Semua dah lena di bilik sewaktu kami tiba di rumah, belum lewat pun tapi bulan puasa memang meletihkan, tambahan di penghujung Ramadan.
Aku masuk dahulu sementara Irfan masih di luar, katanya ingin menghisap rokok dulu.
Elok aku menanggalkan semua yang kupakai tadi, Irfan masuk tanpa memberi sebarang ketukan di pintu. Senyumannya meleret bilamana aku cepat cepat mencapai tuala untuk membaluti tubuh yang hanya ada sepasang pakaian dalam bercorak leopard.
"Aummmm", usik Irfan mengaum sambil tangannya mengacah seperti harimau ingin menerkam mangsa. Aku ketawa sambil menyelitkan hujung tuala di dada.
Irfan menarik tuala itu. Mataku buntang bila Irfan terus terusan membuat bunyi tadi dan mendekatiku, setapak demi setapak.
"Kita sambung yang tergendala tadi", bisiknya, meniup telinga dan leherku.
Aku khayal bila nafas panas Irfan menyentuh kulitku. Sentuhan hangatnya mengenai tubuhku yang sememangnya dingin dek penyaman udara dan suasana malam.
***
IRFAN
Aku tersedar dari lena, terus mencapai jam tangan yang kuletakkan di sisi bantal tadi. 'Aaa... tertidur setengah jam'. Jam kuletakkan kembali dan aku rebahkan semula badanku.
Melihat Sya tertidur dengan hanya dibaluti selimut, aku lega dan tenang. Malam ni umpamanya malam pertama kami sekali lagi. Aku harap selepas ni tiada lagi pertelingkahan kami mengenai Farhana. Kalau boleh biarlah aman damai.
Tapi kalau selalu berselisih faham pun macam seronok juga. Boleh kenal Sya lebih lagi, boleh bermesra penuh perasaan lagi.
Inilah sebabnya pasangan suami isteri yang kerap bergaduh bertelingkah, punya anak yang ramai. Apa taknya, setiap kali berdamai akan berakhir dengan beradu tenaga walau bukan untuk mengetahui siapa juara.
Selimut itu kuselak, kami sama sama tak berpakaian. Posisi Sya mengiring menghadap aku. Rambut Sya yang menutupi sebahagian mukanya, aku alihkan. Kini wajah polosnya kutatap. Betul seperti yang Sya katakan. Farhana lebih cantik. Aku tak membandingkan, cuma mengiyakan apa yang Sya luahkan. Tapi cantik tak memberi erti boleh membahagiakan.
Aku lebih senang dengan air muka Sya, tenang, manis. Tak puas dipandang. Biarlah orang nak kata apa, aku rasa dia dah cukup cantik buat aku. Aku pun bukan hensem sangat, aku rasa.
Pandanganku jatuh pada dua aset yang membukit. Cukup indah walaupun sudah pernah berkhidmat untuk seorang manusia bergelar anak. Masih kenyal, bentuknya berubah sedikit dan lebih besar dari yang dulu. Dan akan menjadi lebih besar tak lama lagi.
Perutnya tak sepadat pertama kali aku menyentuhnya dulu. Kini berparut. Ada kulit pecah akibat proses mengandung dulu. Aku suka, lebih natural. Mungkin ada orang rasa jelik. Aku pun dulu begitu, nak yang sempurna. Kini aku lebih menghargai yang sekadar ada, kerana itu lebih membahagiakan. Perut aku kini pun tak seperti dulu tapi masih boleh dirawat.
Bulu bulu nipis yang menutupi kawasan kegemaranku dijaga rapi walaupun dia marah dan merajuk dengan aku. Setakat ini, aku puas. Lebih puas dari masa bergelumang dosa dulu. Rasanya lebih manis.
"Abang..."
Aku mengalihkan pandanganku dari bawah tubuh Sya ke wajahnya."Pandang apa tadi?"
Aku tersenyum, mencubit pipinya.
YOU ARE READING
Yang Kedua✔
RomanceSeorang gadis yang kehilangan keluarga tersayang mencari ruang untuk disayangi dan menyayangi. Perjalanan hidup yang jerih harus ditempohi. Note for reader: Be sure you are above 18 as this story includes adults content. Thanks for making this wri...