bab 36

25.2K 471 20
                                        

"You balik la dengan Haris dulu", pujuk Irfan setelah Farhana membentak mahu tinggal di situ.

"I cuti 3 hari je. Nanti kita jumpa lagi", tambahnya. Farhana memasamkan muka.

Haris terus menyuap sandwich yang ketiga. Lapar setelah pulang dari kubur. Sya menyenduk nasi goreng ke pinggan Haris. "Tau tau je I nak nasi goreng. Ni buat I lagi sayang kat you", ucap Haris kepada Sya yang duduk disebelahnya.

"Tak payah nak sweet sweet sangat kat sini", tegur Irfan keras, menjeling pada Sya. Sya terpinga pinga.

"You tak pernah nak sweet macam tu dengan I", kata Farhana menghentakkan kaki terus masuk ke bilik. Irfan mengikut dari belakang.

"Jangan tutup pintu", jerit Sya sambil menyuap nasi ke mulut. Haris tergelak besar bila mendengar Farhana menjerit melepaskan kemarahannya bila Sya cakap begitu.

"Lepas ni kerap la you balik kondo kami. Boleh kita jumpa selalu", Haris memulakan bicara setelah Sya makan tanpa bersuara.

"Entah la. Kalau Irfan suka, I balik la kot".

"Kenapa kena suka atau tak? Abang you kan. Balik sini pun takde siapa".

"Hurmm.. complicated kan ayat I tadi", balas Sya tersenyum pahit.

'Cair aku kalau kau senyum. Tenang rasa jiwa ni', bisik Haris dalam hati dan membalas senyuman.

"Yang korang ni kenapa? Senyum senyum", jerkah Irfan, tajam memandang Sya.

"Takde la. Takkan senyum pun tak boleh bang", kata Haris.

"Bila pula aku jadi abang kau?"

"Praktis dulu. Nanti aku hantar rombongan meminang Sya ye". Sya terus bangun menuju ke sink walaupun nasi goreng masih bersisa di pinggan. Dah terasa aura panas Irfan yang duduk di depannya.

Farhana mengerling pada Sya yang sedang menyiram bunga di laman. Haris sibuk melihat lihat buah tomato yang mula berputik. Sesekali Sya dan Haris tertawa. Tah apa yang dibualkan. Irfan baru pulang dari surau selepas solat asar mendekati mereka berdua. Haris terus bangun dan merapati Irfan.

"Irfan, kami balik la. Lambat lambat nanti dah malam pula. Jom Sya... " ujar Haris menarik tangan Sya. Irfan menjegilkan matanya. Sya merentap tangannya, 'dia ni, suka suka je pegang orang tau'. Haris ketawa besar.

"Sorry bro. Jom Farhana. Esok Irfan balik KL. Tak lama pun rindu you tu" Haris bersalaman dengan Irfan. Sya menghulurkan tangannya pada Farhana namun acuh tak acuh disambutnya.

"Haris.. you nampak tak tu?", ujar Farhana yang memandang kepada Irfan dan Sya menggunakan cermin sisi kereta.

"Apa? Ada mami ke?"

"Choii... mulut you tu. I cili nanti. Irfan pegang tangan Sya. Tu.. tengok la".

"La.. biarlah. Bukan orang lain. Dari you cilikan mulut I, baik you kiss I. Dah lama I tak dapat tau", balas Haris, tangannya terus mengenggam tangan Farhana yang tersenyum, memahami kehendak Haris.

"Balik dah kawan kawan kamu ye?", tanya abang Mokhtar sambil melihat anak anaknya bermain basikal di jalan hadapan rumah. Irfan mengangguk, tangan cepat menangkap tangan Sya, supaya Sya tidak meninggalkan dia keseorangan di luar. Kekok nak berbicara dengan jiran jiran.

"Malam ni jangan lupa bang, bawak anak anak dengan kakak pergi surau ye. Kami buat tahlil di sana", Sya cepat cepat menambah bicara agar tidak janggal bila berhadapan dengan jiran tapi diam. 'Dengan betina tu kau pandai melayan, dengan jiran senyap sunyi'.

Selesai tahlil hari ketiga, Irfan dan Sya meninggalkan rumah mami kerana tuntutan tugas mereka. "Dah lewat ni. Sayang tidur kat kondo dulu la. Esok baru balik kolej", Irfan membuka bicara setelah dari mula Sya senyap sunyi tanpa sebarang reaksi. "Hurm", balas Sya perlahan. Matanya masih memandang ke luar tingkap.

Yang Kedua✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang