Khas Raya : Episod 5

23.7K 478 111
                                        

Lega, aman hidup aku sekeluarga.  Makcik Aminah menghubungi aku dari Mekah pada hari ke 5 mereka di sana. Katanya, macam macam dibelinya untuk Azriel. Padahal dah pesan awal - awal lagi, jangan beli apa apa.

Alhamdullillah, kedua mereka sihat walafiat. Berpuasa di sana, mereka ceria. Katanya tenang beribadah di sana. Tak perlu risau tentang duniawi. Aku teruja mendengar cerita cerita yang dikhabarkan padaku. Macam nak ajak Irfan ke sana.

Aku mendukung Azriel ke lif dari tempat letak kereta. Kami baru pulang dari Gymboree, tempat di mana Azriel bermain dan belajar berinteraksi dengan rakan sebaya dua kali seminggu. Dia kepenatan, walaupun aku pun penat, tak sampai hati nak biarkan dia berjalan. Beg berisi dompet, baju dan susu Azriel aku galas di belakang.

"Azriel penat ye?", kutanya padanya yang lentuk di bahuku. Dia setakat mengangguk.

"Kita shower dulu ok. Then, eat and sleep". Dia mengangguk lagi dengan mata hampir tertutup. Aku cium pipinya sementara menanti pintu lif terbuka.

"Hai Sya", ada suara di belakangku.

Kutoleh, "Hai", balasku malas.

Pintu lif terbuka luas. Ada beberapa orang penghuni keluar. Ada yang mengenali aku. Kami berbalas senyuman dan bertegur sapa.

"Tak sangka kita satu blok", katanya sebaik kami di dalam lif. Aku mengangguk tapi dalam hati, memaki hamun.

"Boleh la jumpa selalu". Aku membalas ayatnya dengan senyuman yang dibuat buat.

"Ok Sya. Nice meeting you", katanya melangkah keluar dari lif. Tingkat 3. Aku menarik nafas lega. Sungguhpun hanya kami berdua dalam lif, tak termasuk Azriel, aku rasa sesak. Kehabisan oksigen.

Irfan tiba di rumah selepas azan asar, Azriel masih lena tidur. Aku menyambutnya seperti selalu, bersalam dan kucupan di pipi. Irfan menarik aku rapat ke dadanya. Rindu katanya. Aku sekadar tersenyum, melentuk di dadanya yang berombak. Ritma yang tak keruan.

"Kita solat dulu bang". Sengaja kutekan perkataan solat agar dia tak hanyut dalam khayalan. Irfan menarik hidungku, "Nakal". Eh... aku pula yang kena.


IRFAN

Kenapa akhir akhir ni, aku sentiasa rindukan Sya, lebih dari biasa. Badan lemah tapi asyik nak berkepit dengan isteri. Sering saja aku menggodanya walaupun di bulan puasa. Jahat betul. Lagi nak lebih beriman, lagi kuat dugaan. Mujur nafsu terhadap isteri je, bukan pada yang tak halal di luar sana. Syukur, pasti mami gembira dengan perubahanku jika dia masih hidup.

Makin hari makin mengiurkan Sya kulihat. Kalau boleh tiap hari nak makan dia, tapi kesian dia sering lesu. Aku pun terasa lesu juga tapi bila Sya depan mata, hilang semua tu.

Aku kerap pulang awal sejak kejadian tempoh hari, saja nak mengganggu dia masak. Aku rindu bebelannya. Sya makin suka bila aku menunjukkan minat untuk memasak. Terutamanya belajar lauk kegemaranku.

Seronok rupanya masak dengan isteri. Dulu masa dengan Farhana dan masa menduda, aku masak seorang diri. Selepas kawin dengan Sya, aku dah tak ke dapur untuk memasak sebab aku tau dia masak sama macam arwah mami dan aku sibuk dengan urusan firma baru.

Di dapur sewaktu membantunya, sering saja aku buat buat terpeluk, tercium Sya. Dia hanya ketawa, ada masanya dia lagi nakal dariku. Aku relakan.

"Sedap la kari kepala ikan abang buat tadi", pujinya saat aku baru nak meletakkan kepala ke bantal. Aku sangkakan dia dah tidur.

Yang Kedua✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang