pertama pusara mami. Kemudian menziarahi pusara ahli keluargaku yang disemadikan dalam satu liang. Terakhir sekali, pusara Adam.

Rasa rindu membuak buak, aku tak mampu menyembunyikannya lagi. Kuhamburkan tangisanku pada Irfan. Dia disisiku kini. Dia Amirku. Dia pendamai jiwaku. Dia penguat semangatku.

Irfan membiarkan aku menyembabkan muka ke dadanya. Sebelah tangan diatas bahuku manakala satu lagi mengelus rambutku. Sesekali kepalaku dikucup.

"Abang"
"Ye sayang".
"Jangan tinggalkan Sya dan Azriel"
"Kenapa abang perlu tinggalkan sayang dan Azriel?"
"Mana tau"
"Insya Allah. Tak akan kecuali itu janji Allah".
"Sya tak kuat. Setiap yang Sya sayang pasti pergi".
"Abang pun tak kuat. Tapi kita sama sana harungi ye".
"Sya sayang abang"
"Abang pun. Dari dulu sayang tak pernah berubah"
"Tipu. Dulu Farhana"
"Farhana... dia lagi sayang? Cemburu sangat ni". Irfan ketawa besar.
"Mestilah. Abang pun cemburu juga kan?". Soalanku dijawab dengan gelengan.
"Macam Sya tak perasan perasaan abang di Tangs hari tu".
Bulat mata Irfan memandangku kemudian menyambung tawanya.

***

Di depan rumah ada dua buah khemah, pihak katering pun dah siap menghidangkan hidangan di meja buffet. Sudut kiri halaman, ada khemah kecil untuk seksyen kambing golek. Berhampiran pintu kaca, ada ruang dah siap terhias khas untuk sambutan hari jadi Azriel. Disambut awal dari tarikh sepatutnya.

Semua dalam satu, sambutan hari raya, majlis doa selamat sempena memasuki rumah baru dan hari jadi Azriel. Jemputan datang dan pergi sejak dari pukul 12. Majlis sebenarnya bermula pukul 11, khas untuk majlis doa selamat.

Irfan menjemput kariah surau tempat kami dulu dan anak anak yatim untuk menjayakan majlis tersebut. Anak anak yatim itu dari Rumah Bakti di Klang. Irfan memang menyumbang sebahagian dari gaji bulanannya di situ.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jun 14, 2018 ⏰

Tambah cerita ini ke Pustaka anda untuk dapatkan notifikasi tentang bahagian baharu!

Yang Kedua✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang