Hasya Sofia
Rasa marah malu semua bercampur bila mengingat kembali kejadian di dapur tadi. Tak disangka, Irfan boleh mendekati dia sebegitu hampir.
Dah 2 kali terpandang aurat lelaki. Tak dinafikan, siapa yang tak tertawan melihat orang sekacak Irfan. Hidung mancung, mata pasak, alis mata yang lebat, kulit putih merah bila lepas bercukur pagi tadi, kulit mukanya yang berjambang kelihatan kehijauan. Kulit muka halus seolah tak pernah berjerawat. Di dadanya banyak rerambut hitam. Bahunya bidang, nampak tulang bahu. Lengannya ada sedikit otot. Agaknya rajin ke gim, sebab otot perutnya agak menggiurkan. Lebih bawah lagi tak sanggup nak pandang bila terlihat, tuala terikat di bawah pusat. Terus Sya menutup matanya. Tak sanggup pandang atas jugak, bibir Irfan betul betul di depan matanya. Rentak nafas Irfan menjamah kulit mukanya. Dalam hati Sya berdoa agar Allah melindungi dia dari melakukan maksiat.
Paginya tu, Sya tak nampak apa pun. Bila nampak kaki terjuntai di hujung katil, Sya terus memalingkan badan sambil mengetuk pintu.
Tapi Sya perasan satu perkara, Irfan akan merenungnya jika ada kesempatan. Seram juga kerana tak tahu apa maknanya renungan itu.
Sesungguhnya rasa tak selesa berada di rumah mami mulai menebal dalam diri Sya sejak Irfan balik. Aurat perlu dijaga setiap masa. Mahu keluar dari rumah mami, tak tahu nak kemana. Nak balik ke hostel, lagi 2 minggu baru semester akhirnya bermula.
Alangkah baiknya kalau adik beradik arwah ayah tidak berebutkan harta peninggalan ayah. Takdelah satu satunya rumah yang ada disewakan pada orang lain. Dah la duit simpanan pun dibahagikan mengikut faraid.
Masih segar difikiran Sya, tatkala dia masih berdukacita akan pemergian ibubapa dan dua orang adik lelakinya dalam kemalangan jalanraya pulang menghantarnya kembali ke kampus untuk memulakan semester baru. Masa tu, hari ke 14 Sya menjadi anak yatim, terkontang kanting di dunia. Kedua2 nenek dan atuk sudah tiada. Yang ada pakcik dan makcik sahaja.
"Sya, kau dah uruskan harta pusaka arwah?", tanya Pak Langnya yang datang bersama pak saudaranya yang lain. Adik beradik arwah ayah semuanya lelaki. Manakala emak Sya punya seorang adik perempuan. Tetapi telah meninggal dunia tatkala melahirkan anak bongsunya.
Sya menggelengkan kepala. Dia bingung. Tak tau harus berbuat apa. Yang terfikir cuma pengajiannya di tahun akhir. Bagaimana harus diteruskan, perbelanjaan bulanannya. Duit pinjaman PTPTN hanya cukup untuk membayar yuran pengajian.
"Ayah kamu ada buat wasiat?", tanya Pak Ngah pula yang mengambil biskut mayat dari piring.
"Sya tak tau", sebal rasanya dengan persoalan persoalan begitu.
"Kamu ada berapa semester lagi nak habis diploma?", tanya Pak Su pula.
Sya hanya menunjukkan 2 jarinya."Ada biasiswa kan?"
"Loan. Hanya untuk yuran. Belanja selalunya ayah bagi", jawab Sya perlahan.
"Aduhh.. macam mana ni. Ayah kamu dah takde. Nak sambung belajar macam mana? Mana nak ambil duit" balas Pak Long menggaru kepala.
Kecil hati Sya mendengar perbalahan pakcik pakciknya tentang harta peninggalan dan dirinya.
Bukan banyak pun harta ayahnya yang setakat pemandu teksi. Ibunya suri rumah. Simpanan tak seberapa. Kereta yang menjadi modal sebagai teksi hancur akibat kemalangan. Yang Sya nampak hanya rumah yang didiami sekarang. Flat DBKL dua bilik.
Rentetan dari itu, pakcik pakciknya membuat keputusan agar rumah itu disewakan memandangkan Sya menginap di hostel. Kemudian pada cuti semester, Sya boleh datang tinggal di rumah mereka. Bahagian ni yang Sya kurang sikit sebabnya dia tak rapat dengan sepupu sepupunya. Tapi apakan daya, dia terpaksa bersetuju.
Semester ini Sya perlu menjalani latihan industri atau kata lainnya praktikal. Seminggu sebelum latihan bermula, Sya ke kawasan di mana syarikat dia akan menjalani latihan untuk mencari bilik sewa. Cukuplah bilik, Sya seorang je. Yang penting murah. Perlu cermat dalam menggunakan duit, sewa bilik, makan dan pengangkutan. Kalau dapat sewa bilik yang jaraknya boleh jalan kaki ke pejabat lagi Sya suka.
Turun dari komuter, Sya mendapatkan teksi dan menunjukkan alamat pejabat. Pakcik teksi mengangguk kiranya tau dimana. Setibanya di destinasi, Sya memandang sekeliling. Kawasan yang agak sunyi di hujung minggu. Penempatan pejabat, hotel bajet dan kedai makan. Kalau hari kerja, pasti sibuk kawasan ni, getus Sya.
Dalam perjalanan tadi, Sya ada ternampak kawasan perumahan. Tak jauh dari situ. Ada juga deretan rumah kedai. Jadinya, Sya berjalan kaki ke sana, mujur pakai kasut sukan.
YOU ARE READING
Yang Kedua✔
RomanceSeorang gadis yang kehilangan keluarga tersayang mencari ruang untuk disayangi dan menyayangi. Perjalanan hidup yang jerih harus ditempohi. Note for reader: Be sure you are above 18 as this story includes adults content. Thanks for making this wri...