bab 44

24.5K 434 9
                                    

"Hurmm..excuse me".

"Yes miss".

"Call me Sofea. Tak tunggu Adam?", tanya Sya kepada Arun apabila kereta dipandu Arun terus bergerak sebaik Sya naik.

"Dia naik kereta lain, ada meeting tergempar pagi ni. Tuan Adam minta saya hantar miss balik. Miss ada nak singgah mana mana?", Sya menyandarkan dirinya sebaik mendengar penjelasan Arun. Patutlah Adam menyuruhnya turun dahulu, dia ingatkan Adam tertinggal barang.

"Penting sangat ke sampai... never mind", Sya tak jadi menghabiskan ayat, nafasnya dihela panjang.

"Miss ada nak pergi mana mana?"

Sya menggelengkan kepalanya. Teringat pada renungan Adam di cermin saat dia membetulkan tudung di kepala tadi.

Sya menutup pintu grill sementara pintu papan dibiar terbuka. Begnya diletakkan di dalam bilik sebelum dia baring di sofa.

"Takkan balik jumpa boyfriend penat?"

Suara itu mengejutkan Sya. Suhana rupanya, baru keluar dari kamar mandi kerana masih bertuala.

"Boyfriend mana pula? Dia macam abang je. Tua banyak tahun"

"Ramai la perempuan sekarang kawin lelaki tua. Adam tu kacak, kaya pula tu", Suhana menggiatkan, cuba memancing Sya bercerita.

"Biarlah diorang. Adam takkan nak dengan aku. Tah tah dah bertunang pun".

"Ke kau menanti Irfan untuk rujuk?"

Sya bangun meninggalkan Suhana, dia ke dapur dan membuka tudung saji. "Kau tak buat sarapan ke?", tanya Sya lemah. Suhana menggelengkan kepala, "aku ingat nak singgah kedai sebelum masuk kerja. Kau belum sarapan?". Giliran Sya pula menggelengkan kepala, "dia ada meeting pagi ni".

"Hai.."
"Owhh.. hai", balas Suhana mengambil plastik bungkusan berisi limau dari tangan lelaki tersebut.
"I nak jumpa Sya. I tau dia dah berhenti kerja".
Suhana memandang tepat wajah Irfan, "call dia".
"I dont have her number". Suhana terkejut dengan jawapan Irfan. Irfan serba salah, "you know.."

"If that's the case, buat apa nak jumpa Sya. Jangan mainkan hati dia lagi. Cukup la dengan apa you dan perempuan tu buat pada Sya".

"Perempuan tu? Buat apa?"

"Irfan, you dah buang Sya dari hidup you. Kenapa you nak cari dia lagi sedangkan you ada orang lain? You nak sakitkan hati Sya lagi? You nak dia menangis berhari hari macam dulu? You lupa you dah hina dia macam perempuan tak de maruah?"

"I tau salah I. I am sorry".

Suhana pulang ke rumah selepas singgah di kedai masakan thai, teringin nak menghirup tomyam poktek. Dia tak sedar bahawa Irfan mengekorinya sejak tadi. Irfan lega bila dapat mengetahui lokasi rumah sewa Sya walaupun tidak nampak bayangan Sya langsung di situ.

"You pergi mana, dah lewat baru balik ni?", bebel Farhana sebaik sahaja Irfan melangkah masuk.

'Bosan betul. Belum jadi bini dah membebel, nak control orang', rengus Irfan. "You ni, balik la rumah sendiri. Asyik datang rumah I je kenapa?".

"Salah? Kita kan dah nak kawin", pujuk Farhana datang pada Irfan yang berada di dapur meletakkan limau yang dibeli tadi. Farhana melihat resit pembelian, "You pergi jauh jauh untuk beli limau? Ke you pergi jumpa janda you?". Farhana melemparkan bungkusan limau itu ke arah Irfan yang berjalan ke meja makan. Bergelimpangan limau limau itu, tergolek golek.

Irfan berpaling, "kalau I pergi jumpa dia pun, apa masalah dengan you?"

"Jangan buat pasal. Kita sepatutnya dah kawin. You saja nak mengelakkan? Konon nak tunggu habis iddah. You nak rujuk dengan dia sebenarnya kan?"

Yang Kedua✔Where stories live. Discover now