bab 35

24.7K 430 6
                                    

"Morning sayang...", sapa Haris berjalan ke kamar mandi kepada Sya yang sedang membancuh air di dapur. Irfan yang sedang mengemas bilik belakang, memandang ke arah dapur. Huh... lega, hanya sapaan tanpa sentuhan.

Irfan menjeling ke arah meja di dapur, 4 cawan siap berpiring, diletakkan diatas pinggan makan, disisinya garfu dan sudu. Sementara ditengah tengah meja ada kopi O, sandwich tuna dan semangkuk nasi goreng belacan. Bau nasi goreng belacan itu yang membuatkan Irfan terjaga dari tidur dan perutnya mendendangkan irama heavy metal. Dipandang pula pada Sya. Hari ni Sya bertudung polos putih, berjubah hitam... hmmm.. milik mami. Baru Irfan perasan tudung pun mami punya. 'Sya, tak pakai baju sendiri? Ke dia tak masuk bilik?', bisik Irfan.

"Eh, yang kau berdiri kat sini kenapa? Takkan intai adik sendiri?", tanya Haris yang sudah selesai mandi. Rambutnya basah cuma bertuala menutupi tubuh dari pusat ke atas lutut. Irfan terkejut dengan sapaan itu dan tersenyum. Sya pun terkejut dengan suara Haris dengan spontan mencari suara itu kerana tertarik dengan soalan yang diajukan. Namun bila terlihat keadaan Haris yang menyeksakan mata, terus dialihkan pandangannya.

"Sya, you sweet la hari ni", puji Haris dengan harapan Sya akan memandangnya. Sya hanya mengangguk, "thank you" dan terus menghadiahkan belakangnya kepada Haris. Sya membuka peti sejuk dan mencangkung berpura pura mencari sesuatu dalam bekas sayuran. Haris ketawa, suka sangat kalau dapat mengusik Sya.

Sya melepaskan nafas lega bila Haris berlalu ke bilik atas. Dia bangun dan ingin menutup pintu peti sejuk. Kepalanya terlanggar sesuatu. Dikalihkan kepalanya ke atas, Irfan sedang berlutut di belakangnya. 'Aduhai.. lepas satu, satu', rungut Sya.

"Sayang, I am sorry", bisik Irfan. Nafas panasnya dinaturalkan oleh hawa peti sejuk. Sya diam membisu. Tangannya cuba menggenggam jemari Sya tapi Sya menyembunyikannya ke dalam tudung. Bibirnya cuba mencuri ruang di pipi Sya, namun berjaya Sya elakkan.

"Please. Marah lagi dengan abang?", perlahan rayuan Irfan yang masih belum berganjak dari belakang Sya, malah merapatkan lagi tubuhnya pada Sya.

"Jangan batalkan wudhu Sya. Kejap lagi Sya nak ke kubur. Abang dengan kawan  kawan boleh la makan dulu, Sya nak pergi melawat mami", ujar Sya perlahan dan sayu. Ada titisan air  di hujung matanya.

"Ehemm..."

Mereka berdua berpaling ke arah itu, Farhana sedang berpeluk tubuh memandang mereka. Irfan bangun dari kedudukannya manakala Sya mencapai sekotak jus oren dari rak peti sejuk. Irfan duduk di kerusi terus menyenduk nasi goreng ke pinggannya. Manakala Sya menuangkan kopi 0 buat Irfan. Farhana dengan muka masam menghenyak punggungnya ke kerusi di sebelah Irfan. "Sya, tuangkan I orange juice", perintahnya. Sya memandang Irfan, tapi Irfan sibuk menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Sya pun membuat sahaja apa yang Farhana pinta.

Haris muncul dan terus melabuhkan punggung di kerusi berdepan dengan Farhana. "Pengotor la you ni. Tak basuh muka ek?", tanyanya kepada Farhana.

"I nak mandi kejap lagi", balasnya sambil meneguk jus oren.

Sya menghulurkan cawan berisi kopi 0 kepada Haris. "You know Sya, I rindu rasa kopi yang you buat. Orangnya pun I rindu", kata Haris mengenyit mata pada Sya. Irfan tiba tiba tersedak.

"You all makan dulu ye. Sya nak visit mami", ujar Sya yang malas nak melayan Haris yang tiba tiba bertukar menjadi ulat bulu. Sya masuk ke bilik mami, mengambil beg kecilnya yang berisi lesen dan sedikit duit. Kunci kancil mami yang tergantung di dinding dicapainya. Pintu grill dibuka. "Sya, tunggu abang kejap", jerit Irfan dari dapur menghabiskan nasi yang ada dalam pinggan.

