FARHANA
Yeahhh... ni yang uols tunggu kan😉😉Albert Anderson, warga Britain yang berjaya ku'tangkap' sewaktu dia menghadiri Pameran Minyak dan Gas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Dia minum berseorangan saat itu, di Aloha Club Bistro, nampak sugul dan kebosanan.
Aku saat itu baru diceraikan dek Irfan, laki tak guna tu. Menyampah aku dengan dia yang dah berubah - Irfan baru. Irfan yang bergelar suami ni bukan Irfan yang aku kenal masa belajar dulu. Sejak mula bekerja di KL, dia berubah sedikit demi sedikit. Irfan sibuk sangat dengan kerja. Banyak sangat kerja. Kerja sampingan dari firma lain pun dibuatnya. Side income katanya.
Masa untuk menemani aku ke kelab, minum dan menari pun dah tiada. Tapi yang aku pasti sangat, dia rindukan Sya, jandanya. Kalau tak sebab kena tangkap basah, sampai bila bila pun aku takkan bergelar Puan Irfan.
Aku bosan dengan Irfan. Dah jadi tipikal lelaki melayu bila berkawin. Balik kerja, mandi, solat, masak, makan, tengok tv takpun buat kerja. Kemudian tidur. Dah tak macam masa bercinta, masa tiada komitmen. Ahhhhh... menyesal aku.
Kehidupan seks kami pun agak hambar, tak semenarik dulu. Tak hangat lagi. Irfan dah tak macam dulu, aku rasa. Tapi ada aku kesah, ramai di luar sana boleh menggantikan dia.
Ada masanya, bila aku kekeringan tunai, aku akan meminta tolong Jeffry untuk mencari pelanggan. Jeffry ni, pelanggannya hebat hebat, berpendapatan lumayan.
Pada aku, Irfan seperti tak peduli tentang aku. Biarlah. Aku cuma nak status isteri kepada Irfan. Kutayangkan di facebook, instagram dan semua saluran media sosial, aku dan Irfan dah bernikah agar tiada lagi tikus tikus nak mencuri Irfan dariku.
Bukan aku tak tau, ramai yang gilakan Irfan. Sya lain kes, mak Irfan punya angkara. Tapi aku puas hati, dia mati Sya pun pergi. Sah diceraikan. Masa tu, aku rasa nak mandi dalam kolam penuh dengan arak...boleh berendam dan minum pada masa yang sama.
Cinta, betul. Tapi ia datang selepas nafsuku dipuaskan berkali kali oleh Irfan. Mula mula minat je.. crush.
Kerana cinta, aku boleh permainkan Irfan dengan mudah. Dia jenis setia pada yang satu. Aku keluar dengan siapa pun takpe, dia percaya pada aku. Dia percaya aku setia padanya seorang, seperti dia. Memang aku cintakan dia tapi aku perlukan belaian, kepuasan dan duit.
Aku tegur Albert, bukan cara menggoda tapi penuh professional. Mujur juga malam tu aku tidak pakai dress yang keterlaluan.
Nyata dia kesunyian. Baru kematian isteri akibat kemalangan beberapa minggu sebelumnya. Aku mengambil kesempatan mengisi kesunyian Albert. Malam itu, aku melayannya umpama raja. Akhirnya, dia melamar aku menjadi temannya.
Dengan Albert, agak tua tapi duit banyak. Senang aku. Layan lebih, dapat lebih. Albert memang pemurah tapi sayang, dia sakit tak lama kemudian.
Aku cuma dapat berdampingan dengan dia hampir 4 tahun. Tahun terakhir, aku sering tinggalkannya bersama jururawat peribadi. Aku bosan menantinya terbaring kaku. Aku keluar mencari kepuasan di luar.
Sehari selepas pengebumiannya, aku balik Malaysia. Malas nak tunggu lama, aku dah tengok wasiatnya. Nama aku langsung tiada. Sebab tu, aku awal awal lagi dah rembat apa yang patut. Walaupun tak banyak, boleh la bertahan untuk dua tiga bulan.
![](https://img.wattpad.com/cover/118546870-288-k901544.jpg)
YOU ARE READING
Yang Kedua✔
RomanceSeorang gadis yang kehilangan keluarga tersayang mencari ruang untuk disayangi dan menyayangi. Perjalanan hidup yang jerih harus ditempohi. Note for reader: Be sure you are above 18 as this story includes adults content. Thanks for making this wri...