"Assalamualaikum bang. Maaf, Qib dah tertidur awal semalam. Penat mengemas rumah. Tu pun belum habis ni. Ada apa call?", tanya Naqib sebaik panggilannya diterima oleh Irfan pagi itu.
"Waalaikumsalam. Qib, kak Sya ada? Abang nak cakap dengan dia", kata Irfan dengan penuh keterujaan.
"Dia keluar dengan mak", jawab Naqib dengan terhenti henti dan nada bersalah.
Irfan mengeluh. Makin lama, Sya semakin jauh darinya.
"Qib tolong belikan telefon untuk Kak Sya, senang abang nak call dia. Nanti abang bayar balik",ujar Irfan dengan penuh harapan.
"Kak Sya tak nak beli. Dia kata tak penting buat masa sekarang". Jawapan Naqib membuatkan Irfan bingung.
Apalagi ni. Kenapa Sya begini? Sengaja?
"Qib..". Lama Irfan terdiam.
"Ada apa bang?"
"Cakap pada ayah, tolong bawa kak Sya dan Azriel petang ni".
"Tapi Azriel tak boleh masuk wad".
"Tak pe. Nanti kita jumpa di luar. Abang rindu sangat pada Azriel dan kak Sya", perlahan dan sayu bunyi bicara Irfan.
"Insya Allah. Qib cuba". Talian diputuskan.
Naqib memandang Sya yang duduk di meja dapur berhadapan dengannya. Sengaja dia memasang pembesar suara, makcik Aminah pun dengar bersama, tersandar di tepi kabinet. Cuma pak cik Ahmad tak bersama mereka, kerana membawa Azriel menikmati cahaya matahari pagi di luar.
"Macam mana kak?". Sya memandang Naqib dan Mak cik Aminah silih berganti.
"Qib tau kan kenapa akak tak nak jumpa dia", ringkas jawapan Naqib.
"Tapi abang Irfan tak tau", balas Naqib.
"Dia tau la. Akak dah jelaskan kenapa dalam surat yang mak bagi pada dia semalam".
"Pergi la Sya. Kesian dia. Mak merayu ni. Tiap kali jumpa kami, mesti dia tanya pasal Sya dan Azriel".
Hati Sya diruntun rindu jua tapi bila teringatkan perempuan yang berada di wad tempoh hari, dia kecewa. Sya kenal itu Idah, sebab gambar dan nama Idah akan muncul di skrin telefon bila Idah menghubungi Irfan.
"Please kak. Jumpa abang, cakap berdepan. Sekurang kurangnya, dapat juga abang lepaskan rindu".
"Rindu la sangat. Dia ada orang lain kan mak?". Suara Sya sedih. Makcik Aminah rasa bersalah pula bila teringat perbualan dia dan Sya setelah pulang dari hospital semalam tentang Idah.
"Kak..Permintaan akak, Qib dah tunaikan. Qib tau apa yang akak rasa sekarang tapi untuk kali ni je. Please, jumpa abang untuk Qib petang ni".
Menanti Irfan di bangku batu, bawah pokok pukul lima yang rendang itu membuatkan perut Sya di penuhi rerama, berterbangan tanpa haluan.
Azriel yang berada di dalam kereta tolak bayi, leka bermain dengan patung lembut berbentuk arnab yang dipasangkan pada pergelangan tangannya. Sesekali terdengar suaranya seakan mengekek.
Irfan semakin menghampiri Sya, Naqib menolak kerusi rodanya. Bila menghampiri kawasan berumput dan tak rata, Irfan mula bertongkat sambil dipapah oleh Naqib.
"Assalamualaikum", ucap Irfan tersenyum. Berbunga hatinya melihat Sya. Dah berhari hari menanggung rindu.
"Waalaikumsalam", sahut Sya, mengangkat muka memandang Irfan. Sya cuba menahan diri dari tersenyum, dibuatnya seperti tiada apa dalam jiwanya.
"Nanti apa apa, panggil Qib ye. Qib kat cafe tu, dengan mak dan ayah", kata Naqib menuding jari ke arah cafe hospital tak jauh dari situ.
Irfan yang duduk di sebelah Sya, menarik kereta sorong Azriel rapat padanya dan berkata, "Rindunya abah kat Azriel". Diangkatnya dan dicium sepuas puasnya.
YOU ARE READING
Yang Kedua✔
RomanceSeorang gadis yang kehilangan keluarga tersayang mencari ruang untuk disayangi dan menyayangi. Perjalanan hidup yang jerih harus ditempohi. Note for reader: Be sure you are above 18 as this story includes adults content. Thanks for making this wri...