"You.. takkan nak tinggalkan I. Nak ikut juga", kata Farhana yang menarik tangan Irfan sebaik sahaja dia bangun.

"You kan tak mandi lagi", balas Irfan mengerutkan dahinya.

"Ala... kejap la. I basuh muka lepas tu sarung jubah. Boleh kan?", pujuk Farhana, tangannya masih memegang lengan Irfan.

"Cepatlah", gesa Irfan yang terpaksa bersetuju. Malas nak layan angin Farhana. Dengan pantas Farhana masuk ke kamar mandi.

"Aku pun ikut juga la. Takkan nak tinggal sorang kat rumah kau" cakap Haris.

"Kau takut?" tanya Irfan.

"Tak la. Tapi tak best la duduk rumah orang tapi tuan rumahnya takde", balas Haris. Irfan menggangguk.

"Aku keluar dulu la. Temankan Sya", tambah Haris. Irfan mula panas hati tapi dikawalnya.

"Suruh dia panaskan enjin Honda la. Kita ramai ni, takkan nak naik kancil", kata Irfan kepada Haris yang berada di muka pintu. Haris mencapai kunci Honda yang tergantung di dinding sebelah pintu.

************************************

Satu persatu barang dalam bilik dibeleknya, bedak talkum, losyen Enchanteurs, sikat.. 'low classnya. Kat kedai runcit pun boleh beli barang barang ni', ejek Farhana dalam hati. Dibukanya laci, buku doa dan wirid,  buku nota yang kosong dan beberapa batang pen. Dibuka pula almari baju, 'ok, baju murah, tak de brand. Bolehlah dari nak pakai baju yang sama je'.

Nak masuk ke bilik mami, tak dapat sebab Sya sentiasa di bilik tu. Risau juga sekiranya Sya menggila macam petang kelmarin. Pada Farhana, rumah mami ni ringkas. Perabutnya pun taklah mewah mana pun. 'Setakat hidup begini, tak nak terima aku jadi menantu. Ingatkan class sangat'.

Penat bila setiap kali bertanyakan soal kahwin, senantiasa dielak oleh Irfan dan alasannya mami tak suka you. Pernah juga buat buat merajuk, tak layan Irfan tapi Farhana sendiri tak tahan. Walaupun Irfan adakalanya kasar, tak pedulikan dirinya, dia tetap akan mencari Irfan. Impiannya Irfan tetap akan menjadi suaminya, walau ada lelaki lelaki lain disisinya.

'Sya... ye Sya. Aku tak suka dia. Irfan tak pernah sebut tentang dia selama ni. Tak pernah sebut tentang adik. Hurmm... ye, aku pun tak pernah tanya tentang keluarga Irfan. Aku nak dia sahaja. Bukan keluarga dia. Susah jadi Melayu ni, nak kahwin siap pakej. Nak anak saja, dapat satu keluarga'.

Dari kali pertama bersua dengan Sya, ada sesuatu tentang budak ni. Aku tak suka orang lebih sukakan dia dari aku. Well, aku kan diva. 'Hot girl dari Malaysia', ayat manis teman sekampus dulu. Dari segi fizikal, aku lagi tip top dari budak kecil tu tapi aku pelik dan sakit hati bila Haris sering memuji dia. Dan lagi sakit hati bila Irfan memandangnya, ada sesuatu. Setiap kali bertanyakan hal Sya, mesti Irfan mengelak. Sya ni pun, macam tau tau aku tak suka dia. Memang sesuai sangat la, mak dan anak tak suka aku tapi satu satunya lelaki dalam keluarga kau, gilakan aku.

'Satu dah kecundang. Jadinya, untuk dapatkan Irfan, takde masalah', bisik Farhana saat Irfan memecut di lebuh raya selepas mendapat panggilan pagi  bersejarah itu.

Semua album gambar yang ada diruang tamu dibelek semalam, sekeping pun takde gambar Sya, walaupun gambar raya. Dan macam pelik, takkan takde bingkai gambar dalam rumah. Selalunya mesti ada diatas kabinet hiasan atau digantung di dinding. Mungkin dah diturunkan bagi menghormati kematian kot.

Sesekali, Farhana menjeling pada Sya yang duduk disebelahnya. 'Pura pura baik. Duduk pun sopan sangat. Menyampah pula aku. Nanti kau. Kalau kau pula jadi penyebab Irfan jauh dari aku, kau pula akan temankan mami kat sini'.

"Jom turun. Sya, baik baik jalan", kata Irfan bila Sya terus meluru keluar sebaik kereta berhenti. Sya langsung tak menoleh.









Yang Kedua✔Where stories live. Discover now